Mazmur / Kitab Zabur
Melalui Raja Daud
Inilah sebahagian Koleksi Mazmur-mazmur dari Kitab Zabur yang datang kepada umat Allah melalui Nabi dan Raja Daud, Hamba Allah swt. Umat Allah baik pun Ibrani/Yahudi atau Nasrani/Kristian, telah diilham, dididik, diperintahkan serta diberkati hidayah Tuhan Allah melalui firman-Nya dalam Kitab Zabur ini sudah lebih daripada 3,000 tahun yang lalu. Sayidina Isa a.s. juga telah membaca dan mengutip dari Kitab ini untuk menjadi renungan dan bimbingan bagi para pengikut-pengikut Baginda serta pendengar-pendengarnya yang lain.
Marilah kita juga merenungi beberapa nas pembuka Kitab Zabur ini, agar kita akan juga menerima anugerah dan taufik dari hadirat Tuhan Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
{ Fasal 1 }
atau berdiri di jalan orang berdosa
atau duduk di kerusi orang yang mengejek.
dan tentang hukum-Nya dia berfikir siang malam.
yang menghasilkan buahnya pada musimnya
dan daunnya tidak layu.
Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.
Mereka seperti sekam
yang dilayangkan angin.
begitu juga orang berdosa dalam perhimpunan orang benar.
tetapi jalan orang durjana akan binasa.
{ Fasal 2 }
dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?
dan para pemerintah bermuafakat
untuk melawan Tuhan
dan melawan Dia yang Disucikan-Nya,
Dan buangkan belenggu mereka."
Tuhan mencemuh mereka,
dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya,
sambil berfirman,
di atas Sion, Bukit suci-Ku."
Dia berfirman kepadaku,
"Engkaulah Putera-Ku;
Hari ini Aku telah menjadi Bapamu"
Aku akan menjadikan segala bangsa warisanmu,
dan setiap pelosok bumi ini milikmu.
dan menghancurkan mereka seperti tembikar.
berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.
dan bersukacitalah dengan gementar.
lalu kamu dibinasakan di jalan,
kerana kemurkaan-Nya boleh menyala dalam sesaat.
Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.
{ Fasal 3 }
Betapa banyak yang bangkit melawanku!
"Allah tidak akan menyelamatkannya."
Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku,
dan Dia menyahut seruan dari gunung suci-Nya.
Aku terjaga semula, kerana Tuhan memeliharaku.
yang bersiap sedia melawanku di setiap pihak.
Selamatkanlah aku, Ya Allah Tuhanku!
Palulah semua musuhku di tulang rahangnya;
patahkanlah gigi orang durjana.
Semoga berkat-Mu di atas umat-Mu.
{ Fasal 4 }
Ya Allah Tuhanku yang benar,
Kurangkan penderitaanku;
kasihanilah aku dan dengan doaku.
engkau akan terus menjadikan kemuliaanku keaiban?
Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya
dan mencari tuhan-tuhan palsu?
Tuhan akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.
ketika di tempat tidurmu,
sorotilah hatimu dalam senyap sepi.
dan percayalah kepada Tuhan.
Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, Ya Tuhan.
lebih daripada ketika bijiran dan khamar baru mewah melimpahnya.
kerana hanya Engkau, Ya Tuhan,
membolehkan aku tinggal dalam selamat.
{ Fasal 5 }
pertimbangkan keluhanku.
wahai Rajaku dan Allah Tuhanku,
kerana kepada-Mu aku berdoa.
pada waktu pagi kurafakkan permohonanku
ke hadirat-Mu
lalu menanti dengan harapan.
Dengan-Mu orang durjana tidak dapat tinggal.
Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.
orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya
dibenci oleh Tuhan.
akan masuk ke rumah-Mu;
dengan sepenuh hormat aku akan tunduk
ke arah rumah ibadat-Mu yang suci.
kerana musuh-musuhku -
luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.
hati mereka dipenuhi pembinasaan.
Kerongkong mereka seperti kubur terbuka
lidah mereka menuturkan tipu daya.
Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka
Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,
kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.
biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.
Berilah mereka perlindunganmu,
supaya orang yang mengasihi nama-Mu
dapat bersukacita kerana-Mu.
Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu
seperti dengan perisai.
{ Fasal 6 }
atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu.
Ya Tuhan, sembuhkah aku, kerana
tulang-tulangku terseksa.
Berapa lama, Ya Tuhan, berapa lama?
dan lepaskan aku;
selamatkan aku kerana kasih-Mu yang kekal.
Siapa yang memuji-Mu dari kubur?
sepanjang malam kubanjiri
tempat tidurku dengan tangisan
dan kubasahi tilamku dengan air mataku.
Dan semakin kelam kerana sekatan musuhku.
kerana Tuhan telah mendengar tangisanku.
Tuhan menerima doaku.
mereka akan berpatah balik
dalam keaiban yang tiba-tiba.
{ Fasal 7 }
selamatkan dan lepaskan aku
daripada semua yang memburuku,
seperti seekor singa
dan mencarik-carikku
tanpa sesiapa menyelamatkanku.
dan tanganku bergelumang dosa -
yang baik denganku
atau tanpa sebab aku telah
merampas milik musuhku -
biar dia melanyak nyawaku ke tanah
dan membuatku tidur dalam debu.
bangun melawan keberangan para musuhku.
Jagalah, ya Tuhanku; firmankan keadilan.
Perintahlah mereka dari tempat-Mu yang tinggi;
Hakimi aku, Ya Tuhan, berasaskan kebenaranku,
berasaskan ketulusanku, Ya Tuhan Maha Tinggi.
yang menyoroti fikiran dan hati,
tamatkan keganasan orang durjana
dan pastikan keselamatan orang yang benar.
yang menyelamatkan orang jujur.
Allah menunjukkan kemurkaan-Nya
setiap hari.
Dia akan mengasah pedang-Nya;
Dia akan memasang panah-Nya.
yang membawa maut;
Dia menyediakan anak-anak panah-Nya
yang menyala.
dan membenihkan kekacauan
akan melahirkan kekecewaan.
akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya.
akan memantul ke atas dirinya;
keganasannya menimpa kepalanya sendiri.
kerana kebenaran-Nya,
dan akan menyanyikan pujian
kepada nama Tuhan Maha Tinggi.
Amin!Sungguh enak dan mengilhamkan semua ayat-ayat pembukaan Kitab Zabur ini, bukan? Rangsangannya terserlah terutamanya apabila digunakan semasa beribadah dan bersembahyang di hadirat Allah swt. Itulah sebabnya umat Allah yakni Yahudi telah mengunakan ayat-ayat Kitab Zabur ini semasa beribadat di dalam Bait Suci mereka, mahu pun di Kota diraja -Yerusalem, atau di dalam synagogue-synagogue mereka di seluruh Israel.
Sayidina Isa al-Masih sendiri telah membaca dari Kitab Zabur, misalnya dalam Kitab Suci Injil dari Matius 22:41-46, Markus 12:35 dan Lukas 20: 41-44. Kedua-dua Umat Kristian DAN Yahudi sudah mengakui dan menggunakan Kitab Zabur yang sama (yakni KESELURUHANNYA) sebelum lahirnya nabi Islam, Muhammad. Dan HARI INI umat Kristian dan Yahudi masih lagi mengunakan Kitab Zabur yang SAMA digunakan oleh Sayidina Isa al-Masih itu - kerana ia tidak pernah diubah.
Tetapi oleh kerana Muhammad jahil akan kandungan Kitab Zabur yang asli itu (yang Bahasanya bukanlah Arab, tetapi Ibrani), maka dia serta umat Muslim hari ini menolak Kitab Zabur yang wujud (di zamannya dan juga pada hari ini) atas macam-macam alasan seperti "ia sudah berubah" atau "ia sudah hilang" TANPA APA-APA BUKTI ATAU DALIL YANG SAH.
Kemungkinan besar juga kerana Kitab Zabur umat Ibrani dan Kristian tidak mirip dengan kandungan al-Quran yang dihasilkan oleh Muhammad itu, maka beliau telah menolaknya. Tetapi malangnya penolakan itu tidak berasaskan kepada apa-apa landasan yang kukuh ataupun sahih. Inilah lagi satu contoh dan bukti kedesakan Muhammad dan umat Islam mencari dalih bagi menafikan Kitab-kitab Umat Yahudi dan Kristian. Kami mendoakan bagi mereka agar mata hati mereka dapat celik kepada firman Allah yang JELAS dalam Kitab-kitab Suci Injil dan Zabur hari ini!