Tidak ada rujukan di dalam al-Quran yang menuduh bahawa Kitab Suci Injil telah di'korup'kan atau diselewengkan pada nas-nas bertulisnya-yakni teksnya. Ayat-ayat dari al-Quran yang dipakai oleh sesetengah umat Muslim bagi sokongan kepada tuduhan penyelewengan dan korupsi mereka hanya merupakan tafsiran-tafsiran selektif dan sempit oleh sesetengah pihak yang ingin pertahankan posisi Islam dewasa ini. Jika al-Quran sesungguhnya menuduh bahawa Kitab Suci Injil telah diselewengkan, untuk membuktikan dakwaan ini pada hakikatnya adalah sesuatu usaha yang amat rumit dan hampir mustahil; terutama sekali bila diambil-kira kewujudan ribuan dalil-dalil manuskrip dan juga hasil penyelidikan kaji-purbakala yang telah muncul secara konsisten dan memihak kepada kesahihan Kitab Suci Injil pada hari ini.
Tidak kira dakwaan-dakwaan dari mana-mana pihak, yaitu kemungkinan al-Quran
atau Kitab Injil kononnya sudah seleweng ("korup"), kesahihan masing-masing
seharusnya kena dibuktikan. Al-Quran-supaya dibuktikan kesahihannya sebagai
sebuah Kitab ilahi haruslah diuji dan diperiksa kesahihannya dari segi
fakta-fakta sejarah, kajian purbakala, risalatnya, saintifik
dan juga dari segi keadaan manuskrip-manuskrip purbanya. Pemeriksaan yang sama
juga harus dikenakan keatas Kitab Suci Injil.
Akan tetapi, tuduhan-tuduhan diatas yang dibuat terhadap umat Kristian dengan
mudahnya dapat dijawab dengan kajian rapi kepada ayat-ayat seperti :
"Adakah kamu harap, bahwa mereka itu akan beriman kepadamu dan sesungguhnya segolongan diantara mereka mendengar perkataan Allah, kemudian mereka ubah setelah difikirkannya, padahal mereka itu mengetahui." (surah al-Baqarah[2]:75). Dan "diantara orang2 Yahudi ada satu golongan yang mengubah perkataan Allah dari tempat yang sebenarnya, dan mereka berkata :'Kami mendengar perkataan engkau ya Muhammad, tetapi kami durhakai dan dengarlah tanpa mendengar ..dengan memutar lidahnya dan mencaci agama.."(surah an-Nisaak [4]:46).
Semasa berdialog dengan para Muslim tentang hujah 'Terpesongnya Nas al-Kitab'
sudah menjadi satu amalan lazim sesetengah orang Islam untuk mencungkil keluar
istilah 'korupsi' atau penyelewengan itu, lalu memberikannya satu salah-tafsiran
mereka dengan mengabaikan maksud konteks atau maksud keseluruhan ayat-ayat itu.
Hakikatnya ialah, pada hari ini, sesudah mendengar nas Kitab Suci dibacakan,
maksud yang tidak sah atau tidak betul pada konteks ayat-ayat itu diambil daripadanya
melalui salah-tafsiran atau memutar-belit dengan lidah pembincang-pembincangnya,
akan tetapi nas Al-Kitab itu sendiri tidak pernah diubah sama
sekali! Tafsiran-tafsiran nas-nas tertentu sudah banyak kali disalah-guna oleh
pendebat-pendebat agama, tetapi nas yang mereka bincangkan itu sendiri tidak
pernah diubah oleh mana-mana pihak.
Penyelewengan/'korupsi' teks atau sebaliknya adalah mudah dikesan di dalam Kitab
Suci Injil oleh kerana adanya banyak sekali manuskrip-manuskrip asalnya yang
wujud sehingga hari ini. Dalam kes ayat diatas pula, nas al-Quran itu merujuk
kepada satu perselisihan faham diantara Nabi Muhammad dan penduduk berbangsa
Yahudi di kota Madinah. Al-Quran menuntut bahawa penduduk Yahudi itu mencuba
merahsiakan atau menidakkan rujukan2 kepada Muhammad di dalam Kitab-kitab Suci
mereka setelah mereka mendengarkannya. Hakikatnya ialah para Muslim hari ini
bersetuju sesama sendiri bahawa penyelewengan teks Kitab Suci mereka secara
Al-Tahrif al-Lathfi yakni dengan cara penambahan, pemotongan dan penggantian
kata-kata al-Quran adalah mustahil. Sebaliknya, membuat penukaran dalam
makna, penggantian kata-kata dan sengaja mengabaikan beberapa ayat sambil melafazkan
nas-nas firman Tuhan adalah tidak mustahil dan boleh berlaku!
Tidak seorang pun yang berjaya menemukan ayat2 al-Quran yang merujuk kepada
penyelewengan atau korupsi teks manuskrip Kitab Suci Injil. Jika ada,
para ulamak Islam yang terdahulu sudah tentu telah menghasilkan karya-karya
ilmiah mereka menonjolkan hujah ini. Kami pula bertanya: Mengapakah tidak ditemukan
rujukan al-Quran tentang korupsi teks manuskrip Kitab Suci Injil (yang ditonjol-tonjolkan
sesetengah pihak dewasa ini)? Terdapat beberapa sebab-sebab bagi soalan ini:
Kamu mungkin tertanya-tanya:'Kenapa dalam Bahasa Arabnya?' Sebabnya ialah penterjemah-penterjemah al-Quran ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, berhasrat untuk 'mengekspot' kepercayaan mereka ke dunia Barat dan berharap untuk mempengaruhi dunia Barat supaya mengetepikan keyakinan mereka dalam Kitab Injil mereka diatas dalih bahwa Kitab ini (menurut tafsiran sesetengah para Muslim) 'sudah terpesong'. Justru itu, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai hasrat mereka ini adalah untuk memutar-belitkan maksud kata-kata al-Quran dan memesongkan ertikatanya. Apakah bukti-buktinya bagi kenyataan ini?
Ambillah sebagai contoh: Surah al-Ahqaf ayat 30 dalam terjemahan-terjemahan utama oleh para Muslim sendiri. Penterjemahan yang telah dibuat oleh Abdullah Yusuf Ali diambil sebagai satu contoh. Terjemahan ini berbunyi:
"Mereka berkata: Hai kaum kami, sungguh kami telah mendengar Kitab (Quran) yang diturunkan kemudian Musa dan membenarkan kitab yang dahulunya, serta menunjuki kepada kebenaran dan kejalan yang lurus..."
Lihatlah kepada kata-kata yang dihitamkan diatas yang berkata "yang
dahulunya". Dalam Bahasa asalnya yaitu Arab ungkapan 'yang dahulunya'
itu sebenarnya tidak wujud! Sebenarnya ungkapan yang telah digunakan ini adalah
tidak tepat sekali.Marilah kita buat satu penterjemahan perkataan
demi perkataan bagi nas ini dan saya serahkan kepada kejujuran pembaca-pembaca
Arabnya apabila nas ini dilafazkan:
Bahasa Arab : kaloo ya kawmana inna sami'ina kitaban unzila ba'd Musa
Inggeris: they said O our people we have heard a book revealed after Moses
Bahasa Melayu : Hai kaum kami sungguh kami telah mendengar Kitab (Quran) yang diturunkan selepas MusaBahasa Arab : Musadekan Lima Bayna Yadayehe
Inggeris: confirming what is between his hands
Bahasa Melayu : mengesahkan (membenarkan) apa (Kitab) yang ada padanya (terdapat diantara dua belah tangannya)Bahasa Arab: Yahdee ela al-hak wa-ela tareekin mustakeem
Inggeris: it guides to the truth and to a straight path
Bahasa Melayu : (ia) menunjuki kepada kebenaran dan kejalan yang lurus.
Perhatikan ungkapan yang dihitamkan di atas (terdapat diantara dua belah tangannya) yang bermaksud "yang ada padanya". Ungkapan ini telah digantikan oleh kata-kata "yang dahulunya". Penggantian ini telah sengaja diadakan untuk memansuhkan ungkapan asalnya dalam nas ini yakni "bayna yadayehe" (diantara dua belah tangannya -yang bermaksud 'Yang ada padanya'). Penterjemahan yang sah dan tepat akan menunjukkan kepada pembaca bahawa Kitab Suci Injil yang wujud pada zaman Nabi Muhammad (- yang ada padanya) adalah Kitab Injil yang sah dan sebenar!
Dan Injil ini harus digunakan sebagai bimbingan kepada kebenaran. Hakikat inilah yang para penterjemah Muslim itu ingin menyembunyikan - oleh kerana mereka sedar bahwa Kitab Injil yang ada di dalam tangan Muhammad sendiri adalah Kitab Suci Injil sama yang juga wujud pada hari ini! Hanya keangkuhan penterjemah2 Islam itu telah menghalang dan memaksa mereka daripada mengakui kebenaran hakikat ini serta mengabaikan hakikat yang sebenarnya.
Ungkapan bayna yadayehe -diantara kedua tangannya, ungkapan ini ada pun bahasa kiasan Arab yang bermaksud "Yang ada padanya", ini sebenarnya terdapat dalam kesuluruhan al-Quran. Akan tetapi, ungkapan ini telah ditukar kepada 'yang dahulunya' dalam hampir keseluruh terjemahan-terjemahan al-Quran Bahasa Inggeris hari ini. Satu akibat yang ingin dicapai oleh penterjemah-penterjemah ini ialah untuk cuba meletakkan Kitab Suci Injil pada suatu masa yang tidak diketahui sebelum kemunculan al-Quran.
Lagi satu dalil yang boleh diambil dari terjemahan Abdullah Yusuf Ali
(surah al-Imran 3 ay.3);
"Dia (Tuhan) menurunkan Kitab (Quran) kepada engkau ya Muhammad dengan sebenarnya serta membenarkan Kitab yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil..."
Lihatlah kepada terjemahan ayat ini daripada bahasa asalnya, kata-demi-kata:
Cara dia telah menterjemahkan ayat ini dengan menggantikan "diantara tangannya" kepada "yang sebelumnya", dan juga tambahan kata "Isa" selepas ayat tersebut adalah akibat dari tonjolan hujah tafsiran sempit dan berat sebelah sesetengah orang Muslim yang bersalah-anggap bahawa "Injil Isa" itulah adalah istilah harfiah bagi merujuki Kitab Suci Injil itu. Para Muslimin telah salah tanggap apabila mereka dakwa bahwa Injil Menurut Matius, Injil Menurut Yohanes dan Injil Menurut Lukas itu sebagai karya-karya hasil buatan manusia, oleh itu mereka seringkali menanya : Manakah 'Injil Isa' itu? Rujuklah juga kepada al-Quran Surah An-Nisaak ayat 47, Fathir ay.31, Yusuf ay.111, Yunus ay.37 dan al-Maidah ay.51.Bahasa Arab: nazzala alayka alkitabu bel-hakkee musaddekan lima bayna yadayehe
Inggeris : He sent to you the book in truth confirming what is between his hands (that which is with him)
Bahasa Melayu : Dia menurunkan Kitab kepada engkau dengan sebenarnya (serta) membenarkan
apa (Kitab) yang ada padanyaBahasa Arab: wa-anzala al-tawratah wal-enjeel
Inggeris : and He sent the Torah and Gospel
Bahasa Melayu : Dan Dia menurunkan Taurat dan Injil.
Jawaban kepada soalan ini boleh diberikan melalui satu ibarat yang mudah difahami. Jika ayahanda kamu yang bekerja diluar negeri untuk beberapa tahun lamanya, mengirim surat-surat kepada kamu bagi memaklumkan tentang dirinya kepada kamu. Pada satu hari suratnya mengumumkan bahwa ayah akan pulang menziarah keluarga kamu. Pada suatu hari kemudian pula, dia pun mengetuk-ngetuk di pintu rumah keluarga kamu. Apakah ayahanda kamu harus membawa sepucuk surat lagi?? Sudah tentu TIDAK! Karena dialah sendirinya utusan yang ditunggu-tunggukan itu! Setelah dia melakukan ziarahnya, ayahanda akan kembali ke tempat kerjanya diluar negeri semula. Dan dari sana dia boleh mengirim banyak lagi utusan serta surat-surat yang lain, termasuk berita penziarahannya yang akan datang pada masa depan.
Catatan-catatan Injil Menurut Lukas, Menurut Yahya(Yohanes), Menurut Markus dan Menurut Matius adapun sesungguhnya rujukan-rujukan kepada Kitab Injil yang sah yang disebut-sebutkan dalam al-Quran diatas. Nabi Muhammad telah naik saksi kepada Catatan dan Nas-nas Injil inilah kerana teks dan manuskrip Injil inilah yang ada diantara kedua tangan beliau, yang ada dengannya serta diantara kedua belah tangan umat Kristian se-zaman dengan Muhammad. Jadi inilah Kitab Injil yang telah dihormatinya. Kami juga boleh bertanya: Apakah yang dimaksudkan oleh al-Quran pabila ia merujuk kepada Kitab Suci Injil dalam ayat-ayat ini:
"Hai (nabi) Yahya! Ambillah Kitab dengan sungguh-sungguh. Kami berikan kepadanya hikmah ketika dia masih kanak-kanak." Surah Maryam ay.12. dan,
"Allah mengajarkan kepada Isa Kitab, Hikmah ilmu, Taurat dan Injil, ali-Imran ay.48 serta,
"...dan Maryam membenarkan Kalimat Allah dan Kitab-kitabNya." at-Tahrim ay.12.
Berpuluh-puluhan ayat-ayat al-Quran yang lain menyanjung dan menjunjung kemurnian Kitab Suci Injil dan tidak satu pun yang menuduhnya dengan kepesongan. Sebaliknya, kita dapat melihat beberapa pemesongan yang ketara yang dilakukan oleh sesetengah penterjemah al-Quran beragama Islam, terutama sekali dalam penterjemahan Quran mereka ke dalam bahasa Inggeris.