- Pandangan Daripada Sumber-Sumber Islam
Nabi Isa adalah satu-satunya al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Kewafatannya merupakan satu tajuk yang menarik sekali di kalangan umat Islam. Ada yang berhemat bahawa dia tidak mati dibunuh tetapi diselamatkan oleh Tuhan di saat-saat terakhir, ada pula yang berkata sememangnya al-Masih `Isa ibnu Maryam itu sudah pun mati dengan kerelaan Tuhan, dan al-Quran sendiri telah mengesahkan hakikat ini secara muktamad.
Kita akan merujuk kepada beberapa sumber-sumber yang sahih lagi berautoriti dan berwibawa seperti al-Quran ul-Karim,
Hadith-hadith sahih serta tafsir-tafsir Ulamak-ulamak ahlus sunnah wa'l jamaah yang terkenal.
Pandangan dan Tafsiran Ulamak-ulamak Islam hari ini.
I. Ulamak - ulamak dari Tanah Suci Arab
1. Di dalam bukunya "The Message of the Quran" (Utusan al-Quran) yang diterbit oleh the Muslim World League of Makka pada dahun 1964, penulisnya, Muhammad Asad menterjemahkan Surah 3 ayat 55 kepada Bahasa Inggeris seperti berikut :
"Lo! God said: O Jesus! Verily, I shall cause thee to die, and exalt thee unto Me."
Terjemahannya :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan engkau dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu.."
Surah 5:117 pula diterjemahkan seperti berikut :
"And I bore witness to what they did as long as I dwelt amongst them; but since Thou hast caused me to die,Terjemahannya :
Thou alone hast been their keeper. For Thou art witness unto everything".
"Dan Aku menjadi saksi atas mereka , selama aku hidup bersama mereka. Tatkala Engkau mewafatkan aku, Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu."Pada nota kaki kepada surah 4 ayat 157 (yang menyangkal penyaliban Nabi Isa), penterjemah ini telah memberi penjelasan seperti berikut :
"Begitulah al-Quran kononnya menafikan cerita penyaliban Hazrat Isa. Di kalangan umat Muslim terwujud banyak cerita-cerita dongeng yaitu kononnya disaat-saat terakhir Allah telah menggantikan Nabi Isa dengan seorang lain yang menyerupaibeliau (mengikut cerita sesetengah orang, orang itu Yudas, seorang pengikutnya). Orang ini telah mati disalib pula.Nota kaki yang berikutnya pula mengandungi kata-kata :Tetapi, cerita-cerita dongeng ini tidak ada sokongan sedikit pun daripada al-Quran mahu pun daripada Hadith-hadith yang sahih. Oleh itu, segala-gala cerita ini yang dipergunakan oleh ahli-ahli tafsir klasik haruslah ditolak sebulat-bulatnya."
"Tidak terdapat di mana-mana tempat di dalam al-Quran apa-apa alasan bagi menyokong pendapat sesetengah para Muslim bahawa Allah telah mengangkat jasad Nabi Isa secara jasmaniah kedalam Syurga."2. Dalam Tafsir al-Qurannya, Ulamak Abdul Rahman Sa'di pula telah berkata bahawa :
II. Ulamak-ulamak dari Mesir."Allah telah memuliakan Isa dengan memperbanyakkan murid-muridnya di dunia ini, semasa hayatnya dan juga selepas kematiannya (mamat)."(Tafsir al-Manan, diterbitkan di Makka)
1. Ulamak Mesir yang terkenal Mufti Muhammad Abduh mempercayai bahawa Isa telah meninggal dunia:
i. "Dalam kitab Tafsir al-Manar, guru dan Imam Muhammad Abduh, setelah mengambil maksud jelasayat tersebut dan menyatakan bahawa perkataan tawaffa di dalamnya membawa maksudnya yang jelas yakni 'membunuh'. 'Diangkatkannya' (raf'a) pula mengikuti selepasnya dan ini pula bermaksud kemuliaan rohaniah."(Qasas al-Anbiya oleh Abdul Wahab al-Najar, ms. 428)
ii. "Tawaffa disini bererti membunuh atau mematikan seperti di fahami secara jelas dan biasa."(Al-Manar)
2. Syaikh Mahmud Shaltut, bekas Mufti Besar
Mesir dan bekas Rektor (Ketua universiti) Universiti al-Azhar,
Kaherah, telah mengeluarkan satu fatwa seperti berikut:
i. "Tidak terdapat alasan (autoriti) berasaskan kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup disana dan beliau akan turun ke bumi dari sana pada Hari Qiyamat."(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
ii. "Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan bahawa Tuhan telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya. Janji ini sudah pun termakbul, Tuhan telah pun mewafatkan beliau dan seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat Allah s.w.t."(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
3. Al-Ustaz Mustafa al-Maraghi:
i. Ustaz Mustafa memberi tafsirannya mengenai ungkapan, Ya 'Isa inna mutawaffi-ka
Dia menyatakan :
"Dalam ayat ini terdapat berita baik mengenai kejayaan `Isa di atas komplot musuh-musuh Yahudinya, serta hayat `Isa mencapai waktu penamatannya. Tawaffa membawa maksud kewafatan atau kematian sebagai insan di dunia ini. Dan raf`(kebangkitan) pula merujuk kepada keadaan roh selepas kematian. Maksudnya ialah "Saya akan mewafatkan ('mematikan') kamu (mumitu-ka), dan selepas kematianmu (maut) saya akan membawa kamu menaiki suatu kedudukan yang mulia di sisi Ku. Saperti mana Tuhan telah melakukan kepada Nabi Idris: 'Dia telah mengangkatkannya (iaitu Nabi Idris) kepada suatu kedudukan yang mulia'."
"Sesungghnya kamu (Muhammad) telah bercita-cita hendak mati sebelum menemuinya,sesungguhnya kamu sudah melihatnya, sedang kamu memperhatikannya."Di dalam penjelasan ayat al-Quran ini, beliau telah menulis :"Ini bermaksud bahawa Nabi Muhammad itu hanya insan yang fana dan akan meninggal dunia seperti manusia yang lain juga. Ada rasul-rasul yang lain juga yang telah mati sama seperti manusia biasa yang lain. Ada yang telah mati dibunuh seperti Zakaria dan Yahya. Tiada ada satu pun di antara rasul-rasul Allah yang dapat hidup selama-lamanya. Jadi, jika Nabi Muhammad saw sendiri meninggal dunia,ini sama sahaja seperti Musa, Isa (as) dan Nabi-nabi yang lain sebelumnya."
"Ada ahli2 tafsir yang menyatakan bahawa Allah telah mematikan 'Isa sama seperti Dia menamatkan hayat manusia biasa yang lain. Kemudian rohnya diangkatkan ke Syurga.Ini dibuktikan oleh kata-kata: 'Inni mutawaffi-ka wa rafi'u-ka ilayya.'"
III. Ulamak-ulamak dari Lubnan dan negeri-negeri lain.(Da’irat-ul-Mu‘arif, Islamic Encyclopedia, vol. vi,ms. 784)
1. Ahli tafsir Lubnan yang terkenal Ahmad Al-`Ajuz bertulis :
"'Isa sememangnya sudah mengalami kematian mengikut firman Allah inni mutawaffi-ka yang bererti :'Saya akan mewafatkan kamu (mumitu-ka). Kematian (maut) adalah sesuatu yang semestinya berlaku, seperti mana Allah telah mengucap melalui mulut Hazrat `Isa (as) sendiri:'Salam sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan hidup semula'."
"Seperti mana disebut di dalam al-Quran, Tuhan telah menyebabkan kewafatan Al-Masih `Isa secara jasmani, dan telah membangkitkan beliau kedalam hadhirat ilahiNya, serta telah menyucikannya sama sahaja seperti Dia menamatkan hayat kita, kemudian diangkat dan disucikan roh-roh kita."
3. Al-Ustaz Abdul Wahab al-Najjar memberi tafsirnya
mengenai ayat-ayat al-Quran :
Kuntu ‘alai-him shahid-an ma dumtu fi-him (5:117), saperti berikut :
"Isa telah menjadi saksi keatas semua pengikut-pengikutNya selama dia berada bersama-sama dengan mereka serta mengajarkan mereka firman Allah sehingga kematiannya (wafat). Selepas itu, Tuhanlah yang menjadi saksi diatas mereka."
(Qasas al-Anbiya, Edisi ke-4, 1956)Tuhan mahakuasa sendiri telah menyentuh perkara kewafatan Nabi `Isa secara khusus; selepas Nabi `Isa naik doanya mengenai kewafatan beliau, Tuhan telah memberi jawapanNya seperti berikut :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan engkau dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat.."
Surah 3 Ali Imran ayat 55
Dari ayat-ayat ini Allah telah memberi `Isa empat janji-janji, yaitu :
1."Diwafatkan oleh Tuhan sendiri" yaitu mengalami kematian ditangan serta dengan kebenaran Tuhan,
2."Darjat beliau akan ditinggikan ke hadhirat Allah
(raf `a)" oleh Allah sendiri,
Yakni beliau akan menikmati keadaan bersama-sama kehadhiran
Tuhan. Pada hakikatnya ungkapan raf `a (- kemuliaan) itu
membawa erti yang bertentangan dengan wad `a (kehinaan).
3."Menyucikan Engkau dari orang-orang kafir (tathir)", iaitu beliau akan dibenarkan oleh Allah dari segala tuduhan-tuduhan musuh-musuh beliau.
4."Menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat." Pengikut2 Hazrat `Isa akan sentiasa mengatasi musuh-musuh mereka serta para ahli kafir sehingga hari Kiamat!
Ayat-ayat diatas membuktikan tanpa apa-apa keraguan lagi bahawa al-Masih `Isa sudah pun mengalami kewafatan. Oleh kerana raf `a itu hanya berlaku setelah segala-gala lapisan-lapisan dan penghindar - penghindar jasmaniah yang lain telah dihapuskan. Setiap insan yang salih dianugerahkan dengan raf `a setelah tamat hayatnya. Rasullullah sendiri telah bersabda :
"Tatkala seorang yang beriman menghadapi kematiannya, datanglah malaikat maut kepadanya.Jika dia seorang yang salih, mereka akan berkata kepada rohnya : 'Wahai roh yang tidak tercela, keluarlah, kamu berada di dalam tubuh yang bersih'...Jadi, roh itu akan keluar dari tubuh itu, lalu diangkat ke Syurga dan pintu-pintu Syurga akan dibuka baginya."Jadi, apabila seorang beriman yang salih meninggal dunia, malaikat-malaikat akan mengangkat rohnya ke Syurga. Inilah apa yang telah jadi kepada `Isa sendiri, jadi selepas wafatnya `Isa a.s., roh beliau telah diangkat ke Syurga seterusnya menganggotainya bersama-sama dengan penghuni-penghuni salih yang lain di Syurga yang sudah pun meninggal dunia.(Mishkat)
Oleh yang demikian, Tuhan sudah pun memenuhi semua janji-janjiNya kepada `Isa a.s. Tuhan telah mendengarkan doa `Isa itu, beliau telah diwafatkan dengan kebenaran Tuhan, kemudian selepas kematiannya, `Isa al-Masih diangkat masuk ke dalam hadhirat Allah, dan seterusnya diberi kemenangan ke atas musuh-musuhNya, serta murid-murid al-Masih `Isa sentiasa diberi kemenangan diatas musuh-musuh mereka dan para ahli kafirun!
Maksudnya Tawaffa
Kamus-kamus Bahasa Arab menerangkan bahawa tawaffa Allahu-fulan-an, yaitu Tuhan telah melakukan tawaffa keatas seseorang .., bererti bahwa Allah telah mengambil nyawa (Roh) seseorang itu dan telah mematikan orang itu.
Demikianlah maksudnya telah yang di berikan di dalam Taj l-'urus, Al-Qamus, Surah dan Asas al-Balaghah, serta Al-Sihah dan Kullyat Abi-l-Baqa.
Dari ayat-ayat di atas (QS 5/117), Hazrat `Isa telah bercakap mengenai dua waktu yang tertentu lagi berlainan. Waktu yang pertama disebutnya dalam ungkapan "Selama aku berada bersama-sama dengan mereka".
Dan waktu yang keduanya apabila "(Hanya) Engkaulah (yang) mengawas mereka." "Mereka" itu adalah murid-murid dan pengikut-pengikut `Isa -yakni umat Kristian. Waktu yang pertama (apabila al-Masih `Isa berada bersama-sama umatnya) telah beralih dan bertukar menjadi waktu yang kedua (apabila hanya Allah swt mengawasi murid-murid `Isa a.s.) setelah terjadinya tawaffaitani atau `Isa telah diwafatkan (dimatikan) dengan kebenaran Tuhan.
IV. Sumber-sumber daripada Hadith-hadith Sahih
Sekarang, marilah kita mengkaji hadith-hadith yang dilapurkan
mengenai Nabi Muhammad (saw).
Beliaulah pengantara serta pentafsir yang paling utama
bagi wahyu-wahyu dalam al-Quran. Setelah mengkaji ulasan-ulasan Nabi sendiri,
kita bolehlah membuat kesimpulan yang paling muktamad tanpa apa-apa kemusykilan
lagi! Lagi pun setiap umat Islam haruslah menunduk dan menerima kesimpulan
yang muktamad ini.
(i) Hadith yang Pertama : Maksudnya Tawaffa.
Ibni Abbas telah membuat lapuran bahawa Nabi Agung pernah berkhutbah:
"Wahai umatku! Kamu akan semua dikumpul menghadapi Tuhanmu (pada hari Qiyamat)...dan ada diantara kalangan kamu yang akan diheret ke neraka. Saya akan berkata:
'Ya Allah, mereka ini adalah umatku'. Maka jawapanNya akan berbunyi: 'Kamu tidak mengetahui perbuatan-perbuatan mereka selepas permergian kamu'. Kemudian saya akan menjawab seperti hamba Tuhan yang salih itu (yaitu `Isa), 'Aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka.(Tetapi) tatkala Engkau mewafatkan aku (tawaffaitani), Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu.'"
(ii) Hadith yang Kedua : Semua Nabi-nabi kena Wafat
(Mati)
Semasa Nabi sakit tenat, serta sebelum kewafatannya dia
telah memasuki masjid dengan ditunjang oleh dua orang penolongnya dan telah
memberi khutbahnya seperti berikut :
"Wahai Umatku! Telah saya mendengar yang kamu semua takut akan kewafatan Nabi-mu. Adakah mana-mana Nabi sebelum saya yang masih belum lagi mati ? Patutkah saya diharapkan untuk hidup selama-lamanya di antara kamu? Dengarlah! Sedikit masa lagi saya akan bersama-sama dengan Tuhan saya...Jadi, saya memohon supaya kamu semua melayani para muhajir yang akan datang dengan eloknya."Hadith ini mengesahkan maksud tiga ayat-ayat al-Quran yang berikut :(Al-anwar ul-Muhammadiyya min al-Muwahib al-Ladinya, Mesir, m.s. 317)
"Muhammad itu tidak lain, (dan) hanya seorang rasul (utusan), sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang rasul sebelumnya (yang sudah mati atau terbunuh)."QS 3 ayat 144
"Bukanlah Kami jadikan manusia sebelum engkau yang kekal abadi..."QS 21 ayat 34dan
Jika adanya mana-mana Rasul yang masih hidup atau belum lagi mengalami kematian, sudah tentu Rasullullah tidak akan menyebut kata-kata di atas. Jadi, kesimpulannya yang muktamad adalah: al-Masih `Isa sudah pun mengalami kewafatan beliau."...Dan bukan pula mereka (para Nabi-nabi) itu kekal abadi."QS 21 ayat 8.
(iii) Hadith yang Ketiga : Perbincangan Rasullullah
dengan rombongan Kristian dari Najran
"Apabila satu rombongan seramai enam-puluh orang umat Kristian dari Najran telah menziarahi Nabi Muhammad, Imam besar mereka berbincang dengannya tentang status`Isa serta siapakah ayahandanya. Rasul Tuhan telah menanyakan bahawa "Tidakkah seorang anak akan menyerupai bapanya?" Mereka menjawab: "Ya." Kemudian dia menyatakan:'A lastum ta‘lamuna anna rabbana la yamutu wa anna Isa ata ‘alaihi-l-fana', yaitu "Tidakkah kamu tahu yang Tuhan kita kekal abadi tetapi al-Masih `Isa telah pun meninggal dunia ?"
Begitu terang dan jelasnya Nabi Islam, Muhammad, sendiri telah pun memberi pengesahannya tentang hakikatnya kewafatannya Isa al-Masih itu! Jadi, kita seharusnya janganlah ragu-ragu lagi hakikat serta kebenaran peristiwa kewafatan `Isa, kerana pengesahan peristiwa ini datangnya dari mulut Nabi Islam sendiri!(Asbab an-nuzul, oleh Imam Abu-l-Hasan Ali ibn Ahmad al-Wahidi dari Neshapur, diterbit di Mesir, m.s. 53)
Sekarang kita harus pula memberi perhatian kepada kata-kata `Isa al-Masih sendiri mengenai hal kematian baginda.
Adakah baginda menyatakan apa-apa yang menyentuh dengan kematiannya? Apa pula yang telah dinyatakannya berhubung dengan kewafatannya? Dari Injil kita dapat kata-katanya seperti berikut :
"Anak Manusia (yakni `Isa) tidak datang untuk dilayani; Dia datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawa nya sebagai tebusan untuk membebaskan ramai orang."Matius 20 ayat 28
"Anak Manusia (Dia) telah datang untuk melayani orang serta menyerahkan nyawanya sebagai tebusan untuk membebaskan banyak orang."Markus 10 ayat 45
Dari Injil Lukas kita dapat mengetahui bahawa :
"Isa memanggil dua belas orang pengikut-pengikutnya, lalu berkata kepada mereka, 'Dengarlah! Kita sekarang menuju ke Baitul-Mukaddis. Di sana segala yang dinubuat oleh nabi-nabi tentang al-Masih akan berlaku. Dia akan diserahkan kepada orang bukan Yahudi, lalu mereka akan mempermainkan dia. Mereka akan menyesah dan membunuh dia; tetapi pada hari ketiga dia akan bangkit semula.'"Juga daripada nas-nas yang lain, `Isa telah mengesahkan dirinya sebagai satu-satunya Al-Masih yang telah dijanjikan Tuhan kepada murid-muridnya. Sebaik sahaja dia telah memberi pengesahan serta penjelasannya itu kepada murid-muridnya, dia menyatakan sambil menubuatkan tentang kematiannya.Lukas 18 : 31 - 33
Ini merupakan kali yang ketiga al-Masih `Isa menyatakan tentang mewafatan baginda kepada para hawariyun, yaitu murid-murid beliau.
Setelah mendengari hakikat itu; Petrus, yakni hawariyun yang akrab serta rapat dengan al-Masih, telah cuba menghalang al-Masih `Isa daripada memenuhi nubuatnya itu. Yakni, Petrus ingin menjauhi 'Isa daripada mengalami kewafatan baginda! Apakah reaksi al-Masih 'Isa kepada perbuatan Petrus itu? Lalu `Isa telah meneguri muridnya Petrus dengan setegas-tegasnya sekali! `Isa al-Masih tidak ingin Petrus itu menjadi satu batu penghalang dan penggugat kepada misi al-Masih di dunia ini, yaitu untuk menyerahkan jiwanya sebagai satu-satunya tebusan bagi segala umat manusia.(Rujukan Injil: Matius 16:21-28, Markus 8:1-9:1, Lukas 9:22-27).
Kenapakah semua umat manusia di dunia ini mengalami maut? Bagaimanakah kewafatan al-Masih `Isa pula menjadi satu tebusan bagi segala umat manusia? Marilah kita memperhatikan penjelasan daripada Injil tentang penyelesaian yang telah datang melalui al-Masih `Isa sendiri.
Maut atau kematian itu adalah satu pengalaman sejagat
setiap insan di dunia ini! Tidak ada seorang pun yang dapat lari daripada
hakikat kematian itu. Injil menjelaskan bahawa :
"Maut atau kematian itu adalah akibat dan upah daripada
dosa-dosa kita semua." (Roma 6:23).
Oleh kerana wujudnya dosa di dalam setiap manusia itu,
maka setiap manusia akan mengalami maut akibat daripada kesan dosa itu
dalam kehidupannya (Roma 5 :12). Akan tetapi, al-Masih Isa itu tidak dicemari
dosa walhal beliau adalah suci-murni belaka.
Injil, Al-Quran, dan juga Hadis naik saksi kepada hakikat
kesucian `Isa al-Masih. Justru itu, dia tidak seharusnya
mengalami maut atau kematian kerana tidak ada apa-apa kesan dosa baginya!
Demi hakikat itulah al-Masih `Isa layak menjadi tebusan bagi segala
mereka yang sudah tercemar dan tercela oleh dosa dalam hidup mereka. Al-Masih
yang tidak berdosa itu pula tidak akan mengalami maut kerana dosa tidak
membawa apa-apa akibat dan kesan keatas beliau. Tetapi al-Masih `Isa telah
memutus dan memilih untuk mengalami kematian itu, BUKAN demi dosa-dosanya
-kerana kesucian `Isa sudah pun terbukti. Al-Masih Isa telah mengalami
kewafatan bagi pihak umat manusia sejagat yang di bawah hukuman maut bagi
dosa mereka.
Oleh kerana itu, hukuman maut yang dijatuhkan diatas manusia itu sekarang sudah pun dipenuhi dan sudah pun dijalani dengan lengkap lagi secukup-cukupnya oleh Isa al-Masih yang tidak berdosa itu. Justru itu, hukuman maut itu sudah pun diketepikan oleh Tuhan, lalu Tuhan sudah pun membuka satu-satunya jalan untuk manusia mengalami pembenaran dengan-Nya. Inilah hasilnya korban tebusan yang telah disempurnakan oleh 'Isa Al-Masih seperti yang dijanjikannya. Seperti firman di dalam nas Injil yang berikut:
"Hanya melalui al-Masih Isa-lah dapat manusia diselamatkan, kerana diseluruh dunia tiada orang lain yang mendapat kekuasaan daripada Allah untuk menyelamatkan kita."Sebelum sahaja al-Masih `Isa ibnu Maryam telah mengalami kewafatan baginda, dia telah mengucap seperti berikut :Kisah Rasul-rasul 4:12
"Hati-ku gelisah. Apa yang akan aku katakan? Haruskah aku berkata, 'Bapa, jauhkanlah aku daripada saat penderitaan ini'? TIDAK! Aku telah datang justru untuk mengalami saat penderitaan ini. Ya Bapa, tunjukkanlah kemuliaanMu!" Kemudian terdengar suara dari langit berkata, "Aku sudah menujukkan kemuliaan-Ku dan Aku akan menunjukkannya sekali lagi."Dengan kewafatannya, 'Isa telah menjalani hukuman maut dengan sepenuh-penuhnya serta baginda telah menepati tuntutan-tuntutan hukum-hukum Tuhan yang terbesar dan terpenting sekali. Demi kewafatannya dalam keadaan yang suci dan mulia, baginda telah layak menjadi korban tebusan yang sempurna bagi pihak manusia yang lain telah dicemari dosa. Oleh itu, didalam Injil ada tercatit kata-kata al-Masih `Isa seperti:
Orang ramai di situ mendengar suara itu. Mereka berkata, "Guruh!" Tetapi ada juga yang berkata, "Bukan! Malaikat berkata-kata kepada-nya!"
Tetapi 'Isa berkata kepada mereka, "Suara itu terdengar bukan untuk kepentingan-ku, tetapi untuk kepentingan kamu. Tibalah saatnya dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini digulingkan. Apabila aku ditinggikan di atas bumi, Aku akan memimpin semua orang kepada-ku." Dengan kata-katanya ini, `Isa menunjukkan cara dia akan wafat.Yahya 12 : 27 - 33
"Akulah jalan, akulah kebenaran dan akulah kehidupan. Tiada seorang pun dapat datang kepada Bapa (yaitu Allah) kecuali melalui Aku (`Isa)."
Tidak heranlah al-Masih Isa ibnu Maryam digelar oleh Nabi
Yahya a.s. sebagai 'Domba Allah' yang datang
sebagai tebusan dosa seluruh dunia (Yahya 1 ayat 29). Semestinya Yahya
a.s. telah mengimbas kembali peristiwa berabad-abad dahulu yang dialami
oleh Ibrahim a.s. Peristiwa itu menjadi baginya satu ibarat bagi misi al-Masih
'Isa muncul di dunia ini!
Pada Hari Kiamat pula, Domba Allah akan berkuasa dan
layak untuk menghakimi dunia ini. Dalam buku Wahyu bab 5 dan 6 ada tercatit
pelaksanaan penghakiman itu yang akan dilakukan oleh Domba Allah, yakni
'Isa al-Masih.
Semua ini dipersetujui Al-Quran dalam Surah Al-Imran 3:45, Surah Az-Zukhruf :61,63-"Sesungguhnya 'Isa itu memberitahukan Hari Kiamat, sebab itu janganlah kamu ragu-ragu tentang itu...", juga Surah an-Nisaak 4 ay.159 dan juga Hadis-hadis sohih al-Bukhari dan Muslim : "Sesungguhnya akan turun kepadamu 'ISA ibnu Maryam menjadi Hakim yang adil" (H.Bukhari 1090, H.S.Muslim Jilid 1 hal.74), serta "Tidak ada Imam MAHDI selain 'Isa Putera Maryam" (H.Ibnu Majah).
Jadi kesimpulannya ialah, kewafatan 'Isa al-Masih ibnu
Maryam dua ribu tahun dahulu sudah pun di tentukan hakikatnya serta disahkan
oleh kata-kata Nabi, hemat dan pentafsiran alim-ulamak yang waraq seperti
Imam Sheikh Shaltut dari Al-Azhar, serta imam-imam utama dari negeri-negeri
Islam yang lain, juga oleh Hadis-hadis yang sahih serta kenyataan-kenyataan
dari mulut Nabi Muhammad sendiri. Kita seharusnya menolak cerita yang dipelopori
sesetengah pihak yang kononnya sahabat 'Isa telah ditukarkan wajahnya itu
mirip wajah 'Isa al-Masih lalu disalibkan, sementara 'Isa dengan jasadnya
telah diangkat hidup-hidup ke Syurga! Cerita ini berlandaskan kepada teori
yang tidak berasas serta dongeng-dongeng pembidaah yang karut. Lebih lebih
lagi hujah ini bertentangan bulat-bulat dengan tafsiran dan keterangan
yang diberi oleh alim ulamak diatas serta Fatwa yang dikeluarkan Imam Shaltut
dari Al-Azhar yaitu :
"Tidak terdapat alasan (autoriti) berasaskan kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup disana... Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan bahawa Tuhan telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya. Janji-janji ini sudah pun termakbul dan ditepati-Nya, Tuhan telah pun mewafatkan beliau dan seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat Allah s.w.t." (op cit.)Apakah lagi bila kita mengkaji secara ikhlas dan mendalam, kesaksian yang dibawa oleh Nabi Islam, Muhammad sendiri mengenai kenyataan-kenyataan beliau yang menyentuh hakikat kewafatan al-Masih 'Isa ibnu Maryam dari hadis-hadis diatas.
Rujukan Hadis yang pertama dan kedua : yaitu Nabi
Muhammad telah merujuk kepada kewafatannya sendiri dengan memakai ungkapan
falamma
tawaffaitani.Al-Quran telah menggunakan perkataan yang sama bila merujuk
kepada kewafatan 'Isa al-Masih, jadi sudah jelaslah buktinya yang 'Isa
sendiri sudah pun mengalami mautnya yakni
kewafatannya.
Rujukan Hadis yang ketiga : perbincangan Nabi dengan rombongan
Kristian dari Najran sudah pun membuktikan bahawa Nabi Muhammad juga memegang
kepada hakikat bahawa
al-Masih 'Isa itu sudah pun wafat.
Keterangan-keterangan diatas ini semuanya menyetujui
akan kebenaran dan hakikat sejarah yang semua ahlisejarawan serta para
pengkaji sejarah Dunia dahulu mahupun sekarang tidak dapat menafikan oleh
kerana wujudnya bukti-bukti serta dalil-dalil yang cukup jelas lagi muktamad
: yaitu 'Isa al-Masih hidup sambil melakukan mukjizat-mukjizatnya yang
ajaibdanmengkagumi, dan tiga tahun selepas pelayanannya beliau sudah pun
mengalami kematian atau kewafatannya ditangan orang-orang Roma. Dengan
peristiwa itu baginda telah melaksanakan misinya, yakni dengan melayani
ramai orang serta menyerahkan nyawa nyasebagai tebusan
untuk membebaskan ramai orang, dengan sempurnanya.