Kebebasan Beragama Secara Islam

Menurut Sejarah dan Sumber-sumber Islam

Para Muslim kerap kali tuntut bahawa Islam adalah satu agama 'Aman damai'. Tetapi sejauh manakah hakikat ini benar? Soalan Kebebasan beragama adalah satu amalan yang ada perhubungan amat rapat dengan tuntutan di atas. Kita seharusnya selidiki apakah amalan-amalan pengikut-pengikut Islam pada hari ini dan juga pada zaman dahulu benar-benar mencerminkan lunas-lunas agama Islam yang sebenar, terutamanya dalam hal-hal kebebasan beragama. Contoh-contoh yang paling sesuai untuk dirujuki adalah dari Pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Islam sendiri, jadi kita akan merujuki sumber-sumber Islam dan sejarah Islam sendiri - dan bukan daripada sumber-sumber Bukan Islam, supaya gambaran yang diperolehi adalah benar dan tepat.

Amalan-amalan Nabi Muhammad, para Sahabat-sahabatnya dan Bakal Pemimpin-pemimpin Islam yang lain.

Majlis tertinggi dewan perundangan Universiti Al-Azhar telah menyebut tentang kes seorang muslimah bernama Umm Mirwan yang telah meninggalkan Islam pada zaman Nabi Islam. Dalam kes itu, Nabi Muhammad telah mengarahkan supaya wanita ini bertaubat dan memeluk Islam semula, jika tidak, wanita ini harus dibunuh! Buku-buku dan rekod sejarah Islam telah mencatat bahawa apabila Muhammad telah menakluki kota Mekkah, dia telah menghukum bunuh semua insan yang telah keluar dari Islam dan juga mereka yang pernah menghinanya, pada satu masa dahulu. Semua ini disahkan daripada rujukan Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian II, muka surat 160, juga daripada Riwayat hidup Nabi Muhammad oleh Ibn Hisham Bahagian 4, ms.15 & 16.

Para Sahabat-sahabat dan Pemimpin-pemimpin yang lain.

Mu'adhz Ibn Jabal dan Lelaki bangsa Yahudi

Mu'adhz dianggap sebagai salah satu daripada para Sahabat Nabi yang terutama di antara 'pembantu-pembantunya' yang lain. Nabi Muhammad sendiri telah berkata : "Pelajarilah (ambillah) al-Qur'an daripada empat orang (ini): Mu'adhz bin Jabal ... (diantara lainnya).(Hadis Sahih Bukhari/HSB bah.9,ms.10).

Peristiwa zalim di bawah ini telahpun dicatat di dalam Hadis sahih Bukhari (bah.9, ms.19) :

"Mu'adhz ibn Jabal telah pergi menziarah Abu Musa, Gabenor negeri Yaman zaman itu. Dia telah diberikan sebuah bantal untuk duduk. Sebelum didudukinya bantal itu, dia ternampak seorang lelaki yang diikat dengan tali, lalu Mu'adhz telah bertanya kepada Abu Musa -"Siapakah dia ini?", dan Abu Musa menjawab:"Dia seorang Yahudi yang telah memeluk Islam, tetapi lepas itu dia keluar daripada Islam lalu memeluk agama asalnya kembali!" Mu'dhaz telah berkata kepada Abu Musa : "Saya tidak akan duduk atas bantal ini kecuali lelaki ini dibunuh. Inilah hukuman Allah dan RasulNya!" Seterusnya Gabenor itu mengarahkan supaya lelaki itu dibunuh. Selepas itu saja Mu'adhz duduk.

Disini kita diberitahu tentang seorang lelaki Yahudi yang masuk Islam, tetapi selepas itu dia insaf akan kesilapannya lalu kembali kepada agama Yahudinya. Akibat ini dia telah diikat sebagai seekor binatang. Seterusnya apabila Mu'adhz bin Jabal telah datang, dia enggan duduk dengan Gabenor Yaman selagi lelaki Yahudi ini tidak dibunuh dengan serta-merta! Sesudah pembunuhan itu dilakukan sahaja barulah Mu'adhz rela duduk, makan dan minum dengan Abu Musa, yang juga merasai aman -damai, puas hati dan lega dengan dirinya oleh sebab telah menjalankan kononnya perintah Allah dan rasulNya Muhammad. Rasul ini adalah konnonya, Nabi yang membawa rahmat dan kebebasan, juga telah mengarahkan :"Sesiapa yang tinggalkan Islam haruslah dibunuh."

Ali bin Abi Talib dan beberapa Orang Nasrani (Kristian)

Khalifah Islam inilah yang banyak membakar para 'murtad' - tidak kira mereka masih hidup atau pun sudah meninggal dunia! Sepupu dengan Nabi Muhammad dan juga anak mertuanya, Ali juga adalah sahabat kegemaran Muhammad dan juga di antara sepuluh orang telah dijanjikan 'nikmat-nikmat Firdaus syurgawi' olehnya.Muhammad telah membela Ali ini sebelum dan juga selepas kematian ayahnya dan dia telah berkata yang Ali inilah paling layak menghukum menurut undang-undang Islam!

Marilah kita perhatikan apa yang telah dicatatkan mengenai Imam Ali ini, Khalifah yang ke-empat, yang disanjung tinggi oleh kedua-dua kelompok Shia dan juga para Sunni. Dari tulisan Ibn Hazm 'Al-Muhalla', jilid 8, bahagian sebelas tercatitnya seperti berikut :

"Ali telah membawa para-para 'murtad' dan membakar mereka hidup-hidup. Setelah Ibn 'Abas menerima berita zalim ini dia pula telah berkata:"Jika saya dan bukannya dia(Ali), saya tidak akan membakar mereka hidup-hidup, tetapi saya akan membunuh mereka dalam cara yang lain, kerana rasullullah telah bersuruh :'Sesiapa yang tinggalkan Islamnya, bunuhlah dia.'" (m.s.189).

Amalan ini juga tercatat dari Hadis sahih Bukhari -Bahagian 9, ms.19. Ibn Hazam sekali lagi mengesahkan cara-cara zalim Ali bin Abi Talib seperti berikut:

"Mereka membawa seorang tua kepada Ali. Orang tua ini pada mula-mulanya seorang Kristian/Nasrani yang menjadi Islam dan selepas itu memeluk agama Kristian semula. Ali berkata kepada lelaki ini: 'Mungkin kamu memeluk agama Kristian bagi mewarisi sesuatu harta pusaka; dan selepas itu kamu akan kembali ke Islam.' Lelaki tua pula menjawabnya:'Tidak.' Ali menanyakannya sekali lagi: 'Mungkin kamu masuk Kristian untuk pikat dan mengahwini seorang gadis Kristian, lepas itu kamu akan kembali kepada agama Islam?' Lelaki itu menjawabnya: 'Tidak!' Ali kata kepadanya :'Peluklah Islam semula...!' Maka lelaki tua ini menjawab:'Tidak, bukan sebelum saya bersua dengan Rabbana 'Isa al-Masih'. Ali seterusnya perintahkan supaya lelaki ini dibunuh, lalu mereka telah pancung kepalanya." (m.s.190).

Demi Allah, Ali! Apakah kerana insan-insan diatas ini yakin kepada 'Isa al-Masih dan utusan InjilNya maka kamu cuba paksa mereka bertukar fikiran mereka!? Dan bila mereka menolak arahan itu, kamu siksakan dan mendera mereka...atau pun kamu sekaligus membunuh mereka...atau pun membakar mereka...!?

'Uthman Ibn Affan

Khalifah yang ketiga, Uthman telah mengahwini Rugayah dan juga Ummi Kalthum, kedua-duanya anak perempuan Muhammad. Dia juga telah dijanjikan nabi Islam nikmat-nikmat syurgawi. Satu hari,Uthman telah diberitahu bahawa beberapa orang di Iraq telah keluar dari Islam. Maka Uthman keluarkan perintah kepada Gabenor wilayah itu untuk memaksa kumpulan ini untuk 'bertaubat dan memeluk Islam semula' (apakah pertaubatan itu boleh dipaksakan)! Jikalau tidak, mereka semua akan dibunuh. Beberapa orang diantara mereka telah dibunuh manakala yang lain pula menyerah kepada paksaan itu dan kembali ke Islam kerana takut kepada arahan Uthman itu.(Al-Muhalla, Ibn Hazm,Bah.11,ms.190).

Abu Bakar dan Peperangan-peperangan al-Ridda

Seluruh dunia yang fikiran waras dan bangsa-bangsa yang bertamaddun menganggap peperangan-peperangan di atas sebagai amat zalim, berkhianat dan berunsur barbarisma. Perang-perang tersebut diadakan tanpa apa-apa sebab-sebab yang wajar atau munasabah! Dunia ini akan sentiasa bertanya-tanya apakah kesalahan atau jenayah suku-suku kaum Arab yang termalang ini untuk mengharungi siksaan-siksaan, penderitaan dan peperangan yang sedemikian ditangan Abu Bakr, khalifah yang pertama. Apakah sebabnya beliau telah memerangi mereka dengan keganasan tanpa apa-apa perkemanusiaan dan membunuh berpuluh-puluh ribu jiwa yang tidak berdosa. Para Muslim akan cepat menjawab bahawa Abu Bakar ini hanya melaksanakan perintah-perintah Nabi Muhammad -seperti yang diakui oleh Abu Bakr sendiri! Oleh sebab suku-suku kaum ini telah semua meninggalkan Islam sebaik saja Muhammad telah wafat, oleh itu terpakslah dia perangi mereka!

Semua negara membangun dan dunia yang bebas tidak fahami alasan atau dalih ini, yang secara langsung mengabaikan dan mengetepikan prinsip-prinsip dasar hak asasi Manusia, yang menjamin kebebasan kepada setiap individu untuk mempercayai dan menganuti mana-mana ajaran atau agama yang dipilihkannya. Jika sesiapa pun membaca mana-mana buku sejarah Islam dan perkembangannya, dia akan menemukan banyak sekali rekod-rekod yang mencatatkan tentang keganasan dan kezaliman yang ketara keatas kumpulan-kumpulan manusia dalam peperangan-peperangan itu. Kelompok-kelompok manusia dibunuh beramai-ramai dengan zalimnya, mereka yang berjaya melepaskan diri dari maut, diberkas dan dipaksa memeluk Islam semula dan membayar cukai kepada Abu Bakr el-Siddik, bapa Aisha dan isteri Muhammad.

Perang-perang ridda ini diajar di semua sekolah dan madrasah-madrasah Arab juga di sekolah-sekolah negeri-negeri Islam. Semua sejarawan,pembabad dan periwayat Islam misalnya al-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn Kathir dan al-Suyuti telah mencatitkan segala-galanya tentang perang-perang ini. Al-Tabari di dalam Sejarahnya telah mencatat bahawa Abu Bakar telah menyuruh askar-askarnya pergi berperang kumpulan-kumpulan 'murtad' itu dan supaya :

"Mereka arahkan semua kelompok2 ini untuk memeluk semula agama Islam. Kalau arahan ini ditolak, tidak sejiwa pun boleh dilepaskan. Bakar mereka dan bunuh mereka secara paksa, dan ambillah wanita-wanita dan kanak-kanak mereka sebagai tawanan-tawanan perang."

Umar bin al-Khattab telah memberitahu Abu Bakar bahawa beberapa suku-suku kaum di tanah Arab telah peluk semula agama Islam, tetapi mereka enggan bayar cukai kepada khalifah Umar. Mereka tuntut bahawa hanya nabi Muhammad layak menerima cukai mereka. Lalu khalifah Uthman b.Affan telah menjawab: "Demi Tuhan, jika mereka enggan memberi cukai mereka sepertimana cukai itu diberi kepada nabi Islam, saya akan berperang dengan mereka oleh sebab keengganan mereka. (H.S.Muslim,Jilid I(ms.175),Tafsir al-Nawawi)

Universiti Al-Azhar di Mesir telah menerbit sebuah buku yang penting bernama Al-Khulafa Al-Rashidun (Khalifah-khalifah yang Terpimpin) pada tahun 1967. Penulisnya, Dr.Abu Zayd Shalabi, seorang profesor Tamadun Islam di Kuliah Bahasa Arab. Beliau telah kumpulkan butiran-butiran lengkap mengenai Perang-perang Ridda ini yang telah merangkumi 20 halaman dalam bukunya(hal.41-60). Dibawah sini adalah beberapa kutipan daripada buku ini:

"Abu Bakr telah hantar sebelas orang Jenderalnya memimpin angkatan-angkatan tentera masing-masing menentang para-para 'murtad' di sebelas buah Kota. Ramai telah dipaksa memeluk semula agama Islam. Diantara negeri-negeri yang diserang itu ialah Bahrain, yang telah diserang oleh al-Ala' Ibn Hadrami, serta Yaman yang diserang oleh Suwaid bin Maqrin. Khalid b.al Walid telah pergi berperang bani Tulayha, Bani Asad dan suku-suku Arab disekelilingnya."

Dr.Abu Zayd ini telah memberi ulasan yang menarik di halaman 60 dalam bukunya:

"Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh para Muslim dalam Perang Ridda ini ada satu hasil yang amat berkesan: Kejayaan ini telah menakuti sesiapa pun yang ingin keluar dari Islam."

Hakikatnya Dr.Shalabi, ialah Islam dari permulaannya telah cuba menghalang orang dari meninggalkannya dengan ancaman-ancaman BUNUH yang ketara. Inilah cara Paksaan namanya! Sungguh memalukan Dr.Shalabi, bagi kamu mencatatkan dalam buku kamu itu, HAKIKAT bahawa Islam telah berkembang di seluruh daerah Timur-tengah dengan cara berperang, pedang, paksa dan kekerasan! Tidakkah hakikat ini mendorongi kamu untuk mengkaji semula kesahihan dan keikhlasan agama kamu itu? Semua tindakan ini adalah langkah-langkah menegah para Muslim yang mahu keluar dari Islam sebab dia akan menerima ajal yang telah menimpa suku-suku kaum Arab yang telah diserangi pemimpin-pemimpin diatas! Akan tetapi hari ini, keadaannya amat berlainan contohnya di Indonesia, di mana beratus-ratus ribu orang telah memeluk penyelematan Al-Masih 'Isa secara sukarela, dan bukan dengan paksaan!

Ibn Hisham

Ibn Hisham, seorang yang berwibawa dalam sejarah awal Islam, telah mencatat:

"Sebaik sahaja Nabi Muhammad telah wafat, ramai 'penganut-penganut' Islam di kota Mekkah dengan cepatnya ingin meninggalkan Islam. Maka telah bangunlah Suhayl bin 'Amru, dia berkata: 'Sesiapa yang meninggalkan Islam, kami akan pancung kepalanya!' Ramai orang pun menukar fikiran mereka kerana takut dibunuh. "

Al Sira Al-Nabawia, Bahagian 4, ms.180

Inilah situasi dikalangan penduduk kota Mekkah. Tetapi majoriti dan kebanyakan suku-kaum Arab di tempat lain di tanah Arab telah benar-benar keluar dari Islam. Abu Bakar telah menyerangi mereka. Khalid bin al-Walid terutamanya amat zalim dan tidak berhati perut langsung terhadap mereka. Menurut Dr.Abu Zayd, Khalid al-Walid telah mencungkil keluar mata mangsa-mangsanya.

Peristiwa-peristiwa berdarah ini menimbulkan beberapa soalan yang penting.Yaitu: Kenapakah kumpulan-kumpulan Arab ini keluar daripada Islam sebaik saja Nabi Muhammad telah mati? Kenapakah ahli-ahli Kota Mekkah ingin meninggalkan Islam selepas kematian Muhammad? Jawapannya yang jelas ialah mereka semua telah 'memeluk Islam' dibawah ancaman pedang kerana Muhammad telah memaksa mereka pilih di antara Islam atau kematian(dipancung!).

Ada dua soalan yang wajar ditanya oleh kerana ada ramai orang yang inginkan jawapannya.

Soalan Pertama:

Apakah dalih yang dipakai oleh Islam bagi pembunuhan para 'Murtad'?

Pembunuhan seorang yang meninggalkan Islam ('murtad') adalah satu penafian dan penyangkalan kebebasan beragamanya. Manusia ini tidak bebas untuk mempercayai mana-mana agama yang dipilihnya. Penafian kebebasan yang asas ini ialah satu penyangkalan Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (Perkara 18), yang herannya telah ditandatangani kebanyakan negeri Islam. Apakah yang dikatakan oleh kebanyakan ulamak Islam dalam hal ini?

Ulama-ulama dari Kuwait dan Qatar telah cuba menjawab soalan ini. Sebuah Majalah mingguan di Kuwait telah membawa ulasan berikut dalam satu terbitannya:

"Ada orang yang kata: 'Inginkah kamu menafikan kebebasan beragama kepada rakyat?' Kami menjawabnya:'Jika kebebasan itu melibatkan ketidakpercayaan dalam Islam, atau bebas untuk keluar dari Islam atau murtad, kebebasan itu dinafikan. Kami tidak akan mengakuinya, malah kami ingin menghapuskannya, dan kami akan cuba menggugatnya. Dan kami akan umumkannya secara ketara.'" (Dr.Taha Jabir: Majalah 'Masyarakat Islam',April 17, 1984. ms.26)

Taha Jabir seterusnya menerangkan bahwa Islam tidak benarkan penganut-penganutnya meninggalkannya. Dari halaman 26 majalah itu dia cuba mengkritik kerajaan-kerajaan Islam yang dianggapnya bersikap 'lemah' terhadap mereka yang telah tinggalkan Islam.

Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia

Mari kita cuba fahami tindak-balas dan reaksi Islam kepada Pengisytiharan ini. Kali ini giliran ulamak dari Qatar memberikan jawapannya. Qatar adalah sebuah negeri Islam. Seorang ulamaknya Dr.Ahmad telah menulis sebuah buku berjudul: 'Jaminan jaminan Kepada Individu di dalam Hukum Islam'(Individual Guarantees in Islamic Law), pada halaman 15 & 16 buku ini dia berkata:

"Perkara 18 Pengisytiharan Antarabangsa Hak Asasi Manusia memberi setiap individu kebebasan penuh untuk bertukar kepercayannya atau tinggalkan agamanya bagi menjamin kebebasannya beragamanya. Kami risau jika kebebasan ini akan memudaratkannya dan keselamatan orang lain. Atau kalau-kalau matlamat menukar agamanya akan menimbulkan huru-hara dan tersebarnya kekeliruan dikalangan rakyat?"

Apakah alasan disebalik maksud "jikalau kebebasan ini akan memudaratkannya" ? Apakah ini hanya pandangan dan hemat peribadi Dr.Ahmad atau pun hakikat yang sebenar pada individu atau mereka yang menukar agamanya ? Kenapakah Dr.Ahmad mencuba paksakan pandangannya keatas orang lain? Adakah hemat Dr.Ahmad ini munasabah? Hanya beliau sahaja percayai bahawa meninggalkan Islam akan kononnya "memudaratkan" seseorang! Jika adanya orang yang berbeda pendapat dengan Dr.Ahmad ini, dan sebaliknya, mereka ini yakin bahawa untuk meneruskan hidup mereka sebagai orang Muslim akan memudaratkan kehidupan mereka - dan ada ramai pula insan ini! Apakah untuk kesejahteraan diri dan ahli-ahli keluarganya insan ini memeluk Rabbana 'Isa Al-Masih dan penebusanNya, supaya mereka dapat menjalani hidup yang diberkati aman damai, girang, kasih sayang dan kesucian.Kenapakah kamu kata kepada insan ini "Kami menegah kamu! Kami tidak membenarkan kamu kebebasan meninggalkan Islam atau menganuti agama yang lain. Jika kamu lakukannya, kami akan membunuh kamu semua supaya kamu tidak memudaratkan diri kamu..!"

Kemungkinan besar juga; diatas dalih dan alasan inilah, Nabi Muhammad, Hazrat 'Ali dan Uthman telah membunuh mereka yang meninggalkan Islam. Sementara Abu Bakar juga telah serang mereka yang telah keluar dari Islam, dan membunuh berpuluh-puluh jiwa ... supaya kononnya "mereka tidak akan memudaratkan diri mereka.."!

Berhubung dengan alasannya bahawa sesiapa yang keluar dari Islam akan "...menyebar kekeliruan di kalangan rakyat.." pula adalah satu lagi sebab yang tidak munasabah lagi tidak wajar langsung. Keyakinan orang lain tidak ada kaitan atau kena-mengena dengan keyakinan individu yang telah keluar dari Islam itu. Jika ada sekolompok manusia yang bertindak melakukan sesuatu-itu adalah masalah akidah dan pilihan mereka sendiri, ini pula tidak ada perkaitan dengan keputusan pribadi seorang individu yang telah 'murtad' itu! Dia hanya mencari kesejahteraan akidah dan kedamaian rohani sendirinya dan berputus untuk memeluk utusan Rabbana Isa al-Masih dan Injilnya.

Di dunia ini ada wujudnya hakikat Hak Asasi Manusia. Yakni seorang insan bebas dan berhak untuk memeluk mana-mana satu agama atau mempercayai mana-mana fahaman yang meyakininya, juga untuk menyembah Tuhan yang dipilihnya sendiri. Semua negeri-negeri yang bertamaddun dan berdaulat termasuk kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu mengakui dan mengaminkan kebebasan peribadi ini - untuk memilih dan meyakini agama sendiri, kecuali nampaknya Nabi Islam, yang telah perintah: "Sesiapa yang tukar agamanya - bunuhlah orang itu!"

Dr.Ahmad buat tuduhan, bahawa para 'murtad' itu akan menyebar kemudaratan di bumi. Apakah seorang yang memeluk ajaran Injil itu, dengan ajaran dan prinsip-prinsip kerohanian yang tinggi dan mulia akan mengkorup dan mencemar bumi ini?! Atau sebaliknya, mereka yang memegang kepada satu ajaran yang membunuh penganut-penganutnya yang keluar daripada ajaran itu, inilah yang lebih memudaratkan keadaan di atas muka bumi; serta memusnahkan kesejahteraan dan aman-damai antara insan di bumi! Injil dan ajaran-ajarannya sebaliknya tidaklah begitu - ia beri penekenan pada Kasih-sayang Tuhan dan diantara manusia. Ia menyeru bagi menyayangi semua insan-termasuk musuh-musuh kami. Ia berseru untuk hidup bersuci dan beraman-damai sesama semua manusia.

Soalan Kedua:

Bagaimanakah Umat Islam Dapat Menafikan Amalan-amalan Pemaksaannya ?

Lazimnya umat Islam cuba menidakkan hakikat pengamalan mereka yang 'kurang daripada bebas' di atas ini dengan berkata : "Tidak ada paksaan dalam hal-hal beragama...", tetapi dari sumber Islam dan sejarah para Muslim sendiri ada bukti-bukti nyata yang mengesahkan kebenaran hakikat yang terhurai di atas ini. Sesungguhnya, sehingga hari ini, yakni abad ke-21 T.M. terdapat dalil-dalil yang ketara bahawa amalan-amalan pemaksaan ini masih lagi diteruskan!

Syaikh Muhammad Mutawili al-Sha`rawi

Beliau salah seorang ulamak Mesir semasa yang terkenal sekali. Berjuta-juta umat Islam menonton rancangan talivisyennya yang sentiasa saja mengkritik agama Kristian. Dia mengajar bahawa umat Kristian adalah kafir dan menggalakan para Muslim di Mesir menceroboh gereja-gereja Nasrani/Kibti, membakar mereka dan membunuh 'kafir-kafir itu'! Media massa di Mesir sentiasa menerbit lapuran-lapuran tentang pencerobohan dan peristiwa-peristiwa ini. Dia telah menulis beberapa buah buku dan satu daripadanya berjudul : "Kamu Tanya dan Islam Menjawab", dalam Bahagian 2 buku ini, halaman 52, tercatit:

"Ada yang bertanya:'Bagaimanakah boleh Islam buat tuntutan tidak ada paksaan beragama tetapi sebaliknya mengarahkan hukuman mati bagi mereka yang tinggalkan agama Islam?' Kami jawab:'Kamu bebas untuk percaya atau sebaliknya apa-apa sahaja.Tetapi setelah memeluk Islam, KEBEBASAN ITU TIDAK WUJUD LAGI. Kamu sudah terikat kepada Islam, dan jika mahu keluar daripada Islam, kamu dikenakan segala penghukuman dan sekatan-sekatan yang berkenaan, termasuk pembunuhan. Jadi, mereka ada kebebasan memeluk agama Islam, tetapi sesudah itu mereka tidak bebas lagi untuk meninggalkan Islam!"

Apa hendak dikata lagi? Sudah terbuktilah tanpa apa-apa kemusykilan lagi, segala yang dibincang diatas ini! Pernyataan Al-Sha`rawi menyetujui sepenuhnya dengan pengamalan membunuh para 'murtad' oleh kerajaan-kerajaan Islam. Tafsiran al-Baidawi dan Ibn Hazem bagi ayat ini juga mengesahkan terjemahan Al-Sha`rawi. Seorang insan - biarlah Kristian atau Yahudi-adalah bebas percayai atau tidak percayai (Islam), yakni dia ada pilihan untuk memeluk Islam atau pun membayar cukai jizya. Jikalau dia tidak beragama (yakni bukan Nasrani Kristian atau Yahudi), dia tidak ada kebebasan (tidak ada pilihan lain) untuk memeluk mana-mana agama yang lain KECUALI ISLAM. Ibn Hazem mengesahkan hakikat semua ini dengan bukti kata-katanya:

Sesungguhnya telah dilapurkan kepada kami, bahawa Nabi Muhammad(saw) seringkali telah MEMAKSAKAN Arab Jahiliyyah untuk memeluk agama Islam. Dia telah beri mereka hanya dua pilihan - yaitu : TERIMA ISLAM ATAU MATI DIBUNUH. Sesungguhnya, ini adalah pemelukan agama Islam secara pemaksaan Namanya!
(Al-Muhalla,Ibn Hazem, Jilid 8, Bah.11, halaman 196).

Jadi sudah terbuktilah dengan jelas sekali dan tanpa apa-apa kemusykilan, dan juga disokong oleh ulasan-ulasan Syaikh Sha`rawi, hakikat bahawa : tidak adanya kebebasan yang sebenar di dalam amalan agama Islam!

Selain Daripada Itu :

Selain daripada semua hakikat tentang amalan-amalan Islam di atas yang berciri kekejaman, pemaksaan dan sekatan-sekatan serta penindasan hak-hak asasi yang lain keatas kedua-dua kumpulan manusia yang beragama Islam dan juga mereka yang bukan beragama Islam, terdapat juga bukti-bukti kekerasan, pemaksaan dan penindasan juga digunakan supaya para muslimin dan muslimat mendirikan ibadat mereka.

Ibn Taimiyya

Tokoh Islam yang terkemuka ini juga bergelar Syaikh Al-Islam, arahannya tentang Muslim yang tidak mendirikan ibadatnya adalah seperti berikut :

"Seorang Muslim yang enggan mendirikan solat harus DI PAKSA supaya dia bersolat juga. Jika dia menolak arahan ini, DIA MESTI DIBUNUH, oleh kerana dia akan menjadi seorang kafir atau murtad. Inilah amalannya menurut semua Ulamak-ulamak dan Imam-imam; walaupun orang ini mengakui Muhammad sebagai Rasullullah dan yakin kepada tujuan doa-doanya. (Ibn Taimiyya, Jilid 35, ms.105-106).

Dalam Jilid 32, ms.276 dan 279, Ibn Taimiyya sekali lagi mengulas arahan-arahan supaya membunuh seseorang yang meninggalkan doa-doa solatnya. Selepas itu, dia berikan arahan sekali lagi kepada suami-suami beragama Islam, supaya:

"Jika seorang daripada isteri kamu mengabaikan doa-doanya, kamu mestilah mengarahkannya supaya bertaubat. Suami dibenarkan mendera dan memukul isterinya sehingga dia bertaubat. Jika isteri itu masih tidak mahu taubat, maka dia seharusnya dibunuh..."

Tidak boleh dinafikan adanya masa dimana si-isteri itu mungkin terlalu sibuk dengan tugas-tugas rumah-tangganya sehingga terbeban untuk mencari masa lapang supaya mengerjakan doa-doa solatnya. Jika akhirnya, dia tidak berupaya untuk menunaikan ibadatnya ini, suaminya sebagai orang Muslim yang bertanggungjawab seharusnya memukul isterinya supaya dia bersolat, dan jikalau tidak, isterinya boleh dibunuh!

Hukuman ini bukanlah keputusan syaikh Ibn Taimiyya sahaja, malah juga kata-putus semua para Ulamak dan Imam-imam seperti yang diakui oleh Ibn Taimiyya sendiri. Setelah pengakuan ini diselidiki dengan lebih lanjut, kami telah jumpa pengesahan pengakuan ini juga daripada tulisan-tulisan Ibn Hazem dalam Al-Muhallanya-Bahagian 11, Jilid 8, halaman 378. Tokoh-tokoh Islam yang lain yang juga mengesahkan amalan ini ialah Imam Shafi'i, Imam Malik -kedua-dua pemimpin Islam ini memberi penekanan kepada amalan membunuh mana-mana umat Islam yang mengabaikan Solatnya dan tidak bertobat. Hadis Sahih Muslim pula menunjukkan ini adalah disetujui juga oleh Khalifah Ali bin Abi Talib.(HSM, Jilid I, ms.267). Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi pula, mengarahkan supaya Muslim yang enggan itu mesti didera dan dipukul sampai bertaubat dan jika tidak bertaubat juga mesti diteruskan deraan itu sehingga akhirnya dia bertobat atau mati akibat pukulan itu-yang mana-mana satu datang dahulu!

Sebenarnya, Nabi Muhammad sendiri telah membenarkan hukuman yang amat zalim ini dalam pengumumannya seperti berikut:

"Adalah tidak Halal (Sah) untuk mencurahkan darah seorang Islam, kecuali dalam TIGA Perkara berikut, yaitu - Menjadi 'murtad' sesudah dia memeluk Islam, kedua - Berzina sesudah berkahwin, dan ketiga - Membunuh seseorang tanpa apa -apa hak atau sebab yang munasabah."

Sumber-sumber yang mengesahkan pengumuman ini adalah seperti berikut:

Hadis Sahih Muslim, Jilid I, ms. 267, tafsiran Nawawi

Imam Shafi'i, "Ordinan-ordinan(Undang-undang) al-Quran" Bah.2, m.s.46

Ibn Hazm, "Al-Muhalla", Bah.11, Jilid 8, halaman 377 dan 400

Syaikh Shaltut(Bekas Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir), "Islam: Satu Dogma dan Undang-undang", hal.322

Dr.Afifi'Abdul-Fattah, "Semangat Agama Islam", m.s.408

Jadi, sudah sangat jelaslah bahawa semua kenyataan-kenyataan diatas bukanlah gubahan 'musuh-musuh Islam' yang diada-adakan bagi mendustai nama baik dan agama Islam.Sebaliknya, segala-galanya sudahpun disahkan dari sumber-sumber Islam SENDIRI yang tulen lagi berwibawa.

Amat jelaslah sekali hakikatnya bahawa amalan diatas ini semuanya adalah amat kejam,malah ada yang ganas dan zalim sekali akibat-akibatnya. Semua ini pula diadakan supaya mengancam para Muslim tidak keluar dari Islam, dan supaya para Muslimin dan juga Muslimat akan kerjakan ibadat-ibadat solat mereka. Di negeri-negeri Islam dimana kerajaannya amalkan undang-undang syariah Islam, semua amalan-amalan di atas seharusnya dilaksanakan tanpa apa-apa persoalan!

Satu Peristiwa yang Trajik dan Mengejutkan

Apabila Hazrat Uthman bin Affan, Khalifah yang ketiga dan juga suami kepada Ruqayya, anak perempuan Nabi Muhammad telah dikepung oleh pembunuh-pembunuhnya, dia telah merayu kepada pengumuman Nabi Muhammad di atas. Dimana pengumuman itu mengharamkan pembunuhan seorang Islam kecuali dalam tiga perkara. Dia telah berkata:

"Di atas sebab mana-mana satu daripada tiga sebab itu kamu hendak membunuh saya ...?"

dan khalifah Uthman juga telah berseru:

"Tidakkah aku seorang Putera di antara mereka yang Beriman...?"

Walaupun begitu bunyi rayuannya, Uthman bin Affan, khalifah ketiga Dunia Islam telah dibunuh dengan kejamnya! Siapakah pembunuh-pembunuh beliau, sebenarnya ? Pembunuh-pembunuhnya adalah tidak lain dan tidak bukan, pembunuh yang SE-IMAN DENGANNYA! Umat Islamlah sendiri telah tergamak bertanggung jawab membunuh pemimpin dan khalifah mereka sendiri. Menurut catatan-catatan serta rekod para Muslim sendiri, pembunuhan kejam ini telah dilakukan oleh orang Islam sendiri, termasuk nama-nama seperti Muhammad ibn Abu Bakar Al-Siddik dan 'Ammar Ibn Yasir, kedua-dua mereka ini telah berkomplot dan bersubahat bersama-sama dengan orang Islam yang lain supaya membunuh khalifah mereka. 'Ammar bin Yasir itu adalah salah seorang daripada Para Sahabat Nabi yang terkenal; dan Muhammad bin Abu Bakar itu juga bergelar 'Yang- Benar'.

Apakah jawapan yang diberikan kepada khalifah Uthman oleh pembunuh-pembunuhnya? Jawabannya berbunyi:

"Kerana kamu telah membuat penukaran dan pemindaan kepada Kitab Allah (Yakni al-Quran)...!"

Itulah sebabnya yang sebenar yang mengakibatkan pembunuhan Khalifah Uthman b.Affan ditangan umat Islam sendiri. Semuanya fakta di atas ini terdapat di dalam buku Ibn Kathir - Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.185. Ibn Kathir juga telah sebut bahawa sejumlah besar ahli-ahli Qurra (pembaca2 al-Quran) telah lazimnya menyumpah dan mengutuk Uthman bin Affan, serta memberi galakan mereka kepada umat Islam untuk bangkit dan memberontak menentang Khalifah Uthman -Al-Bidayah wa An-Nihayah, Bah.7, m.s.166.

Dakwaan pemindaan dan penukaran kepada Kitab Al-Quran oleh khalifah Uthman ini yang dicatat oleh Hafiz Ismail
Ibn Kathir diatas juga disokong oleh tokoh-tokoh sejarah Islam yang berikut:

Riwayat oleh Al-Tabari, Bahagian 2, halaman 669, Riwayat Para Khalifah oleh Al-Suyuti serta banyak rujukan-rujukan sejarah Islam terawal yang lain.

Dalil-dalil yang Membuktikan Ramai para Sahabat Nabi Mencurigai Quran Hasil Suntingan Uthman b.Affan

Soalannya ialah: "Kenapakah hampir semua ahli-ahli Qurra telah melakukan begitu dan juga Ibn Kathir telah bersumpah bahawa Muhammad Ibn Abu Bakar telah menuduh khalifah Uthman membuat penukaran kepada kandungan al-Quran?" Siapakah Ibn Kathir ini? Ismail Ibn Kathir adalah seorang Hafiz yaitu seorang penghafaz al-Quran dari kota Mekkah dan memiliki Mashafnya yang, diantara 6 yang lain, dirujuki ramai ulamak-ulamak Islam sepanjang sejarah Islam. Hasil Karyanya - Al-Bidayah wa An-Nihayah yang ada empat-belas Bahagian juga merupakan rujukan asas bagi semua ahli-ahli sejarah Islam dalam karya-karya mereka. Selain dari itu, terdapat juga sokongan daripada seorang tokoh Islam: As-Suyuti, beliau telah mencatat bahawa "ada ramai para umat Islam menuduh khalifah Uthman membuat pemindaan dan penukaran kepada Kitab al-Quran", misalnya Hamidah binti Abu Yunis, yang berkata :

"Khalifa Uthman telah mengadakan penukaran kepada salinan-salinan al-Quran."
Al-Itqan fi Ulum al-Quran, As-Suyuti, Bahagian 3, ms.73.

Ibn Umar al-Khattab juga telah membuat pengakuan yang ketara bahawa:

"Janganlah sesiapa kata yang dia dapat mengumpul al-Quran dengan lengkapnya! Bagaimanakah dia dapat tahu itulah pengumpulan al-Quran yang secukup-cukupnya? Sebahagian besar al-Quran sudah pun HILANG, jadi biarlah dia berkata 'Saya hanya dapat kumpulkan kandungan Quran daripada apa-apa yang ada'"

Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3, ms. 72

Aisya, isteri Nabi Muhammad juga memberi kenyataannya yang menyokong pengakuan Ibn Umar ini, katanya :

"Semasa hayat Nabi Muhammad, Surah Ahzab mengandungi dua-ratus baris ayat bila dibacakan, Tetapi apabila Uthman mengarahkan suntingannya ke atas salinan-salinan Quran, hanya tujuh-puluh tiga baris ayat telah dicatit..!"

Al-Itqan fi Ulum al-Quran, Bahagian 3, ms. 72

Jadi, sebagai kesimpulan yang wajar, Adakah khalifah Uthman bin Affan pada hakikatnya telah benar-benar membuat pemindaan-pemindaan dan perubahan kepada salinan al-Quran yang telah 'diselaraskannya' ? Sepertimana yang dituduh oleh Hamidah binti Abi Yunis dan juga terbukti oleh kenyataan-kenyataan Para Sahabat, pemimpin-pemimpin dan juga tokoh tokoh Islam yang terawal dan amat diyakini; jawaban wajar lagi munasabahnya ialah : SUDAH TENTU SEKALI!

Tidak ada sebab lain yang munasabah bagi persubahatan para pemimpin Islam yang telah berkomplot bersama-sama untuk membunuh Khalifah Islam yang ketiga ini. Walaupun darah Uthman bin Affan akan 'dicurahkan secara haram' mengikut pengumuman Nabi Muhammad, walaupun khalifah Uthman bin Affan telah merayu-rayu bagi nyawanya dan juga merayu kepada pengisytiharan Muhammad, saudara-saudara Islam seimannya telah pun membunuhnya tanpa apa-apa belas kasihan atau pengampunan! Hanya ada satu alasan yang muktamad sahaja yang menyebabkan pembunuhan (assasination) ini - iaitu sebab yang sudah ditampil dengan jelas dan muktamadnya diatas ini - penukaran-penukaran keatas Kitab Al-Quran oleh arahan khalifah Uthman.

Oleh itu, tidak berguna bagi para Muslim menuntut bahawa hari ini, seluruh dunia Islam membaca satu 'Kitab yang sama', kerana kita sudah pun dapat melihat dengan bukti-bukti yang sah, bahawa "proses selaraskan Kitab" ini adalah satu peristiwa yang diselubungi kemusykilan, kecurigaan, persoalan dan juga tragedi yang menimbulkan syak bukan sahaja di antara ahli sejarawan bukan Islam, tetapi juga di kalangan sejarawan dan tokoh-tokoh Islam yang terawal sekali! Oleh yang demikian, dunia Islam hari ini haruslah mencelikkan mata kepada hakikat-hakikat yang sebenar tentang Kitab Al-Quran dan juga amalan 'kebebasan beragama' dalam agama Islam dengan menyelidiki sumber-sumber mereka dengan sikap dan fikiran yang lebih terbuka. Semoga Tuhan akan menerangi dan melindungi insan-insanNya yang cintai akan Kebenaran!


Indeks Utama