Suatu Ibarat Sayidina Isa Al-Masih :
-Kasih Sayang Ayah Yang Sejati Bagi Anaknya.

(Kitab Suci Injil, Lukas Fasal 15 ayat 11 - 24)

Ada seorang yang berladang
Anaknya pun dua orang,
Sedikit pun tiada kurang
Makan seharian pun senang.

Tetapi anaknya yang bongsu ini,
Mahu merantau ke luar negeri;
Lalu minta Bapanya memberi
Hartanya yang akan diwarisi.

Setelah harta dibahagikan,
Anak bongsu mahu berjalan.
Hartanya itu ia kemaskan
Hendak mencari kesukaan.

Ke negeri jauh dia telah pergi
Jangan Bapanya mengetahui
Sahaja mahu menyukakan diri,
Dengan kelakuan serba-serbi!

Hartanya habis dibelanjakan,
Dengan semuanya kawan-kawan.
Baru jadilah kelaparan
Lalu dia merasai kekurangan!

Duitnya pun tiada lagi
Kawannya pun tiada peduli;
Dia carilah kerja dalam negeri -
Rezeki pun mana mahu dicari?

Dia meminta kerja sekarang
Kepada segala orang berladang,
Dapat sahaja sekam kacang;
Yang dimakan oleh binatang!

Dalam kesusahannya ini,
Menyesallah dia akan diri!
Sekarang baru susah hati
Rasanya pun separuh mati!

Dia berfikir dalam diri,
Apakah guna demikian peri?
Di rumah Bapa orang gaji
Semuanya dapat cukup roti.

"Tetapi di sini aku binasa;
Betapa susah aku merasa!
Aku hendak pulang ke sana
Pulang kembali kepada Bapa!"

"Lalu aku hendak berkata:
'Sungguhlah aku sudah berdosa,
Aku mahu kerja kepada Bapa;
Sama seperti seorang hamba.'"

Lalu dia berangkat pergi,
Beberapa bukit ia mendaki,
Tetapi, sedang dari jauh lagi
Bapanya lihat, lalu berlari.

Bapanya itu sungguh berkasihan;
Tiada dia ingat kesalahan.
Memeluk leher tiada segan
Menyambut si anak dengan tangisan!

Kata anaknya kepadanya:
'Ya Bapa, aku sudah berdosa!
Tiada patut aku diterima,
Akan menjadi anak Bapa..'

Bapa itu menyuruh hamba;
'Bawa pakaian yang teristimewa';
Lalu disuruh membuat pesta,
Biar semua umat bersuka-ria!

Katanya: 'Anakku sudah mati,
Sekarang baru kidup kembali;
Sudah hilang anakku ini,
Sekarang sudah di dapati!
'

Demikianlah segala Malaikat
Bersukacita terlalu sangat.
Jikalau ada orang yang jahat,
Hendak kembali dengan bertaubat!

Ibarat sepenuhnya anda dapat bacakan dari Kitab Injil, nas Lukas 15:11-24. Inilah caranya sayidina Isa a.s. telah mengumpamakan hakikat kasih dan sayang Tuhan Allah yang asli, lagi yang tulen dan sejati.

Seorang saudara bumiputera Melayu telah mengungkapkan ibarat Sayidina Isa ini dengan begitu indah sekali dalam bentuk Pantun empat kerat di atas, sebagai kesaksiannya kepada Firman dan Kalimatullah yang hidup itu - Sayidina Isa al-Masih. Baginda telah mengajari dengan tepatnya tentang kebenaran apakah kasih sayang Allah s.w.t. yang tidak terbatas lagi tidak bersyarat itu.

Apakah Kasih sayang Allah swt.yang sebenar dan sejati itu?

Nas Lukas 15:11-24 -

11 Isa berkata seterusnya, "Ada seorang yang mempunyai dua orang anak lelaki. 12 Anak bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berilah saya sekarang bahagian harta yang akan menjadi pusakaku.’ Lalu bapa itu membahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu. 13 Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjual hartanahnya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya. 14 Setelah dia menghabiskan kesemua wangnya, suatu kebuluran yang teruk berlaku di negeri itu dan dia dalam keadaan serba kekurangan. 15 Dia pergi bekerja dengan seorang penduduk negeri itu dan disuruh menjaga babi di ladangnya. 16 Dia ingin mengisi perutnya dengan sekam kacang yang dimakan oleh babi tetapi tiada seorang pun yang memberikan apa-apa kepadanya. 17 Akhirnya, dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji bapaku dapat makan hingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan! 18 Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya, ‘Ayah, saya telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. 19 Saya tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah saya ini sebagai salah seorang gaji ayah.’ 20 Dia pun kembali kepada bapanya. Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hati bapanya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari menemui anaknya. Bapanya memeluk dan menciumnya. 21 Anak itu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, saya telah berbuat dosa kepada Allah dan kepada ayah. Saya tidak layak disebut anak ayah.’ 22 Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, ‘Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikannya kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin di jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya. 23 Pilihlah anak lembu yang tambun, sembelihnya dan marilah kita menyambut kepulangan anakku dengan mengadakan jamuan. 24 Anakku ini telah mati tetapi hidup kembali; dia telah sesat tetapi sudah ditemui sekarang.’ Lalu jamuan itu dimulakan.

Nas Matius 18 : 14 -

14 Begitu juga kehendak BapaKu yang di Syurga, Dia tidak menghendaki seorang pun dari anak-anak yang kecil ini binasa.

Nas 2 Petrus 3 : 9 -

9b Tetapi Tuhan panjang sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak mahu ada seorang pun yang binasa, melainkan supaya SEMUA INSAN datang kepada pertaubatan.

Nas Lukas 15 : 4 - 7 -

4 "Jikalau seorang antara kamu mempunyai seratus ekor kambing lalu kehilangan seekor, apakah yang akan dilakukannya? Dia akan meninggalkan sembilan puluh sembilan ekor kambing di padang lalu pergi mencari kambing yang hilang itu sehingga ditemukannya. 5 Setelah dia menemukannya, dia akan memikul kambing itu di atas bahunya dengan sukacitanya. 6 Setibanya di rumah, dia memanggil sahabat-sahabat dan jiran tetangganya lalu berkata, ‘Bergembiralah dengan saya kerana saya telah menemukan kambing saya yang hilang itu.’ 7 Aku berkata kepadamu bahawa begitu juga akan ada kegembiraan di Syurga kerana seorang yang berdosa bertaubat, lebih daripada kegembiraan kerana sembilan puluh sembilan orang benar yang tidak perlu bertaubat.

Kitab Suci Injil telah menyatakan tanpa apa-apa kemusykilan bahawa "ALLAH ITU KASIH" - 1 Yahya 4:16. Dan Kasih Allah ini TANPA SYARAT dan juga mengasihi SEMUA INSAN tanpa berbeda-beda.

Sebaliknya, lebih mencurigakan dan bercanggahan lagi dalam al-Quran, ialah hakikat bahawa Allah agama Islam itu MEMESONGKAN MANUSIA DAN MENYESATKAN INSAN YANG TELAH DICIPTAKANNYA!

Serta di dukung oleh banyak ayat-ayat al-Quran lain yang mirip dengan ayat-ayat di atas!

Jikalau Allah swt itu benar-benar bersifat ar-rahman dan ar-rahim (yakni "Pengasih" dan "Penyayang"), mengapakah al-Quran sendiri ada menyebut bahawa Tuhan tidak mengasihi umat tertentu?

Lebih-lebih lagi, kenapa juga al-Quran ada menyatakan bahwa Allah menyelewengkan manusia dan menyesatkan hati manusia supaya mereka tidak dapat memperoleh apa-apa bimbingan dan petunjuk di atas Bumi ?

Amat jelaslah bahwa, tindakan Allah seperti ini bertentangan dan bercanggah secara langsung dan ketara dengan nama-nama-Nya yaitu "ar-rahman" dan "ar-rahim". Kedua-dua sifat-sifat tersebut dengan jelasnya sudah dibatalkan dan ditentang oleh tindakan-tindakan Allah seperti mana yang disabdakan dalam Surah 14/4, surah 2/26, surah 61/5, surah 4/88-89 Dan ayat-ayat lain.al-Quran seperti itu!

Jelaslah daripada sumber al-Quran sendiri, Allah agama Islam itu, sememangnya menyesatkan orang, dan memesongkan hati mereka daripada jalan yang lurus! Jalan yang menghala ke hidup yang sejati dan kekal abadi. Adakah itu sifat-sifat Pengasih dan Penyayang yang sebenar dan yang sejati? Jauh sekali!

Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran di atas semuanya membatalkan dan bercanggah secara terus terang dengan dua 'nama Allah' itu yaitu 'ar-Rahman' serta 'ar-Rahim'!

Sebaliknya, ayat Al-Kitab (yakni Kitab Suci Injil) pula berbunyi demikian :

"Ketika kita masih lemah, pada saat yang telah ditentukan oleh Allah, Al-Masih telah mati bagi kita, orang-orang fasik.

"Sukar sekali seseorang mahu mati untuk seorang yang saleh, sekali pun untuk orang yang baik budinya barangkali ada orang yang berani atau rela mati.

"Akan tetapi, ALLAH TELAH MENYATAKAN KASIH-NYA KEPADA KITA, kerana Al-Masih Isa telah mati untuk kita, KETIKA KITA MASIH BERDOSA."

Roma 5 : 6 - 8.

Alangkah begitu indah dan manisnya Kasih sayang Allah swt yang sejati dan tulen itu!

Firman Allah meneruskan :

"Lebih-lebih lagi sekarang, setelah kita ditebuskan oleh darah-Nya! Tentu Dia akan menyelamatkan kita dari murka Allah.

"Kerana jika waktu kita masih menjadi seteru Allah, kita sudah didamaikan dengan Dia melalui penebusan Putera yang telah datang daripada Allah, lebih-lebih lagi sekarang, setelah kita berdamai! Sudah tentu kita akan diselamatkan oleh hidup-Nya."

Roma 5 : 9 - 10.

Jika anda masih mencari-cari untuk mengenali dan menghayati kasih sayang Allah swt yang sebenar dan sejati, sahutlah seruan Hawari Yahya, Rasul Sayidina Isa a.s. yang akrab, yang telah bersaksi seperti berikut:

"Inilah kesaksian yang benar itu, bahwa Allah telah mengurniakan kepada kita hidup yang kekal, dan kehidupan itu ada di dalam Putera yang telah datang daripada Allah.

"Sesiapa yang menerima Sang Putera itu, ia menerima kehidupan dan (sebaliknya) orang yang tidak menerima Putera yang telah datang daripada Allah, ia pun tidak menerima hidup.

"Aku sudah menuliskan hal ini kepadamu supaya kamu tahu bahwa kamu sudah menerima kehidupan yang kekal, yaitu kamu yang percaya kepada Nama Sang Putera yang datang dari Allah."

1 Yahya 5 : 11 - 13.

Sayidina Isa a.s. sendiri, juga telah menyatakan tentang apakah kasih-sayang yang tulin dan yang sejati itu :

"TIDAK ADA KASIH yang lebih besar daripada kasih seseorang yang menyerahkan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya."

Yahya 15 : 13

Dan Baginda sendiri telah mengkabuli dan menjadi tauladan teragung bagi sabda baginda di atas, apabila baginda telah berfirman seperti berikut:

"Anak Manusia (Isa al-Masih) telah datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani, dan memberikan nyawanya menjadi tebusan bagi banyak orang."

Matius 20 : 28

Itulah sebabnya amat tidak hairan sekali mengapa Hawari Yahya boleh menyatakan dengan penuh yakin dan kepastian bahwa:

"..Mereka yang tidak mengasihi, tidak mengenal Allah, kerana ALLAH ITU KASIH adanya.."

1 Yahya 4 : 8.

Mahukah anda mengenali dan mengalami kasih sayang dan anugerah Allah yang sebenar dan sejati bagi hidup anda di dunia dan juga di akhirat?

Janganlah lepaskan satu-satunya peluang anda yang istimewa ini! Sabda dan Firman Allah yang hidup itu tidak sekali pun akan menyesatkan anda.


Indeks Utama