Di perkampungan orang-orang Galilea di Nazaret, menurut adat suatu kelompok yang berkumpul di luar rumah sepasang suami-isteri; tibalah saat untuk melahirkan anak sulung mereka, dan teman teman yang telah berkumpul tidak sabar menunggu berita baik itu. Ahli muzik tempatan telah pun tiba di tempat kejadian bermain main dengan alat alat mereka. Adakah mereka ini diperlukan lagi hari ini? Kalau anak itu lelaki, menurut adat, mereka mula menyanyi dengan sangat gembira dan tari menari dan kegirangan. Setiap wanita inginkan anak sulung lelaki. Akhirnya si bidan itu muncul di pintu dengan senyuman dan menjerit, “Anak lelaki telah pun lahir!” Orang ramai mula bersorak dengan meriahnya dan pemuzik bermain dengan penuh kegirangan. Kebanggaan dan kegembiraan telah tiba di keluarga ini dan seluruh kampung turut bergirang.
Beginilah kelahiran Sayidina Isa Al Masih sepatutnya berlaku tetapi ibunya, Siti Mariam, tidak dapat meraikannya kerana keadaan politik di waktu itu yang memaksanya tiada tempat berteduh pada waktu bersalinnya. Jauh dari keluarga mereka, tanpa tempat berlindung mahu pun bantuan dari keluarga untuk membantunya melahirkan anak sulung yang istimewa ini, anak gadis desa ini ingin sekali meraikannya menurut tradisi orang Nazaret. Tetapi Allah yang Maha Pemurah yang mengetahui setiap keinginan dan di dalam kisah kelahiran Sayidina Isa Al Masih yang menakjubkan, Dia telah menunjukkan kepada kita betapa Dia mengasihi setiap orang dan melibatkan diriNya di dalam segala hal terperinci di dalam hidup kita. Sementara Allah menyebabkan waktu yang paling bersejarah di dunia, Dia masih mengingati hambaNya, seorang gadis yang dalam kebingungan, dan terus mengenapi keinginannya. Allah telah pun menghantar juruhebah dan okestra tersendiriNya untuk meraikan kelahiran Putera yang dikasihi. Gembala-gembala tiba dengan gembiranya memberitahu Sayid Yussef, dan ibuNya, Siti Mariam mengenai cerita yang mengagumkan tentang malaikat-malaikat yang memenuhi langit melantun puji-pujian kepada Tuhan serta mengumumkan kelahiran Putera sulung yang istimewa ini-Al-Masih yang dinanti-nantikan. Allah telah menghantar utusanNya untuk mengumumkan kepada dunia tentang khabar baik yang mengembirakan kepada semua umat iaitu seorang Putera yang direstui Allah telah dilahirkan.
Sayidina Al-Masih Isa dibesarkan di wilayah Palestin yang dijajahi, seorang anak kecil yang hidup dibawah kuasa barat. Keamanan Roma menguasai dunia pada zaman itu. Tetapi ia adalah suatu keamanan yang dikuatkusakan oleh penindasan keras di atas Palestin. Kemiskinan ketara terdapat di tempat ini, dibinasakan oleh serba kelaparan dan keperluan, dan kesesakan hidup menyebabkan ketegangan untuk memperolehi sumber-sumber makanan dan air. Orang hidup dalam kesusahan dengan harapan yang tipis untuk masa depan. Tuhan tidak berfirman apa apa. Tidak ada bangkit seorang Nabi pun selama 400 tahun. Adakah Allah mengambil perhatian tentang ketidakadilan di dunia dan masa depan yang suram dalam hati manusia? Manusia kelesuan, dalam hati mereka merintih kelukaan dan kemarahan. Adakah Tuhan mempunyai satu jawapan untuk masalah manusia? Malaikat-malaikat menyilaukan manusia dengan berita harapan Allah yang indah, aman serta sukacita ke dalam dunia yang tidak bermaya. Syurga dibuka dan bergema dengan sabda Allah:
“Aku membawa berita baik penuh dengan sukacita yang teramat sangat untuk segala umat”.
Seorang Penyelamat telah dilahirkan untuk manusia, dan Dia adalah Sayidina Isa Al Masih a.s.
Apakah maksud berita yang baik ini? Siapakah bayi istimewa ini, unik di kalangan Nabi-nabi yang telah lahir melalui seorang perawan? Apakah maksud kelahiran kudus ini? Bagaimanakah Dia akan membawa sukacita yang amat sangat? Mengapakah Nabi Ibrahim (alaihisalam) telah berasa girang untuk melihat hari kelahirannya?
Sayidina Isa (salam damaiNya ke atas kita), dilahirkan ke dalam keluarga Yahudi yang warak. Ibu dan nenek moyangNya iaitu Ibrahim berbahasa Aramik. Bahasa Aramik iaitu dari rumpun bahasa Arab dan masih ditutur di tanah Ibrahim, Iraq dan Syria Utara. Sayidina Isa juga mempelajari Al-Kitab bahasa Ibrani dan berbahasa perdagangan penjajah sejagat zaman itu, yakni Yunani. Dia mengikuti jejak langkah keluargaNya sebagai tukang kayu namun Sayidina Isa adalah waris janji janji kepada leluhurNya - Rasul dan Raja Daud. Tetapi saran Baginda ialah KerajaanNya bukanlah dari dunia ini dan Dia melarang orang Yahudi mengisytiharkanNya sebagai seorang raja duniawi. Dia singgung alim-alim ulamak dengan menegaskan bahawa beritaNya adalah sejagat, tidak terbatas kepada Umat Yahudi pada masa itu sahaja. Sayidina Isa berkata bahawa Dia mempunyai perhubungan yang khusus dan istimewa dengan Allah dan juga memiliki kuasa yang unik.
Di manakah KerajaanNya? Apakah perhubungan Baginda yang istimewa dengan Allah s.w.t? Apakah maksud mukjizat mukjizatNya? Bagaimanakah kenyataan ini mempengaruhi kita hari ini? Ini adalah beberapa soalan yang telah dijawab melalui kisah hidup Sayidina Isa, ditulis dan diwahyukan oleh Tuhan melalui tangan Lukas yang mulia.
Allah Dan FirmanNya
Allah telah menyuruh kita membaca, merenungkan dan mengajar firmanNya kepada keluarga kita dan orang yang tersayang. Seperti yang ditulis di dalam ayat suci Al-Kitab, sesiapa yang membaca dan mentaatiNya akan diberkati dan Allah akan memberi kebenaran. “Janganlah engkau lupa memperkatakan kitab Taurat ini, tetapi renungkanlah itu siang dan malam, supaya engkau bertindak hati-hati sesuai dengan segala yang tertulis di dalamnya, sebab dengan demikian perjalananmu akan berhasil dan engkau akan beruntung.” (Taurat Yeshua 1:8)
Tambahan pula Allah sendiri memberi satu amaran yang menakutkan kepada sesiapa yang cuba merubah firmanNya, kemarahanNya akan dikenakan ke atas orang tersebut. Injil yang Kudus, Wahyu 22:18-19 berkata: “Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini:
"Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini. Dan jikalau seorang mengurangkan sesuatu dari perkataan-perkataan dari kitab nubuat ini, maka Allah akan mengambil bagiannya dari pohon kehidupan dan dari kota kudus, seperti yang tertulis di dalam Kitab ini."
Di dalam Quran Al Karim pun ada amaran tentang perubahan firman Allah. Jelas ternyata bahawa Allah itu berkuasa atas firmanNya dan firmanNya tidak dapat diubah.
Surah An'am ayat 115 berkata, “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al Qur'an, sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah-rubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Surah Yunus ayat 64: “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.”
Surah Kahf ayat 27: “Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhan-mu (Al Qur'an). Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah kalimat-kalimat-Nya. Dan anda tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya.”
Adalah mustahil untuk manusia merubah kalimat Allah, seperti juga yang disebut di dalam buku buku Taurat. Bahkan Taurat, Zabur dan Injil pun diakui di dalam Quran Al Karim Surah Maida ayat 68, katakanlah:
"Hai Ahli Kitab, anda tidak dipandang beragama sedikit pun sehingga anda menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu".
Jika penerima kitab-kitab suci zaman dahulu telah “tercemar”, sudah tentu ia telah disebut di dalam Quran Al Karim. Oleh itu jelaslah bahawa sewaktu penulisan Quran Al Karim, kitab kitab suci yang terdahulu dianggap sebagai panduan serta bimbingan dan benar benar boleh dipercayai, diyakini dan diterima sebagai Kalamullah. Pada masa itu, Kitab Suci Injil sudah wujud selama kira kira 600 tahun lamanya dan Taurat adalah lebih kurang 2,000 tahun. Manuskrip manuskrip dan suhuf-suhuf purba sudah pun wujud sebelum Nabi Muhammad (Nabi Arab) mengesahkan pengajaran kitab suci yang sedia ada. Disebabkan oleh kuasa dan kewibawaan Tuhan Allah, kitab suci ini dipelihara bebas daripada pencemaran. Bahasa asal dan suhufnya pun dipelihara di muzium muzium antarabangsa sehingga hari ini.
Terdapat lebih 5,000 manuskrip atau suhuf Al-Kitab iaitu dalam versi asal dan versi yang telah diterjemahkan, dan dipamirkan di perpustakaan perpustakaan untuk semua orang melihat serta menelaah. Kuasa Tuhan yang tiada bandingnya jelas di lihat sekali lagi bahawa beribu ribu terjemahan ini berhubung kait dengan manuskrip manuskrip purba. Kesemua beribu ribu nashkah terjemahan Taurat, Zabur dan Injil telah pun dicatit beratus-ratus tahun sebelum Hijriah (permulaan zaman Islam). Oleh kerana kelimpahan kurnia Allah sekarang, Kitab Suci ini sudah sedia ada untuk dibaca. Syukur Alhamdulillah kerana Allah tetap melindungi Kitab kitab yang telah Dia wahyukan. Sepanjang sejarah, Tuhan mengirimkan firmanNya yang berkekalan. Tujuan Tuhan adalah untuk kita memahami wahyuNya. Dia mahukan kita memahami pengajaranNya dengan sepenuhnya supaya kita mematuhiNya.
Kitab Injil yang lengkap mengandungi Perjanjian Lama – Taurat, termasuk buku buku bersejarah sebelum Sayidina Al Masih, Nabi Nabi, Zabur – Perjanjian Baru yang mengandungi Kita Suci Injil, empat buah buku,masing-masing diilhamkan kepada Matius, Markus, Lukas dan Yohanes, Kisah Para Rasul (kisah mengenai perbuatan ihsan Sayidina Isa oleh rasul rasul sewaktu Dia di bumi selepas Dia ke syurga), dan perintah Tuhan kepada gereja melalui surah-surah yang penuh ilham dari pemimpin pemimpin yang khusus dilantikNya, dan yang terkhir Buku Wahyu.
Asas Kebenaran Al-Kitab
Tuhan itu Esa. Sayidina Isa adalah Putera Abadi Allah. Banyak salah-faham wujud mengenai pengajaran Kitab Suci mengenai dua perkara tersebut di atas! Allah telah mengawasi FirmanNya selama beratus-ratus tahun untuk melindungi kita daripada menyimpang ke jalan yang salah. Jadi kita akan meneliti dengan ringkas apa yang Al-Kitab mengajari mengenai hal ini.
Tuhan Maha Esa
Keesaan Tuhan atau akidah Tauhid Kristian adalah kepercayaan asas yang pertama didapati di semua ajaran Al-Kitab. Ia tidak melakukan syirik dengan bersekutu dengan mana-mana ilah lain, dan tidak ada Tuhan yang lain, melainkan Allah. Tiada tuhan selain daripadaNya atau sebanding denganNya. Kedua-dua Taurat dan Injil memberikan keterangan kepada kenyataan ini. Dia diajar oleh Musa di dalam hukum Taurat, Ulangan 6 ayat 4 :
“Dengarlah, hai orang Israel: ALLAH itu Tuhan kita, ALLAH itu Esa!”
Ia telah disahkan oleh Sayidina Isa di dalam Injil, Markus 12:29, “Jawab
Isa Al-Masih
:
"Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang
Israel,
Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.”
Keesaan Allah (Tauhid) disahkan oleh semua rujukan dalam Kitab Suci Injil, serta oleh semua pemimpin Gereja. Rasul Paulus berkata di dalam Buku Roma 3:30, “Ertinya, kalau ada satu Allah, …” juga “Allah yang kekal, yang tak nampak, yang esa!” buku 1 Timotius 1:17, dan oleh Yakobus iaitu pemimpin jemaat pertama di Baitulmuqaddis, Al-Kitab, Kitab Yakobus 2:19, menyatakan:
“Engkau percaya, bahwa hanya ada satu Allah saja? Itu memang benar! Kerana iblis dan syetan pun mengakui hakikat ini dengan menggeletar.”
Semua kebenaran adalah berkaitan dan berdasarkan dengan asas hakikat tentang keesaan Tuhan. Kitab Suci Injil tidak sekali pun mengajar bahawa ada ‘tiga tuhan’. Akidah tentang “tritunggal” dalam Kitab Injil tidak mengajar bahawa ada 'tiga tuhan'.
Satu istilah yang sentiasa telah disalah-fahami adalah gelaran Sayidina Isa sebagai “Anak Tuhan”. Haruslah ditegaskan di sini bahawa istilah “Anak Tuhan” tidak mempunyai apa-apa makna atau konotasi fizikal/jasmaniah/kelaminan. Tiada sebarang unsur dalam istilah ini bahawa Allah telah 'berkahwin dengan isteriNya' dan mereka menghasilkan seorang anak lelaki. Tuhan melarang fahaman ini sama sekali. Pendapat ini betul-betul tidak dapat diterima. Kita membuktikan bahawa Tuhan adalah satu dan tiada tuhan melainkan diriNya. Allah itu roh dan tiada bertubuh oleh itu tidak boleh menghasilkan anak dalam erti kata fizikal. Adalah benar bahawa Dia tidak dilahirkan mahu pun beroleh anak secara biologi. Jadi, istilah ‘anak’ ini tidak boleh difahami secara erti jasmaniah-harfiah. Ini tidak sepatutnya sukar difahami kerana kita menggunakan istilah ‘anak’ di dalam bahasa Arab dan juga bahasa Melayu dalam erti kata tidak harfiah untuk banyak benda. Contohnya, anak jalanan, anak Baghdad, anak Moroko, anak padang pasir, anak roti, anak Malaysia, anak sungai, anak tangga, anak panah, anak bulan dan lain-lain. Kita akur bahwa istilah istilah ini tidak sekalipun bermaksud suatu perhubungan biologis dan seksual. Jadi, semua ungkapan-ungkapan di atas membawa erti seseorang yang berasal dari Baghdad atau Moroko atau mempunyai sesuatu sifat tertentu, seperti kata kata yang digunakan untuk menghuraikan seorang lelaki yang tidak berakhlak, anak malu atau pun merujuk kepada seorang yang berhati mulia sebagai ‘anak halal’ (upacara kemurnian).
Untuk mengerti istilah ‘Anak Tuhan/Putera Allah’ ada lagi satu istilah yang wujud di dalam Al-Kitab yang boleh membantu pemahaman kita. Sayidina Isa Al-Masih juga menyandang gelaran ‘Kalimat Allah’. Jelaslah bahawa istilah ini tidak boleh difahami dengan erti kata jasmaniah/fiziks/seks, tetapi maksud kiasan. Sayidina Isa bukanlah sebuah buku, satu huruf atau satu abjad. Apabila dirujuk sebagai ‘Kalimat Allah’, ia bermaksud bahawa Baginda menyerlahkan sifat-sifat serta zat Allah kepada manusia. Dialah sumber komunikasi dan wahyu di antara Allah dan manusia. Sesudah leluhur kita, Adam, melakukan dosa di Taman Firdaus, perhubungan akrab di antara Allah dan manusia telah digugat. Sayidina Isa - Kalimat Allah, telah datang untuk menjalinkan semula perhubungan yang sejati di antara manusia dengan Tuhan.
Kita tidak dapat sekali pun memisahkan seseorang itu dengan kata katanya. Jika teman anda Mustafa, memberikan kata katanya kepada anda dia juga telah ’memberikan dirinya’. Kata kata Mustafa adalah apa yang telah dilafazkannya sendiri. Kita memahami bahawa kata kata adalah penyataan pemikiran yang tersirat. Anda tidak boleh memahaminya kecuali jika saya mengemukakan pemikiran saya kepada anda – melalui kata-kata saya. Sebelum itu ia adalah misteri dan tersembunyi. Allah itu adalah Roh – menurut Sayidina Isa a.s. Jadi, Dia tersembunyi dan jauh daripada kita.
Dia menyatakan rancangan rancangan tersembunyiNya supaya kita dapat mengetahuiNya dan sedar apakah harus kita lakukan. Sayidina Isa bergelar ‘Kalimat Allah’ kerana Bagindalah Kalimat yang yang sudah dinyatakan oleh Allah. Ini adalah mirip sekali dengan perkataan ‘anak’. Kata-kata saya boleh dikira sebagai anak pemikiran saya.
Jadi Firman Sayidina Isa adalah pendedahan pemikiran Allah. Dalam maksud anak Dia dipanggil ‘anak’. Dia adalah Firman Allah yang kekal abadi yang telah dilafazkan untuk menciptakan manusia supaya kita boleh memahami dengan jelas sifat-sifat Allah dan mematuhiNya dengan menyerahkan diri kita dengan sempurna kepada Dia.
Ingatlah Firman Allah yang berkata Tuhan itu Esa, menyatakan bahawa
Firman Allah dan Anak Allah itu adalah satu dan sama :
“Pada mulanya adalah Firman Allah; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan
Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah … dan telah dizahirkan bukan dari darah atau dari daging, bukan pula secara jasmani
oleh keinginan seorang laki-laki, melainkan dari Allah … Firman itu telah nuzul ke dunia dan
menjadi insan, serta tinggal di antara kita, dan kita telah menyaksikan kemuliaan-Nya,
yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Putera Abadi Bapa, penuh
dengan kasih kurnia dan kebenaran”.
Injil, Yohanes 1:1-14
Kenapa Allah memutuskan ini adalah perlu? Dalam bab-bab yang berikut kita akan melihat bagaimana manusia, sejak permulaan sejarah mereka, telah gagal untuk mematuhi Allah dengan sempurnanya. Jadi, Allah kirimkan Nabi NabiNya untuk setiap generasi tetapi setiap kali mereka ditolak dan tidak fahami dan Firman Allah tidak dituruti langsung. Jadi, Allah hantarkan Firman sempurnaNya yang kekal untuk dilafazkan dalam sejarah manusia.
Firman Allah diturunkan ke dunia dan menjadi manusia untuk menyatakan diriNya dengan sempurna kepada manusia.
“Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Dia telah mengurniakan kepada kita Putera-Nya yang tunggal”
Injil, Yohanes 3:16
Ibn Al Arabi bergema tentang pemberian Tuhan yang penyayang dalam karyanya Bezels of Wisdom dan di dalam pemberian indahnya mengenai desakan kuat dalaman Ilahi untuk menyatakan dirinya, iaitu iaitu kasih-sayangNya, akan diserlahkan secara wujud. Kerinduan indah ini yang akan diketahui sebagai Kasih; dan Dia menggambarkan penyerlahan kerinduan ini bak pernafasan yang menyatakan dan memberikan kelegaan kerinduan.
Penghembusan kreatif ini “Nafas Maha Pengasih” (irrahman) membawa ke imej kelahiran melalui perkataan akar ‘rahima’, bermaksud rahim. Kepada Ibn Al Arabi, kasih dan belas kasihan bukan hanya suatu sikap, tetapi prinsip yang betul betul berpunca daripadaNya, dari mana telah berasal segala sesuatu, dan melalui Dia segalanya dalam fikiran Allah dijelmakan dan telah dijadikan dalam kenyataan, sebagai kesaksian kepada tumpuan hikmat Allah serta idea-Nya yang ilahi.
Konsep ciptaan dan kelahiran ini adalah berkait rapat dengan sifat Tuhan yang pengasih. Dr. Mohammed Shahroor juga menerangkan dalam Al-Kitab dan Quran di halaman 254 membawa maksud yang sama untuk ‘irrahman’. Perkataan ‘irrahman’ berasal daripada perkataan ‘rahm’ dan ia bermaksud lembut, penuh belas kasihan dan pengasih dan perhubungan keluarga. Quran Al Karim telah menambahkan maksud yang lain kepada perkataan ‘untuk melahirkan’. Daripada ini datang perkataan ‘rahmaan’. Sudah tentu kita mengakui bahawa Tuhan tidak dilahirkan secara fizikal tetapi Dia mewujudkan segala-galanya dari kuasa Firman-Nya.
Ibn Al Arabi telah, dengan secara tidak sengaja, mejelaskan sifat Sayidina Isa dalam penjelasan mengenai Baginda sebagai insan sempurna. Beliau menulis bahawa insan sempurna inilah yang dengan sempurna menggabungkan diriNya, secara harmoni, syurga dan bumi di dalam konteks kesedaran tentang keesaan Tuhan, yang dengan serta merta melihat diriNya seperti cermin yang sudah digilap dengan sempurna memantulkan cahaya indah. Orang orang Kristian percaya seperti yang diterangkan di dalam Al-Kitab dalam buku Kolose 1:15, 18 iaitu "Sayidina Isa adalah gambar dan rupa Allah yang tidak kelihatan … Kerana seluruh kepenuhan Allah telah berkenan diam di dalam Baginda”.
Sayidina Isa dengan serta merta adalah insan sempurna ‘Anak Manusia. Dilahirkan oleh seorang perawan dan ‘Putera Allah’ yang sempurna, asal-mulaNya adalah daripada Allah dan tidak mempunyai bapa yang jasmaniah. Sayidina Isa adalah Kalimatullah, firman Allah yang hidup, serta pernyataan-Nya yang lengkap. Adalah mustahil untuk mengasingkan Kalimat (pernyerlahan fikiran-Nya) Allah daripada Allah Sendiri. Allah adalah satu dengan Kalimat-Nya, kuasa dan roh-Nya.
Istilah “Anak Allah” adalah satu kiasan untuk menyatakan perhubungan istimewa dan akrab di antara Allah dengan Kalimat-Nya. Dalam tradisi kita anak lelaki sulung mempunyai tempat yang istimewa dalam keluarga. Tetapi dalam hal anak tunggal dilahirkan kepada ibu-bapa yang mempunyai hanya seorang anak, betapa sayang lagi anak lelaki ini. Jadi istilah ‘Anak Allah’ menerangkan kepada kita betapa istimewa dan tersayang Sayidina Isa Al Masih, Kalimatullah sendiri, untuk Dia. Hubungan istimewa seorang anak kepada bapa berdasarkan kasih, pengharapan dan ketaatan.
Melalui ungkapan ini Allah menggunakan satu istilah daripada pengalaman manusiawi untuk memberi kita wawasan ke dalam keindahan di mana kita tidak mempunyai sebarang pengetahuan atau pengalaman. Bapa dan anak saling sayang-menyayangi. Anak bergantung kepada bapa dan bapa melindungi anak. Anak juga patuh kepada bapa dan memberi penghormatan kepadanya. Anak, dalam kes ini, mewarisi semua sifat ayahnya dengan sempurna kerana dia adalah firman-Nya. Apabila Allah melengkapi wahyu-Nya kepada manusia melalui KalimatNya Sayidina Isa, Baginda telah kembali ke Allah di syurga, tetapi hadiratNya masih berterusan bersama-sama dengan pengikut-pengikut-Nya sehingga hari ini melalui Roh Allah-Roh Tuhan Sendiri.
Sayidina Isa tidak mempunyai bapa insani. KelahiranNya adalah melalui kuasa Roh Allah. Kerana ini Dia dipanggil ‘Anak Allah’. Dalam bab-bab yang berikut, lebih banyak lagi misteri sebegini yang akan didedahkan. Untuk memahami Al-Kitab, Kalimat hidup yang berkekalan, Sayidina Isa harus membuka minda kita melalui Roh Allah.
Satu lagi istilah yang sering telah disalah-fahamkan adalah istilah ‘Tritunggal’. Istilah ini digunakan untuk menerangkan sifat dan aktiviti Allah seperti yang dijelaskan di dalam Al-Kitab. Ia diterima oleh pemimpin pemimpin gereja sebagai satu penyataan kebenaran yang mencukupi. Tetapi istilah ini telah menyebabkan banyak sekali salah faham dan tuduhan-tuduhan oleh mereka yang belum menelaah maksud sebenarnya, dan mengandaikan Tuhan Tritunggal sebagai ‘tiga tuhan’: Tuhan Allah, Isa dan ibunya Siti Mariam. Al-Kitab dan Kitab Suci Injil menjelaskan bahwa Tuhan itu ESA dan tidak pernah bersekutu mahu pun berkahwin “dengan isteriNya” untuk melahirkan seorang anak lelaki secara jasmani, perkataan ‘tritunggal’ tidak bermaksud bahawa Tuhan adalah ’tiga Ilah/Tuhan’. Jadi, apakah maksud sebenarnya?
1. Ia adalah satu istilah yang mengacu kepada keesaan Tuhan, sebagai Sumber dan Pengkarya segala-galanya dan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencipta dan berkarya segala sesuatu yang ada, yaitu Allah Bapa yang memiliki Zat wajibul wujud,
2. Tuhan yang
Sama, tiada yang lain,
yang mempunyai kuasa untuk melafazkan KalimatNya; DAN sememangnya
menciptakan segala-galanya melalui Kalimat-Nya yakni Firman-Nya. Kalimat
Allah yang abadiah itulah telah Nuzul/Tanzil-yakni yang
turun ke dunia sebagai Sayidina Isa Al-Masih, yaitu Kalimatullah/Putera Allah (seperti
yang dijelaskan di atas), dan Al-Masih itulah yang telah dijanjikan serta dinubuatkan secara khususnya oleh Allah swt melalui nabi-nabi dan rasul-rasul Bani Israel. Dan adalah mustahil bagi Kalimatullah
dipisahkan daripada Allah Sendiri pada saat dan dalam cara apa pun!
3. Tuhan yang sama dan Esa itu adalah Allah yang HIDUP, dan mempunyai kuasa untuk memberi kehidupan dan kepimpinan, yakni penuntun bagi segala Umat yang memiliki roh untuk hidup, ialah Roh Allah Sendiri yang hidup, dan yang tidak berkesudahan. Dan adalah mustahil bagi Roh Allah dipisahkan daripada Allah Sendiri pada saat apa pun!
Tuhan Allah itu Esa. Rancangan Allah Bapa yang ‘kreatif’ atas sebab Zat wajibul wujudNya, serta melalui KalimatNya yang dilafazkanNya menciptakan segala-gala yang ada, dan Roh Allah yang hidup lagi berkuasa di seluruh pelusuk karyaNya. Inilah yang dimaksudkan dengan istilah ‘tritunggal’. Allah tidak dapat dipisahkan daripada KalimatNya dan RohNya pada saat apa pun. Apabila kita merenenungkan kebesaran Allah dan kesulitan untuk mengungkapkannya dengan jelas di dalam istilah insani, kita sedar tiada istilah insaniah yang mencukupi dan memadai untuk menjelaskan misteri ‘takrif’ Tuhan Allah atau kegiatan-kegiatan-Nya.
Pertama sekali, kita harus menjelaskan bahawa tidak ada empat Injil, tetapi hanya satu Injil sahaja dengan empat orang saksi yang munasabah. Terdapat empat kisah dan liputan tentang kehidupan Sayidina Al Masih di dalam Al-Kitab yang yang diilhamkan oleh Allah melalui empat orang lelaki, yang tiga orang adalah para hawariyun-Nya, Matius yang mulia, Markus, Yohanes dan Lukas (Tuhan amat berpuas-hati dengan mereka). Lukas adalah pengikut dan teman yang awal kepada rasul rasul. Semua Kisah-kisah ini tidak berbeza atau bertentangan. Mereka semua saling bersetujui dan sebenarnya menunjukkan pelbagai aspek kehidupan Sayidina Isa. Apabila dibaca bersama ia memperkayakan dan menambahkan satu sama lain. Jauh sekali daripada ‘bertentangan’ satu dengan yang lain, keempat-empat liputan kisah Injil ini saling melengkapi satu dengan lain! Contohnya, di dalam kisah Injil yang ditulis oleh Tabib Lukas yang diilhamkan Allah supaya orang Yahudi boleh memahami pengajaran Sayidina Al Masih, Dia menjelaskan tradisi orang Yahudi di dalam istilah dan menunjukkan kurnia Allah untuk semua manusia tanpa kira bangsa. Dia menerangkan kepada kita peristiwa peristiwa tentang kelahiran Sayidina Al Masih dari sudut pandang ibuNya Siti Mariam. Kisah Matius yang juga diilhamkan oleh Tuhan Allah ialah untuk meyakinkan orang Yahudi, dalam konteks istilah pemahaman kebudayaan agama Umat Yahudi dan memberitahu kita tentang peristiwa daripada sudut pandangan Yusuf yang mulia. Kita dapat melihat gambaran keseluruhan, secara bergabung maklumat, apabila kita membaca semua kisah-kisah Injil ini yang saling lengkap-melengkapi sesama mereka.
Dalam firman Allah yang penuh berilham kita melihat empat perbezaan watak dan minda, setiap tempat merekodkan kebenaran tentang Sayidina Al Masih sebagai Allah menjelaskan kepada Dia melalui pengalamanNya sendiri. Satu contoh daripada kehidupan boleh membantu kita memahami kenapa Tuhan tidak menghantar hanya satu saksi. Jikalau satu kemalangan berlaku di jalan raya dan empat orang yang telah menyaksikan kemalangan tersebut. Pegawai polis datang dan menyuruh setiap orang mencatat apa mereka telah saksikan. Seorang adalah peguam, seorang doktor, seorang jurutera dan seorang orang lagi yang warak. Lapuran dan liputan setiap orang ini akan mencerminkan sudut pandangan masing-masing, menurut pengalaman dan reaksi mereka. Walaupun mereka menerangkan dari sudut pandangan yang berbeza, mereka menyetujui bagaimana kemalangan itu berlaku. Contohnya, doktor melihat kereta itu melanggar orang lelaki dan menerangkan kecederaan yang dialami dengan terperinci. Dia tidak menerangkan mengenai jalan. Jurutera menerangkan perihal bentuk jalanraya di situ yang telah menyebabkan kemalangan dan tidak menyebut kecederaan orang itu. Oleh kerana mereka tidak menyatakan aspek yang sama tidak bermakna mereka bercanggah pendapat dan menulis peristiwa yang berlainan. Keempat-empat lapuran dibaca bersama dan pegawai polis memberi perhatian kepada setiap kisah dari saksi-saksi tersebut untuk memperolehi gambaran yang penuh lagi yang cukup lengkap.
Apabila kita membaca kisah Kitab Injil keempat-empat orang saksi mata tentang kehidupan dan ajaran Sayidina Isa Al Masih bersama-sama, kita akan memperolehi cerita Injil yang lebih sempurna lagi lengkap. Tidak ada kisah-kisah Injil yang lain yang dapat diterima sebagai penuh berilham dari Rohullah (contohnya ‘Injil Barnabas’) kerana ia tidak memenuhi syarat-syarat yang mempunyai keterangan-keterangan daripada saksi-saksi mata tentang kehidupan, pelayanan dan mujizat-mujizat hebat Sayidina Al Masih Isa atau seorang rakan kepada rasul rasul, atau kisah yang ditulis oleh saksi saksi mata yang masih hidup untuk memberikan keterangan untuk kebenaran, dituliskan di Palestin.
Memandangkan kisah Kitab Suci Injil datang dari budaya timur pada abad pertama Palestin dan watak-watak utama adalah orang orang Yahudi dan orang orang Arab, mengapakah nama mereka begitu asing bunyinya? Walaupun Sayidina Isa Al Masih mengajar orang orang dalam bahasa Aramik dan baca Al-Kitab Yahudi dalam bahasa Ibrani, bahasa sejagat yang difahami waktu itu adalah bahasa Yunani. Khabar baik Kitab Injil adalah untuk semua orang dari semua bangsa, jadi kisah Injil pada asalnya ditulis dalam bahasa pengantaraan sejagat: Yunani. Nama nama peribadi dan nama tempat tempat dialih-bahasa ke dalam bahasa Yunani dan sekali lagi diterjemahkan ke dalam bahasa bahasa Al-Kitab yang lain.
Sebagai contoh, nama peribadi yang diberikan untuk Sayidina Al-Masih adalah Yehoshua dalam bahasa Ibrani. Ini diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani sebagai ‘Jesus’ dan sekali lagi ke bahasa Arab sebagai ‘Yeshua’ dan menjadi ‘Isa’ di dalam Quran Al Karim. Nama Nabi Yohanes adalah daripada bahasa Ibrani Jehonnan. Dalam bahasa Yunani sebagai Yohanna dan bahasa Arab sebagai Yehia. Oleh kerana transliterasi (alihbahasa) ini, Al-Kitab juga menjelaskan kepada kita maksud sesuatu nama apabila ini adalah penting. Ramai orang dikenali dengan nama Ibrani atau Aramik dan juga nama bahasa Yunani, seperti Rasul Matius, Lewi dan Rasul Paulus sebagai Saul.
Dengan ini kita faham semua hukum-hukum Allah dan pimpinan-Nya yang telah diberikan kepada manusia. Melalui perintah-perintah inilah, perhubungan Allah dengan manusia boleh dijelaskan dan kehendak Allah menjadi jelas. Perintah-Nya yang pertama yang telah berikan Adam ialah untuk melarang Adam dan Hawa makan buah dari pohon yang terlarang. Mengalah kepada godaan satan, mereka telah melanggar perintah Allah dan dan mengambil langkah pertama ke jalan dosa. Sejak dari itu, Allah beberapa kali, melalui rasul rasul-Nya telah mengirim arahan-arahanNya dan rencana-Nya kepada manusia supaya manusia dapat menjalinkan perhubungan dengan Allah yang berterusan.
Di dalam sejarah umat Bani Ibrahim, pada waktu kemelut mereka yang runcing, Kitab Taurat telah diberikan kepada Sayidina Musa. Hukum Taurat Sepuluh Sabda ini mungkin yang terbaik diketahui di antara segala kandungan Kitab Taurat yang diwahyukan. Allah mewahyukan Taurat untuk menyatakan ‘saranan unggulNya’ yang sempurna. Jikalau sesiapa mematuhi Taurat maka orang itu akan diterima oleh Allah kerana kesetiaan dan ketaatannya. Al-Kitab berkata,
“Musa menulis tentang kebenaran kerana hukum Taurat: "Orang yang
melakukannya, akan hidup kerananya."
Roma 10:5.
Jadi, hukum Taurat ini tidak menyelamatkan kita daripada amarah Allah, tetapi ia
membuktikan pengingkaran kita terhadap Hukum-hukum Taurat Allah. Juga, hanya
pengetahuan tentang Hukum Taurat sahaja tidak akan melayakkan kita untuk
berserah kepada Allah Mahasuci. Ketaatan yang lengkap, menyeluruh dan sempurna
oleh Manusia adalah maksud kudus Allah - dan tidak ada apa-apa alasan lain lagi
yang akan diterimaNya. Mana mana penyimpangan daripada kesetiaan yang sempurna
ini akan ditimpa hukumanNya. Ketidak-mampuan kita mematuhi Hukum/Syariat Taurat
dengan sempurnanya menyebabkan kita ditimpa amarah dan hukuman Tuhan yang adil.
Jika Hukum/Syariat Taurat tidak dapat menyelamatkan kita dari api neraka, padahal dosa kita menyebabkan kita menghadapi kutukan Allah, apakah tujuan sebenarnya Hukum Taurat ini? Pertama, tujuan Hukum Taurat ini sebenarnya tidak bermaksud untuk menjadikan kita kudus di sisi Allah tetapi membantu kita sesungguhnya melihat kejahatan dosa kita. Hanya apabila kita merenungkan Hukum/Syariat Taurat Allah dapatlah kita menyedari betapa jauh telah kita menyimpang daripadaNya dan menginsafi betapa besarnya dosa kita. Kemudian kita tidak akan berkata lagi yang kita adalah orang yang salih.
Tujuan sebenar Hukum Taurat ini adalah untuk mendedahkan sifat fitrah sejati manusia dan menginsafkan kita supaya mengakui kedesakan dosa-dosa kita dan ketidakupayaan kita untuk memberikan Allah kepatuhan yang diperkenankan-Nya. Kita tidak dapat berharap untuk menunjukkan bahawa, melalui ketaatan kita kepada Hukum Syariah Taurat kita akan dibenarkan memasuki syurga.
Tujuan Hukum Taurat yang kedua adalah membimbing kita ke belas kasihan Allah. Jika kita tidak dapat dengan sungguh-sungguhnya menyenangkan Allah melalui perbuatan amal salih kita maka dari itu, kita seharusnya menerima dan bergantung hanya kepada kelimpahan kasih-kurnia Allah. Allah yang Maha Pengasih dan penuh belas kasihan tidak akan meninggalkan kita tanpa belas kasihan. Allah telah berkali kali memberikan jalan keluar dan pelepasan dari kutukan kemurkaanNya.
Adam dan Hawa telah menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan besar. Hasil dari kesedaran dosa mereka, mereka insaf bahawa mereka tidak berselindung, telanjang dan demi itu mereka berasa malu. Tetapi Allah memberi belas kasihan kepada mereka dan Dia menutup ketelanjangan mereka dengan membuat pakaian daripada kulit binatang (Kitab Taurat, Kejadian 3:21). Kemudiannya disebabkan oleh dosa manusia yang besar dan keingkaran mereka, Allah telah bernazar untuk menghapuskan dosa-dosa manusia dalam satu banjir yang besar. Tetapi kerana Allah masih mengasihi manusia, Dia telah membuka satu jalan pelepasan bagi Manusia dan mengurniakan kasih-kurniaNya untuk mereka melalui Nuh. Semua mereka yang beriman dan percaya, dijemput untuk menerima kasih-kurnia Allah, hanya Nabi Nuh dan keluarganya telah memeluki pelimpahan kasih-kurnia Allah ini dan mereka telah diselamatkan.
Lut, anak saudara lelaki Sayidina Ibrahim, tinggal di Sodom. Orang-orang di tempat itu sangat rosak akhlaknya, sehingga Allah memastikan murka-Nya akan menimpa ke atas mereka. Tetapi, untuk menyelamatkan orang-orang yang percaya, Tuhan berikan kasih-kurniaNya yang ada melalui Lut. Dia memerintah bahawa mereka yang mahu selamatkan jiwa mereka masing-masing harus meninggalkan kota itu. Hanya Lut dan keluarganya percaya kepada Tuhan dan menerima belas kasihanNya. Yang lain enggan menerima anugerah kurniaNya dan telah dihapuskan!
Allah telah mengirim Hukum/Syariat Taurat-Nya kepada Musa sebagai panduan bagi manusia. Tetapi, keturunan Sayidina Ibrahim juga telah mula lupakan Allah dan memuaskan keinginan mereka sendiri dan menyimpang dari Syariah TauratNya. Allah telah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas mereka, tetapi sekali lagi Allah mengasihi mereka dan memberi mereka satu jalan pelepasan. Ular ular berbisa telah datang di kalangan mereka. Tetapi Allah memerintah Musa untuk meletakkan seekor ular diperbuat daripada loyang di atas tiang. Dia mengumumkan sesiapa yang dipatuk ular berbisa itu, jikalau mereka dengan serta merta memandang atas ke arah ular yang di atas tiang itu, mereka tidak akan mati. Sesiapa yang percaya akan kasih kurnia Allah dan melihat ke atas diselamatkan. Sesiapa yang tidak, dimusnahkan (Rujuk ke Hukum Taurat, Bilangan 21:4-9)
Niniwe adalah kota utama Empayar Assyria, tetapi penduduknya telah lupa akan Tuhan, yang menyebabkan kutukan Allah jatuh ke atas mereka. Kota mereka akan dimusnahkan. Tetapi sekali lagi Allah telah melimpahkan kasih-kurniaNya yang sedia ada, melalui Nabi Yunus. RahmatNya yang begitu besar telah ‘bergumul’ dengan keengganan Nabi yang degil ini untuk memastikan orang Assyria mempunyai peluang untuk bertaubat. Oleh kerana orang orang Niniwe telah percaya dan bertaubat, Allah telah membebaskan seluruh kota itu daripada penghukumanNya dan mereka semua diselamatkan.
Sering kali, kita telah menyaksikan kegagalan ketara manusia gagal untuk mematuhi Hukum Taurat Allah. Manusia adalah berdosa, dan oleh sebab inilah hukuman Tuhan menimpa mereka, sehingga mereka dimusnahkan. Meskipun ini, Allah yang Maha Penyayang pada setiap masa, telah membuka jalan pembebasan dan pelepasan bagi hamba hambaNya yang berdosa, daripada kutukan ke atas dosa mereka. Kita faham bahawa kita tidak boleh mematuhi Tuhan dengan secukup-cukupnya. Sebagai pelanggar-pelanggar syariah TauratNya kita akan dihukumanNya.
Untuk diselamatkan daripada hukuman yang setimpal kita mesti bergantung hanya kepada kasih kurnia Allah. Tetapi jalan pelepasan apakah yang telah Dia membuka untuk kita sekarang? Al-Kitab mengajar kita bahawa melalui kelimpahan kasih-kurniaNya yang telah sampai kepada Ibrahim, satu pintu pun juga telah terbuka untuk kita.
Ibrahim, Sahabat Allah
Mengikut Firman Tuhan, Ibrahim percaya bahawa keluarganya akan menjadi satu negara yang besar. Firman Tuhan terbukti boleh dipercayai dan Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, Ismail dan Ishak, yang keturunannya telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Tetapi Allah berjanji kepada Ibrahim yang dia akan menerima lebih berkat. Kesanggupan mempercayai dan menerima limpah kurnia dan janji janji Allah, Ibrahim menerima gelaran, “Sahabat Allah”. Demonstrasi kepercayaan Ibrahim yang paling besar adalah apabila Allah memerintah bahawa Ibrahim patut memberikan anaknya sebagai korban. Tetapi apabila Allah melihat yang Ibrahim patuh kepadaNya, Dia menghentikannya daripada menyebelihkan anaknya, dan menggantikan seekor biri biri jantan (seekor kibas) ditempat anaknya. Allah jauh lebih berminat kepada kepercayaan dan ketaatan hambaNya daripada pengorbanan yang sebenar.
Allah tidak menerima korban Ibrahim tetapi Dia menguruskan pengorbananNya sendiri untuk mengganti dan menebus putera Ibrahim itu. Jadi, peristiwa korban penebusan telah wujud sejak waktu Ibrahim. Janji ini dan sistem korban tebusan adalah perkara yang sama. Sepertimana Allah menganugerahkan Ibrahim seekor kibas sebagai pengganti untuk menebus nyawa putera Ibrahim, beginilah caranya Allah anugerahkan satu pengorbanan tebusan yang sama untuk melepaskan umat Manusia daripada kelaknatan dosa dan maut. Adalah kehendak Allah dari hasil korban penebusan yang terakhir, bahawa Bani Adam yang dicemari dosa akan menerima penyelamatan muktamad mereka dan janji Allah kepada Ibrahim akan dikabulkan. Allah akan sekali lagi dan untuk kali yang terakhir memberikan korban yang sempurna sebagai tebusan muktamadNya untuk manusia.
Iman Ibrahim mengajar kita bagaimana untuk menyambut dengan baik keperluan yang diberikan oleh Allah. Keyakinan merupakan tindakan penerimaan. Hukum Taurat, Buku Kejadian 15:6 bersabda,
“ Lalu percayalah Abram (Ibrahim) kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran”.
Apa yang dicatatkan di dalam Hukum Syariah Taurat adalah penyetujuan yang cukup lengkap dan sejajar dengan catatan dari Kitab Suci Injil, Roma bab 4:
Ayat 2-4 “ Jikalau Ibrahim menunjukkan ganjaran melakukan sesuatu itu berasas, maka dia mempunyai asas untuk bermegah, tetapi bukan di hadapan Allah kerana Al-Kitab berkata, “Lalu percayalah Ibrahim kepada Tuhan, dan Tuhan memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran."
Jikalau seseorang menunjukkan kerjanya yang dia sudah selesaikan, maka gajinya itu tidaklah dianggap sebagai suatu ehsan, tetapi adalah bayaran ganjarannya, tetapi apabila seseorang itu tidak miliki apa-apa untuk menunjukkan, kecuali keyakinannya di dalam orang yang telah menebus dosa mereka yang berdosa, jadi, imannya serta keyakinannya dalam Si-Penebus itu diambilkira cukup untuk menebusnya.
Ayat ayat 9-12 “ Adakah ucapan bahagia ini hanya berlaku bagi orang bersunat saja atau juga bagi orang tak bersunat?” Fikirkan kepada Nabi Ibrahim sekali lagi, adakah dia berbahagia sebelum dia disunat ataupun selepas? Jawabannya ialah sebelum dia bersunat, bukan selepas, dan apabila dia bersunat, ia adalah petanda dan jaminan bahawa keyakinan yang dia miliki akan menebusnya. Dalam cara ini Sayidina Ibrahim telah menjadi leluhur kepada semua mereka yang percaya tetapi tiada bersunat, supaya mereka juga akan dianggap sebagai salih, dan juga leluhur kepada semua mereka yang bersunat juga tetapi tidak bergantung kepada perkara itu sahaja. Sebaliknya mereka menjejak langkah leluhur rohani kita, Ibrahim, sepanjang jalan keyakinannya yang dia lalui sebelum dia disunatkan.
Ayat
ayat 13-18 “Sebab bukan kerana hukum syariat Taurat telah diberikan janji kepada
Ibrahim dan keturunannya, bahwa dia akan memiliki dunia, tetapi oleh
kerana kebenaran yang berdasarkan iman”. Jikalau dunia ini hanya untuk
diwarisi oleh mereka yang berserah kepada Hukum Syariah Taurat maka keyakinan
mereka tiada gunanya dan janji Allah tidak ada nilai. Syariat Taurat membabitkan
pengharusan penghukuman ke atas sesiapapun yang menyimpang daripada hukum-hakam
Taurat – hanya di mana tidak ada Syariah Taurat bolehlah penghukuman itu dapat
dihindari. Itulah sebabnya apa yang memenuhi janji Allah bergantung kepada iman
dan kepercayaan kita, supaya ia merupakan sesuatu hadiah dan sedia ada
untuk semua anggota keturunan Sayidina Ibrahim, tetapi bukan sahaja terbatas
kepada mereka yang tergolong di dalam umat penerima Taurat (yakni Bani Israel)
tetapi semua orang yang terbabit di dalam keyakinan dan iman Ibrahim,
iaitu bapa leluhur kepada kita semua. Seperti yang dikatakan di dalam Al-Kitab,
“Engkau telah Kutetapkan menjadi
Bapa kepada banyak Bangsa-bangsa”,
di hadapan Allah yang kepada-Nya dia telah percaya, yaitu Allah yang menghidupkan orang yang mati dan yang menciptakan dengan Kalimat-Nya, apa yang tidak wujud menjadi nyata.
Ayat ayat 20-22 “Tetapi terhadap janji Allah ia tidak bimbang kerana ketidakpercayaan, dia berharap dan dia percaya dan dengan melakukan demikian dia menjadi bapa banyak bangsa seperti yang dijanjikan.” Oleh kerana Allah telah bersabdakan janji-Nya, Sayidina Ibrahim enggan menyangkal atau meraguinya, tetapi diperkuatkan daripada imannya baginda juga memberi kemuliaan kepada Allah dan yakin bahawa Allah mempunyai kuasa untuk melakukan segala-gala yang Dia telah janjikan. Inilah iman serta keyakinan yang telah diambil kira sebagai menebuskannya.
Dengan kerelaan mempercayai dan menerima kasih-kurnia Allah, Ibrahim dikira salih disisi Allah dan menerima gelaran “Sahabat Allah”. Iman Ibrahim diterima sebagai penebusannya. Tetapi dia tidak memperolehi penebusan itu sebagai ganjaran untuk amal-amal salihnya. Amal salih seseorang itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi Allah tidak memberi perhatian kepada hal-hal itu, seperti yang Sayidina Ibrahim sudah ketahui. Malah keimanan Ibrahim adalah di dalam Allah yang telah menebus penyembah-penyembahNya walau pun mereka masih dalam keadaan berdosa pun.
Oleh itu, ‘Anugerah Daud’ yang
dirujukinya itu, berlaku kepada Ibrahim sebelum dia bersunat dan
bukan selepas itu. Bersunat adalah tanda kewujudan penebusan seseorang itu
melalui keyakinan dan keimanannya, seperti yang Ibrahim telah terima sebelum
dia bersunat. Dengan cara ini, Ibrahim merupakan bapa dan leluhur kepada semua
orang yang yakin dan percaya sepertinya, bagi kedua-dua kumpulan manusia yang
bersunat dan juga mereka yang tidak bersunat. Mereka ini semua tidak bergantung
kepada persunatan mereka tetapi mereka turuti kepercayaan dan iman Sayidina
Ibrahim yang diyakininya sebelum baginda telah berkhatan/bersunat.
Allah telah memaklumkan suatu sistem pengorbanan yang terperinci kepada Musa. Oleh itu Allah telah perintahkan supaya sesiapa sahaja yang berdosa, mereka harus memberikan korban sembelihan. Seseorang itu perlu mengakui dosanya, serta insaf akan keperluannya bagi pengampunan dari Allah. Sebagai suatu pemberian untuk menebuskan hukuman mati si-pendosa itu sendiri, dia harus mempersembahkan satu korban sembelihan yang tidak bercacat-cela. Darah pengorbanan itu akan direnjiskan ke atas mezbah di dalam Bait Allah di Yerusalem. Allah menerima sembelihan haiwan yang diterima sebagai penebusan untuk dosa bagi mereka yang mempersembahkan pengorbanan itu. Sama seperti dalam hal Ibrahim, apabila Allah SWT telah terima korban sembelihan itu sebagai penebusan, jadi di waktu Musa dan seterusnya, menurut sistem korban tebusan ini, Allah menerima korban sembelihan itu yang menebuskan orang-orang yang berdosa.
Tetapi terdapat ramai orang miskin yang tidak mampu untuk mempersembahkan korban sembelihan mereka yang cukup sempurna, tetapi sebaliknya ada ramai orang kaya yang mungkin tidak memperolehi wang mereka secara sah menurut Syariat Taurat, jadi penjualan binatang-binatang sembelihan korban tebusan untuk mereka kerapkali dilarang. Juga, untuk setiap dosa yang berikutan, orang itu harus memberi pengorbanan tebusannya. Oleh itu, untuk diampunkan dosa-dosanya, seseorang itu harus mempersembahkan korban-korban sembelihannya yang berterusan untuk sepanjang hayatnya! Lagi pun, korban-korban tebusan tersebut harus dipersembahkan di kawasan Baitullah, jadi, ramai orang yang tinggal jauh dari tempat itu mendapati untuk sempurnakan keperluan ini semakin mustahil. Jadi, di atas-atas sebab-sebab inilah, sistem pengorbanan tebusan ini tidak dapat diandaikan sebagai satu cara muktamad untuk memperolehi pengampunan dosa bagi Manusia.
Jadi mengapakah ia telah diberikan? Matlamatnya adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa akibat dosa adalah Maut, dan Allah SWT siap menerima Pengganti untuk menebuskan hukuman ke atas dosa-dosa Manusia. Tambahan pula, ia adalah suatu pembayang serta teladan mengajarkan tentang hakikat yang akan datang, Korban Tebusan yang terakhir, sempurna lagi muktamad. Allah Sendirilah yang menyempurnakan pengorbanan Tebusan itu. Allah telah berjanji pada Ibrahim bahawa Dialah yang amat Berkuasa lagi maha Penyayang, dan Dialah yang dapat memberikan Korban Tebusan yang terakhir dan sempurna itu, serta semua umat manusia akan mengalami berkat melaluinya. Apabila Allah memberitahu Sayidina Ibrahim untuk mengorbankan anaknya, dan kemudian Allah sendiri memberikan pengorbanan penggantian, kita dapat melihat Firman Allah ditunaikan oleh Allah sendiri. Ibrahim telah percaya akan kenyataan ini dan memberitahu anaknya bahawa Allah sendiri akan membekalkan Korban Tebusan itu (Kitab Suci Taurat, Buku Kejadian 22:8)!
Adat resam serta tradisi Timur-tengah mengajar kita mengenai betapa penting penebusan-Nya Allah yang telah diberikan bagi umat Manusia. Pemberian Korban berdarah merupakan satu wasiat Allah sebagai suatu peringatan bagi kehidupan kita sehari-hari. Di dunia moden hari ini pula, masih ada amalan-amalan ‘memberi perlindungan’ dan membawa berkat kepada bangunan-bangunan dan harta-harta yang lain melalui pemberian suatu korban berdarah. Di Maghribi, bayi-bayi yang baru dilahirkan diberikan nama-nama mereka hanya sesudah mereka telah diletakkan di bawah korban yang berdarah seminggu sesudah kelahiran mereka. Seekor binatang dikorbankan di atas nama bayi tersebut, untuk menebusnya atau menebusnya dari kejahatan. Tidak seorang pun bakal Haji menyempurnakan ibadat Hajjinya tanpa tumpahkan darah sembelihan korban yang berdarah! Intipati perayaan Aidul-adha (Aidul Kabir) ialah penumpahan darah seekor binatang yang dikorbankan untuk memperingati pemberian korban penebusan daripada Allah sebagai penebusan bagi putera Sayidina Ibrahim. Dalam diri kita semua, ada sesuatu yang bersaksi kepada betapa suci dan hebatnya pemberian berdarah.
Ada juga amalan-amalan lain yang mengharuskan perlunya suatu pemberian tebusan. Terdapat banyak negeri-negeri Arab yang mempraktikkan amalan seperti ini. Menurut adat resam ini, jikalau binatang ternakan seseorang itu telah memusnahkan bendang atau sawah jiran tetangganya, si pemilik binatang itu harus membayar ganti rugi musnahnya sawah itu sebagai tebusan atas binatang itu dan jika tebusan tersebut tidak dibayar, binatang itu akan diserahkan kepada pemilik bendang sawah itu. Menurut adat balasan dan dendam umat Arab yang lain, jika seseorang dibunuh tanpa sebab munasabah, keluarga si mangsa akan menuntut darah (yakni nyawa) si pembunuh itu, atau bayaran tebusan daripada keluarganya. Tradisi dan kewajiban-kewajiban agama kita mengharuskan pemberian korban berdarah dan juga tebusan. Asal-usul adapt resam ini berpunca daripada zaman purba apabila Tuhan telah mengajari leluhur kita betapa pentingnya untuk memberi korban penebusan yang suci. Allah telah meninggalkan pesan-Nya bagi darah korban penebusan di dalam budaya kita supaya kita dapat memahami dan menerima cara penebusan Tuhan Sendiri bagi umat Manusia.
Peristiwa ini telah berlaku di Jordan. Seorang gembala telah membunuh gembala yang lain dan memberi amaran kepada adik si mangsa supaya dia tidak memberitahu keluarga mereka tentang pembunuhan itu, atau dia sendiri akan dibunuhnya. Tetapi adik mangsa itu beritahu keluarganya juga siapa yang telah membunuh saudaranya. Keluarga si mangsa menjadi sangat marah dan menolak apa-apa tebusan bagi nyawa si pembunuh itu, tetapi mereka tuntut supaya dia dibunuh! Kedua-dua suku keluarga itu telah bertemu dengan seorang syeikh yang dikagumi ramai sebagai pendamai krisis di antara mereka. Syeikh itu menawarkan keluarga mangsa pembunuhan itu sepuluh ekor unta sebagai penebusan. Mereka menolak. Dia tawarkan 100 lira duit emas kepada mereka, tetapi mereka masih menolaknya. Mereka mahukan darah si pembunuh saudara mereka itu! Seluruh masyarakat dan syeikh itu pun tidak dapat mendamaikan mereka. Akhirnya, syeikh itu telah panggil anak tunggalnya dan memberitahukan keluarga itu. “Nah, inilah darah yang anda mintakan. Ambil sajalah.” Inilah satu-satunya apa yang Allah telah lakukan bagi kita semua apabila Dia menganugerahkan Putera-Nya yang kekal abadi, Sayidina Rabboni Isa al-Masih kepada kita sebagai Penebus dosa-dosa kita semua.
Semua Kitab-kitab telah memaklumkan korban penebusan ini
Korban tebusan ialah salah satu daripada perkara penting dalam semua Kitab-kitab yang diwahyukan. Mereka memaklumkan bahawa:
Korban itu haruslah sempurna lagi tidak bercela
Hukum yang Mulia : Imamat 3:1 -
"Jikalau persembahannya merupakan korban keselamatan, maka jikalau yang dipersembahkannya itu dari lembu, seekor jantan atau seekor betina, haruslah ia membawa yang tidak bercela ke hadapan TUHAN".
dan
"Orang menempatkan kuburnya di antara orang-orang fasik, dan dalam matinya ia ada di antara penjahat-penjahat, sekalipun ia tidak berbuat kekerasan dan tipu tidak ada dalam mulutnya."
Yesaya 53 : 9 dicatat pada 700 SM
· Dia harus menjadi pengganti sempurna kita menanggung dosa-dosa kita atas bahu-nya.
"Jikalau persembahannya merupakan korban keselamatan, maka jikalau yang dipersembahkannya itu dari lembu, seekor jantan atau seekor betina, haruslah ia membawa yang tidak bercela ke hadapan TUHAN." Imamat 3:1
"Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah. Tetapi dia tertikam oleh kerana pemberontakan kita, dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh.Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kejahatan kita sekalian."Yesaya 53 ayat 4-6
· Tempat lahirnya telah dinubuatkan
Bukan hanya sifat kemurnian Penebus ini disebutkan dalam Perjanjian Lama, malah tempat lahirnya dimaklumkan sebagai di desa Baitulaham melalui Nabi Mikah bab 5 ayat 2 & 4-5: "Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala"
· Dari keturunan Ibrahim
Sebagaimana janji yang telah diberikan kepada Ibrahim akan dikabulkan melalui keluarganya juga, jadi kita dimaklumkan bahawa korban penebusan itu juga akan datang melalui keturunan Ibrahim juga. Tuhan telah berfirman tentang penebus yang akan datang itu dalam Zabur, 89:35-37.
"Aku tidak akan melanggar perjanjian-Ku, dan apa yang keluar dari bibir-Ku tidak akan Kuubah. Sekali Aku bersumpah demi kekudusan-Ku, tentulah Aku tidak akan berbohong kepada Daud:
- Anak cucunya akan ada untuk selama-lamanya, dan takhtanya seperti matahari di depan mata-Ku,"
Jadi, sudah cukup jelaslah, bahawa korban penebusan itu akan muncul dari keluarga Sayidina Daud A.S. &