TUHAN DAN ALLAH SEGALA BANGSA
Kalau kita perhatikan,ternyata setiap bangsa mempunyai cara sembahyangnya masing-masing,dan Tuhan yang mereka miliki lebih daripada satu,lazimnya dipanggil POLITHEISME.Tuhan-tuhan yang disembah oleh setiap bangsa adalah berbeza di antara satu sama lain,dan sudah tentunya Tuhan yang mereka sembah itu adalah bertentangan dengan ajaran Firman Tuhan.Dibawah ini terdapat beberapa contoh senarai nama-nama Tuhan yang mereka miliki dan sembah oleh pelbagai suku bangsa di dunia ini.
Bangsa | Nama bagi Tuhan |
Jepun | Susano, Izanagi, Amater Rasu, Amano Uzume, dll. |
Cina | Kwan Kung, Kwan Yim, Jilaihut, dll. |
India | Brahma, Wisnu, Siwa, Ganesa, dll. |
Mesir | Ra, Horus, Osiris, Isis, dll. |
Babel | Ishtar, Marduk, Samas, Tamuz, dll. |
Rom | Yupiter, Uranus, Neptunus, Eskulapius |
Arab | Al-Lata, Al-Manna, Al-Uzza, Hubal, Al-Lah, dll. |
Perhatian utama kita ialah kepada Tuhan yang disembah oleh bangsa Arab yang mempunyai penganut yang paling ramai pada masa kini terutamanya di Asia dan sekarang ini semakin tersebar luas di Eropah dan juga di Amerika.Dewa atau Tuhan yang disembah oleh bangsa Arab adalah berjumlah 360 buah berhala yang kesemuanya ini di tempatkan di sekeliling kaabah,seperti yang tertulis:
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
"Nabi s.a.w memasuki kota Makkah,dan pada waktu itu di sekeliling kaabah terdapat sebanyak 360 buah berhala,lalu beliau merobohkannya dengan tongkat yang ada di tangan beliau dan bersabda:"Yang benar datang dan yang palsu hancur.Dan sesungguhnya yang palsu itu hancur". (Hadith Shohih Bukhori 1187)
Apakah pandangan Al-kitab tentang Tuhan-tuhan segala bangsa itu?
"Sebab segala Tuhan bangsa-bangsa itu adalah berhala,dan ALLAH lah yang menjadikan langit." (1 Tawarikh 16:26)
"Dahulu ketika kamu tidak mengenal Allah,kamu memperhambakan diri kepada Tuhan-tuhan berhala yang pada hakikatnya adalah bukan Allah." (Galatia 4:8)
Jadi persembahan bangsa-bangsa itu adalah kepada berhala dan bukannya kepada Allah yang benar,walaupun mereka menyebut nama Tuhan mereka Allah.Dengan sebab itu jangan kita katakan bahawa Allah mereka adalah sama dengan Allah yang kita sembah.Jadi Allah orang-orang Kristian atau Elohimnya orang-orang Kristian itu adalah yang mana satu dan bagaimanakah bentuknya?Allah orang-orang Kristian adalah Allah yang disembah oleh orang-orang Yahudi,orang Israel,Allah kepada Ibrahim,Ishak dan Yaakob. Yang dinyatakan oleh Firman Tuhan itu adalah TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN iaitu :'ISA KRISTUS ataupun HAZRAT 'ISA AL-MASIH.
Kita tinjau dengan lebih jauh lagi siapakah sesungguhnya yang disembah oleh bangsa-bangsa Arab,Yahudi dan Nasrani.Penyembahan oleh bangsa Arab disebut oleh Allah seperti yang tertulis di dalam Al-quran:
"Sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata:"Wahai kaumku,sembahlah Allah.Sesekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya"Sesungguhnya (kalau jiwamu tidak menyembah Allah),aku takut kamu akan ditimpahi azab pada hari yang besar (kiamat)". (QS. 7 Al A 'raaf-tempat tertinggi-59)
"katakanlah apakah kamu memperdebatkan kami tentang Allah,padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu;bagi kami dengan amalan kami dan bagi kamu dengan amalan kamu dan hanya kepadaNya kami serahkan hati kami". (QS. Al-Baqarah-sapi betina-139)
"Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli-ahli kitab,melainkan dengan cara yang paling baik,kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka,dan katakanlah:"kami telah beriman kepada( kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu;Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu;dan hanya kepadaNya kami berserah diri" (QS. 29 Al-Ankabuut -laba-laba-46).
Tetapi di dalam Al-kitab menyebutkan bahawa
"Jangan sembah Tuhan-Tuhan lain,sembahlah Aku sahaja." (Keluaran 20:3)
"Sebab segala Allah bangsa-bangsa itu adalah berhala,tetapi Tuhanlah yang menjadikan langit." (1 Tawarikh 16:26)
Al-quran menyebutkan:
Allah adalah nama Zat yang Maha suci. (Nota kaki QS.1 Al-fatihah-pembukaan 1)
Tetapi Al-kitab menyebutkan:
"Allah itu adalah Roh dan barangsiapa yang menyembah Dia,harus menyembahNya dalam Roh dan kebenaran." (Yohanes 4:24)
Al-quran menyebutkan bahawa:
"Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Makkah)..." (QS.27 An Naml-semut-91)
Al-kitab menyebutkan:
"Kerana itu berdoalah demikian:"Bapa kami yang di Syurga,dikuduskanlah nama Mu". (Matius 6:9)
Jadi berdasarkan ayat-ayat tersebut di atas, kita dapat simpulkan bahawa:
Al-Quran menyebutkan bahawa penyembahan bangsa-bangsa Arab adalah sama dengan penyembahan bangsa Yahudi dan juga bangsa Nasrani. Tetapi Al-Kitab menyebutkan bahawa penyembahan yang dilakukan oleh semua bangsa, termasuk bangsa Arab adalah penyembahan berhala.
Saudara-saudara kita yang berasal dari 'keturunan Ismail' seringkali menanyakan mengapa 'Isa al-Masih ataupun Hazrat 'Isa yang merupakan seorang manusia dipanggil Tuhan,persoalan ini seringkali dilontarkan oleh mereka kepada orang-orang Kristian, bahkan mereka juga menghina dengan mengatakan bahawa orang-orang Kristian menyembah manusia dan bukannya menyembah Allah,pertanyaan ini sering dikaitkan dengan pernyataan yang tercatat di dalam Al-quran iaitu:
"Janganlah kamu adakan Tuhan lain selain Allah,agar kamu tidak tercela dan tidak ditinggalkan (Allah). (QS.17 Al Israa'-perjalanan malam hari-22)
Oleh kerana salah fahaman dan salah pengertian ini,maka mereka tidak dapat menerima 'Isa sebagai Tuhan selain Allah mereka dan seringkali mereka anti terhadap orang-orang yang mempercayai dan mengikuti Tuhan 'Isa .Oleh kerana keinginan saya untuk menjelaskan sesederhana yang mungkin agar para pembaca dapat memahaminya dengan jelas baik oleh kita sebagai penganut Kristian ataupun oleh 'umat Ismail'.