Fasa pengumpulan kandungan-kandungan al-Qur'an ke dalam sebuah Buku merupakan fasa yang agak genting dalam sejarah al-Quran.
Para "Sahabat-sahabat" pada mulanya enggan menerima idea bagi mengumpulkan Al-Quran kedalam sebuah buku kerana mereka menganggap itu sebagai satu penyelewengan, sesuatu yang Rasullulah sendiri tidak melakukan semasa hayatnya. Tetapi sebaik sahaja hal ini dikemukakan sudah pun wujud banyak salinan-salinan kitab suci yang sedang digunakan oleh berbagai kelompok-kelompok Islam, lagi pun, lebih kurang setiap Sahabat Nabi sudah pun memiliki Mushafnya (iaitu satu salinan al-Quran) sendiri. Dan para Sahabat itu enggan menerima mana-mana mushaf lain sebagai penggantinya!
Ikrima telah melapurkan mengenai Ali ibn Abu Talib-yang telah tinggal di dalam rumahnya semasa perlantikan Khalifah Abu Bakar, serta Abu Bakar mendengar khabar angin yang Ali bin Abu Talib itu tidak senang dengan perlantikannya itu! Lalu dia perintah supaya Ali bin Abu Talib datang menjawab soalannya iaitu:"Adakah kamu tersinggung diatas perlantikan saya?" Lalu Ali telah menjawab: "Tidak, demi Allah!" Jadi, Abu Bakar tanyakan lagi,"Kenapakah engkau menjauhkan dirimu?" Ali telah menjawab,"Saya telah bersaksi bahawa penambahan telah diadakan kepada Kitab Tuhan, oleh itu saya berazam tidak akan memakai kain selubung saya, selain untuk bersembahyang, sehingga perkara ini diselesaikan." Abu Bakar berkata,"Sungguh mengharukan sekali."
Mushaf Ubai bin Ka'b pula banyak digunakan di Syam(Syria). Mushaf ini berbeda daripada edisi Khalifah Uthman oleh kerana ia mempunyai dua lagi Surah tambahan-yaitu Al-Hafd serta Al-Khal'. Menurut lapuran Al-Baihaqi, Omar ibn Al-Khatab telah bersembahyang sambil menggunakan surah-surah ini, dan Ali telah mengajar dari Surah-surah ini kepada orang ramai, lagi pun orang ramai telah pun mengucapkan ayat-ayat surah ini kepada raja Al-Malik ibn Marwaan (yaitu sehingga zaman Umayyah).
Lagi pun, mushaf Ubai bin Ka'b berbeda daripada koleksi-koleksi lain kerana ia menggabungkan Surah 104 dan 105, serta surah 93 dan surah 94 menjadi SATU Surah, padahal di dalam koleksi Uthman Surah-surah ini adalah berasingan.
Ada lagi satu mushaf, yang dinamakan mushaf Ibn Masu'd. Dia ialah seorang penilawah Al-Quran yang telah disyorkan oleh Nabi Muhammad sendiri. Menurut lapuran Al-Suyuti, yang mendapatkannya daripada Jabir, bahawa Nabi telah berkata: "Terimalah Al-Qur'an daripada empat (orang): Abdullah Bin Masud, Muaz Bin Jabal, Salim dan Ka'b."
Bezanya mushaf Ibn Masu'd dengan mushaf-mushaf yang lain ialah mushafnya tidak mengandungi Surah-surah 1, 113 dan 114. Ada juga yang melapurkan dia berkata: "Dua Surah : Al-Falak serta surah An-Nas (iaitu surah 113 & 114) tidak terkandung di dalam Kitab Allah!"
Mushaf Zaid Bin Thabit pula dikumpulkan mengikut satu perintah dari Khalifah Abu Bakar, setelah Omar Ibn Al-Khattab menasihatinya. Zaid telah mengumpulkan kandungan al-Qur'an daripada penghafalan para Sahabat, dan dari tulang-tulang binatang, dedaun pohon-pohon, kulit pohon-pohon dan pelepah-pelepah daun palma!
Uthman bin Affan : di antara penyatuan dan penyelewengan !
Fasa pengumpulan kandungan Al-Quran ada membawa kesan yang ketara kepada sejarah Al-Quran yang bertulis. Terdapat banyak teks-teks serta salinan-salinan yang berbeza-beza. Orang Islam pula berpecah-belah sesama sendiri dan ada kumpulan-kumpulan yang memegang kepada mushaf-mushaf mereka yang tertentu. Perpecahan di antara mereka menjadi ketara apabila mereka bunuh-membunuh sesama sendiri serta mendakwa bahwa kumpulan yang tidak menyertai pegangan mushaf kumpulan mereka sendiri adalah Kafir. Dan ini pula membawa kepada dakwaan penyelewengan dan pemindaan kepada Kitab Allah diantara mereka!
Memandang apa yang telah menimpa umat Islam pada masa itu, Uthman bin Afan telah berazam untuk menyatukan loghat-loghat yang diguna untuk membaca Al-Qur'an kepada satu loghat.Anas bin Malik melapurkan bahawa pada zaman Uthman, umat Islam sering berkelahi sesama sendiri mengenai pembacaan Al-Qur'an sehingga murid-murid dan guru-guru mereka bunuh-membunuh satu sama lain! Hal ini telah sampai ke telinga Khalifah Uthman, yang telah bertanya:"Adakah kamu berdusta mengenai hal ini dan melakukan penyelewengan bahasa (yaitu dalam pembacaan Al-Qur'an) dalam kehadiran saya? Apakah lagi bagi mereka yang berjauhan dari sini? Sudah tentu mereka lebih berdusta dan banyak lagi perlakuan penyelewengan di antara mereka! Para Sahabat-sahabat Rasullullah, berkumpullah dan pilihlah satu Pemimpin (iaitu Al-Quran) bagi umat (kita)."
Setelah membentuk suatu jawatankuasa bagi menyelia pencatatan Al-Quran, Uthman memerintahkan supaya minyak direbus dan salinan-salinan mushaf-mushaf yang berbeda daripada mushafnya dibinasakan dalam minyak panas itu. Hal ini semestinya membangunkan kesangsian diantara para penyelidik-penyelidik mengenai kesahihan teks Quran yang ada pada kita HARI INI. Kerana Ali bin Abu Talib sendiri telah bersaksi bahawa penambahan telah diadakan kepada Al-Qur'an. Ada juga yang membawa lapuran bahawa Ali telah mencatat dalam Qurannya ayat-ayat yang dimansuhkan serta ayat-ayat yang memansuhkan; tetapi Uthman meninggalkan ayat-ayat yang dimansuhkan dalam salinannya. Akan tetapi, salinan yang ada pada kita pada hari ini masih mengandungi beberapa ayat-ayat yang dimansuhkan dan yang memansuhkan!
Salah satu hakikat sejarah yang tetap akan menimbulkan kemusykilan mengenai sejarah salinan Al-Quran adalah perbedaan ketara diantara mushaf Ibn Masud dan musha-mushaf para Sahabat yang lain. Beliau menolak Surah 1, surah 113 serta surah 114 dan sanggup mendakwa sesiapa yang menerima surah-surah tersebut ke dalam Kitab Allah sebagai Kafir!! Nabi Muhammad sendiri telah mengesyorkan Ibn Masud sebagai salah satu daripada empat pembaca-pembaca Al-Quran yang boleh dipercayai. Adalah dilapurkan bahawa dia tuntut mengetahui keseluruhan Al-Quran walau pun perkara kecil mahupun sebaliknya. Tetapi apabila Zaid bin Thabit telah ditugaskan bagi mengumpulkan Al-Quran dan bukannya Ibn Masud, beliau telah naik amat marah kerana Zaid yang berumur kurang daripada dua puluh tahun lebih muda telah dipilih bagi misi yang penting itu. Ibn Masud menganggap dirinya lebih layak bagi tugas itu lalu dia telah menyangkal pemilihan Zaid itu sambil mendakwa:"Demi Tuhan, Saya telah memeluk agama Islam semasa dia (Zaid b.Thabit) masih di dalam tubuh seorang kafir!" Mengenai salinan Ubai bin Ka'b pula, ia mengandungi ayat-ayat dan surah-surah yang tidak terdapat di dalam mushaf khalifah Uthman.
Apakah sebabnya bagi perbezaan dan percanggahan ini? Walau pun umat Islam pada masa itu berhubung rapat dengan pemimpin mereka? Kami terharu sekali -kenapakah mereka yang ditugaskan bagi mengumpulkan Al-Quran tidak ambil kira para Sahabat yang penting seperti Ali Ibn Abu Talib, Ubai bin Ka'b, Ibn Masud dan Ibn Abas? Kita juga berhak untuk bertanya: "Kenapakah kalifah Uthman membentuk satu jawatankuasa (komiti) bagi mengumpul dan menyusun kandungan Al-Quran, lalu singkirkan ayat-ayat yang dimansuhkan daripada-nya? Kenapakah dia atau pun ahli-ahli 'komiti'nya tidak menerima mushaf Zaid b.Thabit, walau pun Abu Bakar, kalifah Omar, hazrat Ali, serta para Sahabat kanan lain telah menerimanya dibawah pimpinan Abu Bakr dan Omar?
Apa yang di lakukan kepada Al-Quran oleh kalifah Uthman akan sentiasa dicurigai serta dimusykilkan kerana perbuatannya membinasakan semua mushaf-mushaf yang wujud pada masa itu. Kenapakah mushaf-mushaf yang lebih tua daripada mushaf milik Uthman, termasuk mushaf Zaid ibn Thabit, dibinasakan, jika mereka sejajar dan sekata dengan teks yang telah dikumpul mengikut perintah Uthman? Dan jika teks ini ada percanggahan dan sepatutnya dibinasakan, bagaimanakah dapat kami meyakini koleksi Uthman, sementara dia sendiri tidak senang menerima mushaf2 dibawah Abu Bakr, Omar dan Ali ?
Ahli Syiah dan Penyelewengan dalam Al-Quran.
Segala yang telah dihuraikan di atas adalah hemat-hemat serta pandangan ulamak-ulamak ahli Sunnah yang berwibawa. Mereka telah menyoal cara pengumpulan Al-Quran yang bertulis dan ada pun yang menuntut bahawa ada kandungannya yang telah ditokok tambahkan sambil ada pula yang mendakwa ada kandungan yang telah dikeluarkan daripada Al-Quran, dipinda dan digantikan. Ulamak2 ahli Syiah pula, ada berhemat bahawa ada penambahan kepada kandungan Al-Quran. Para cendekiawan Syiah dalam bidang Hadith dan Tafsir, seperti Ali ibn Ibrahim, muridnya Al-Kallini, Al-Ayyashi dan Al-Tubrusi bersependapat bahawa Quran pada hari ini bukanlah Al-Quran yang lengkap!
Imam Muhammad Ibn Ja'far telah menitikberatkan didalam bukunya "Al-Imamah" bahawa Allah tidak pernah bersabda didalam Al-Quran,"..Sebagai orang kedua dari dua orang ketika keduanya dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya:'Janganlah engkau berdukacita; sesungguhnya Allah bersama kita..'" (Surah At-Taubah ay.40)!
Ada banyak buku-buku yang ditulis oleh pemimpin-pemimpin utama kumpulan Syiah yang mengesahkan teks-teks Al-Quran telah megalami pemindaan. Yang paling terkenal di antara mereka ialah "RINGKASAN MENGENAI PEMINDAAN KEPADA KITAB TUHAN SEGALA TUHAN" oleh Imam Al-Nuri. Di dalam Pendahuluannya, penulis buku telah berkata: "Buku ini penuh dengan kebaikan serta merupakan satu karangan yang munasabah, yang membuktikan penyelewengan di dalam Al-Quran serta mendedahkan perbuatan-perbuatan terkutuk oleh mereka yang zalim dan tidak adil." Buku ini terbahagi kepada tiga mukadimah dan dua lagi bahagian utama.
Di dalam Mukadimahnya yang pertama, penulisnya menitikberatkan perlunya mengabaikan
segala-gala yang terhasil dari proses pengumpulan Al-Quran, pengumpulnya serta
sebab-musabab bagi pengumpulan itu. Dia juga menyentuh hakikat Al-Quran yang kurang
lengkap dan perbezaan-perbezaan di dalam kandungan Al-Quran bersabit dengan cara ia telah
dikumpulkan. Penulis telah merujuk kepada lapuran-lapuran yang dibawa oleh banyak
Imam-imam, diantaranya Al-Saduq, Al-Tubrusi, Al-Sighaar, Al-Kaleeni, Ibn Shahr Ashub,
Al-Ayyashi, Al-Majlisi dan Al-Nu'maani. Ringkasan lapuran-lapuran tersebut ialah seperti
berikut :
Ali telah mengumpulkan kandungan Al-Quran tanpa sebarang penambahan kepadanya atau pun
mengambil apa-apa keluar daripadanya. Tetapi dia ditolak. Ketiga-tiga khalifah telah
memberi tugas mengumpul dan menyusun kandungan Al-Quran kepada sesiapa yang sekata dengan
mereka dan tidak berpihak kepada para imam-imam. Oleh itu mereka telah mengabaikan segala
rujukan-rujukan yang dikira memberi sanjungan kepada Imam-imam, serta semua catitan
mengenai putera para pengikut Nabi. Putera itu tidak lain dan tidak bukan selain daripada
Ali bin Abu Talib (kerana dialah lelaki yang pertama dari Bani Hasyim-kaum Rasullulah
sendiri, yang telah memeluk agama Islam dan yang terawal menganggotai kaum Salaf
al-Salihin, dan juga telah berjuang bagi perjuangan Islam sebagai pahlawan yang dikagumi)
yang satu-satunya layak membuat tuntutan bagi mengumpul Al-Quran dalam keseluruhannya.
Menurut Imam Al-Nuri "Ada beberapa pengumpul-pengumpul, (tetapi) putera
diantara para Salaf al-Salihin adalah pengumpul terulung diantara mereka. Ada
percanggahan diantara mushafnya dengan koleksi-koleksi pemilik-pemilik yang lain.Terdapat
tiga lagi koleksi Al-Quran yang telah dikumpul diatas perintah khalifah-khalifah, selain
koleksi Ibn Ka'b dan Ibn Masud, yang diantara mereka berjumlah sebanyak empat
mushaf."
Kemudian dia menggulung apa yang telah dijumpainya seperti berikut: "Apabila lapuran-lapuran ini diselidiki dengan rapi secara umum ataupun khususnya, kita dapat tahu bahawa Al-Quran diantara tangan umat Islam di Timur mahupun di Barat hari ini mengikut pengumpulannya dan penyusunannya, tidak sama dengan (Qur'an) yang wujud semasa zaman Rasullulah!"
Mukadimahnya yang kedua Buku Imam Al-Nuri pula telah ditulis untuk menunjukkan kumpulan-kumpulan ayat-ayat yang berbeza-beza dan pemindaan-pemindaan yang telah berlaku di dalam Al-Quran. Terdapat BANYAK Dalil-dalil bagi menunjukkan kes-kes penambahan dan pemindahan di dalamnya. Hakikat terjadinya penambahan telah pun dihuraikan diatas. Kes pemindahan (mengeluarkan) termasuk kehilangan Surah-surah Al-Hafd dan Al-Khal'. Kes-kes penggantian pula termasuk menggantikan perkataan-perkataan, huruf-huruf dan kata-kata vokal.
Imam Al-Nuri telah memetik dari alim ulama Syiah bagi menyokong dalil-dalilnya membuktikan bahawa Al-Quran telah mengalami pemindaan dan perubahan. Dia melapurkan kesaksian sebanyak duabelas Ulamak yang sahih yang mengakui kepada pemindaan di dalam Al-Quran. Seperti Al-Kaleeni, dan Al-Majlisi dalam bukunya:"CERMIN AKAL FIKIRAN", Muhammad bin Hasan Al-Sairafi dalam bukunya "PEMINDAAN DAN PENGGANTIAN" serta Ahmad bin Muhammad dari bukunya "PENYELEWENGAN".
Dalam Bahagian pertama bukunya, imam Al-Nuri memberi dalil-dalil yang membuktikan kejadian-kejadian pindaan dan pemindahan dalam Al-Quran, dan mendapat sokongannya dari lapuran-lapuran daripada sumber2 yang sah:
1 - Terdapat lapuran-lapuran lain yang menunjukkan kehilangan sejumlah besar ayat-ayat dari Al-Quran. Seperti ayat Al-Rajm (rejam), serta beberapa Surah. Sesungguhnya Surah Al-Ahzab adalah sama panjangnya dengan Surah Al-Baqarah, dan Surah Al-Bayinnah(98) pada satu masa ada menghuraikan nama-nama tujuh-puluh orang dari kaum Quraish; mengikut nama-nama mereka termasuk nama-nama bapa-bapa mereka. Surah ini juga sama panjang dengan Surah Al-Baqarah!
2 - Ada Al-Quran yang dimiliki Ali bin Abu Talib; yang dia sendiri telah mengumpul, mushaf ini berbeda daripada koleksi Uthman bin Affan. Ia mengandungi ayat-ayat tidak dijumpai didalam Mushaf Uthman dan sebaliknya. Diantara ayat-ayat yang tidak terjumpa di dalam koleksi Uthman adalah seperti berikut :
"Bukankah Saya ini Tuhan-mu, dan Muhammad adalah rasul Aku, dan Ali putera diantara para solehin?"
"...dan ibu-bapanya orang2 yang percaya, sementara dia tidak..."
"...dan Kami mengutus kepada kamu, bukannya Rasul, atau Nabi atau pun pembawa ucapan."
"...dan suami-suami kepada ibu-ibu mereka, dan dialah ayahanda kepada mereka..."
"Sesungguhnya manusia di dalam kemudaratan, dan begitulah keadaannya sehingga ke akhir zaman..."
3 - Ada satu mushaf Al-Quran dinamakan mengikut Abdullah bin Masud, yang berselisih dengan koleksi Quran hari ini.Ia juga bercanggah dengan mushaf milik Ali bin Abu Talib. Imam Al-Nuri telah menghuraikan beberapa ayat-ayat yang hanya terdapat dengan koleksi Abdullah bin Masud sahaja :
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, bani Ibrahim dan bani Muhammad diatas segala-galanya.
"Tidakkah Kami melegakan dada kamu dan meringankan bebanan kamu ? Tidakkah Kami memuliakan kemasyhuran kamu melalui Ali anak mertua-mu?"
Disinilah terhurai beberapa ayat-ayat (diantara lebih kurang enam-puluh rujukan-rujukan nas), yang ahli Syiah percayai telah di pinda dan di ubah, menurutt penyelidikan Profesor Muhammad Mallallaah. Ungkapan-ungkapan yang sahih, tetapi tidak wujud di dalam mushaf-mushaf hari ini adalah terkandung di antara kedua-dua tanda bracket "( )".
Abu Basir telah melapurkan, menurut Ubai Abdullah:"Sesiapa yang mematuhi Allah dan RasulNya (menurut perintah Imam-imam) telah menang dengan kemenangan yang besar".(Surah al-Ahzab ay.71). Ahli-ahli syiah mempercayai para Sahabat Rasulullah telah mencicirkan "menurut perintah Imam-imam".
Abu Basir telah melapur, menurut Ubai bin Abdullah:"Demi, akan Kami rasakan siksa yang keras kepada orang yang kafir (yang telah mengabaikan perintah-perintah Putera di antara para mukminin) dan akan Kami balas mereka atas sejahat-jahat (perbuatan) yang mereka kerjakan." Surah As-Sajdah ay.27.
Al-Husain bin Mubaah melapurkan, ada seorang lelaki yang mengucap didepan Ubai bin Abdullah "Katakanlah: Bekerjalah kamu. Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu, serta rasulNya dan orang2 mukmin" (Surah at-Taubah ay.105). Lalu di jawab oleh Ubai, "Bukan begitu, sebaliknya ia adalah:' ..mereka yang boleh dipercayai..', yakni kita."
"Abu Hamzah melapurkan, menurut Abu Jafar: Jibril (as) telah membawa wahyu ayat ini "Sesungguhnya orang2 kafir dan aniaya (dengan menghalang Bani Muhammad daripada hak-hak mereka), tiadalah Allah mengampuni mereka dan tiada pula menunjuki mereka kejalan Kebenaran tetapi jalan keJahannam...."surah An-Nisa ay.168.
Abu Hamza juga melapurkan :"..Kebanyakan manusia enggan (pemerintahan Ali) kecuali ingkar (kafir). sura al-Israq: 89
Mereka juga melapur bahawa menurut sura 2 ay.106:"Dan apa-apa ayat yang Kami ubah atau Kami lupakan, Kami datangkan gantinya dengan yang lebih baik daripadanya atau yang se-umpamanya..", Sebenarnya tidak mengandungi ungkapan "yang seumpamanya" di dalam salinan asalnya.
Tambahan lagi, selain daripada perselisihan-perselisihan diantara kandungan Qur'an umat
ahli sunnah dengan Qur'an ahli-ahli syiah seperti terhurai di atas, satu lagi perbezaan
yang begitu jelas akan timbul bagi sesiapa yang membaca kedua-dua Qur'an
-Quran tersebut; yakni bersabit dengan susunan kandungan kedua-dua jilid Qur'an2
itu.
Teks Qur'an di dalam mushaf Uthman b.Affan meletakkan Surah-surah yang terpanjang di
bahagian depan, sebelum surah2 yang lebih pendek. Yaitu, surah2 yang lebih panjang, lokasi
mereka di depan, sementara surah2 yang lebih pendek, lokasinya di belakang atau di
penghabisan al-Qur'an. Inilah susunan nas-nas suci bagi al-Quran para ahli sunnah iaitu mengikut
panjangnya surah-surah tersebut.
Sebaliknya,bagi umat syiah pula, penyusunan di atas adalah tidak ikut logik! Kerana
susunan Quran Uthman b.Affan tidak mengikut aliran sejarah pengwahyuan surah-surah itu
secara semulajadi (yakni konsisten secara kronologis). Mushaf Uthman inilah yang menjadi
induk kepada semua jilid-jilid Quran yang dipakai oleh orang-orang Islam aliran 'Sunni'.
Tetapi ini ditolak oleh umat Islam aliran Syiah dengan sebulat-bulatnya, oleh sebab
Kalifah Ali tidak menerima mushaf Uthman-diatas sebab-sebab yang wajar.
Jadi, mushaf Kalifah Ali bin Abu Talib mempunyai susunan surah-surah awal yang telah
diwahyukan di Makkah di depan (atau sebelum) surah-surah yang telah
'diturunkan' di Madinah; yakni, surah2 terawal yang telah diwahyukan diletakkan sebelum
surah2 yang telah datang selepas surah2 itu. Mushaf Ali b.Abu Talib inilah merupakan induk
kepada Al-Qur'an yang diguna oleh para ahli-ahli Syiah. Satu lagi kerumitan hasil daripada
penyusunan Qur'an ahli sunnah adalah wujudnya salah-letakan surah-surah Makkah
diantara surah-surah Madinah, yaitu terdapat cebis-cebis surah2 Makkah telah
dicampur-adukkan dengan surah2 Madinah dan sebaliknya!
Jadi, hakikat di atas menunjukkan satu kemusykilan besar bagi tuntutan bahawa seluruh
dunia Islam hari ini mempunyai al-Quran yang 'sama' atau konsisten. Tetapi sebaliknya,
dari segi kandungannya mahupun susunannya, itu bukanlah
keadaan yang sebenar sama sekali! Tambahan lagi, wujudnya perselisihan-perselisihan serius
diantara Quran-quran ini yang masih belum lagi diselesaikan.
Apakah mampunya koleksi-koleksi Kitab-kitab Qur'an ini menjadi panduan yang sahih bagi
umat manusia untuk hari ini? Apakah Kitab-kitab Qur'an umat Islam yang bercerai-berai ini,
yang saling selisih-berselisih dan bercanggah dari segi kandungan dan juga dari segi
susunan kandungan mereka masih lagi berwibawa sebagai "bimbingan umat manusia"?
Apa pula dengan mushaf Ubai bin Ka'b dan mushaf Ibn Masud ? Yang mempunyai perbezaan yang
begitu ketara dengan koleksi Zaid bin Thabit serta dengan mushaf-mushaf lain! Mana
satukah di antara semua jilid-jilid dan koleksi-koleksi Quran ini yang sebenarnya sahih ?
Bagaimanakah dapat kita pastikan kesahihannya pula ? Sesungguhnya soalan-soalan penting
lagi munasabah ini masih belum lagi terjawab oleh ulamak daripada
mana-mana pihak diatas.
The Text of the Qur'an
Answering Islam Home Page