Kupasan Kajian Koleksi Hadis Sahih Muslim

 

 

"…Demikianlah kamu meniadakan firman Allah untuk menurut ajaran kamu sendiri. Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu! Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-katanya tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana pertuturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu adalah hukum Allah."

                              Sayidina Rabbani Isa Al-Masih bersabda dalam Kitab Suci Injil Matius 15:6-9 (Al-Kitab).

Bagi orang Islam dari aliran Ahli Sunnah wa’al jemaah, penulisan agama yang paling penting dan berwibawa selepas kitab al-Quran ialah enam himpunan utama hadis yang bertujuan merekodkan kata-kata dan perlakuan Nabi Muhammad. Hadis merupakan landasan bagi Syariah atau undang-undang Islam yang mahu dijadikan sebagai dasar perundangan di negara-negara Islam dewasa ini. Sahih Muslim iaitu koleksi 7,190 hadis oleh Imam Muslim yang meninggal dunia pada tahun 875 Tahun Masehi (TM) ini adalah himpunan hadis yang kedua paling berwibawa selepas koleksi Sahih Bukhari. Berikut dipaparkan beberapa bahagian yang menarik bersabit dengan hadis Sahih Muslim ini..

Kepentingan Hadis

 

“Bahagian hadis ini dengan jelas menunjukkan hakikat bahawa hadis sememangnya kunci terpenting bagi memahami al-Qur’an dengan betul kerana sebagai penyampai wahyu, Nabi Muhammad adalah [watak] yang terbaik dan paling sesuai. Oleh itu, dengan kuasa Tuhan dia di beri kuasa untuk mentafsir dan menerangkan kandungan al-Qur’an.” Sahih Muslim jld.1 nota kaki 225 ms.72

Surah-surah al-Qur’an yang sudah hilang

 

Abu Harb b. Abu al-Aswad melaporkan dari sumber bapanya bahawa Abu Musa al-Ash’ari berkata:

 

“… kami membaca surah yang menyerupai Surah Bara’at dari segi panjang dan kekuatannya. Walau bagaimanapun, saya sudah lupa akannya kecuali bahagian ini yang masih saya ingat: ‘Jika ada dua lembah yang dipenuhi dengan kekayaan untuk anak Adam, dia akan mengingini lembah ketiga dan tidak ada apa yang memenuhi perut anak Adam kecuali debu.’ Dan kami juga membaca Surah yang menyerupai salah satu daripada surah Musabbihat dan saya lupa, tetapi mengingati sebanyak ini daripada surah itu: ‘Wahai orang yang beriman, mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan’ (lx1 2.) dan ‘ini tercatat di lehermu sebagai kesaksian (yang menentangmu) dan kamu akan disoal mengenainya pada Hari Kiamat’” (xvii. 13).

Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2286 ms.500,501.

Perlu diingatkan bahawa terdapat banyak lagi daripada ini tetapi baki Surah itu sudah dilupakan kandungannya.  

Kasih Sayang kepada Nabi Muhammad

Tidak ada apa-apa di dalam Sahih Muslim yang menyatakan bahawa Muhammad perlu di sembah tetapi memang tinggi pandangan mereka terhadap nabi Muhammad, malah ada satu hadis palsu yang menyatakan bahawa ada bau yang bagus ketika nabi Muhammad membuang air. Tetapi Imam Muslim dan penghimpun hadis yang lain menolak hadis ini.

Walau bagaimanapun, semua hadis yang berikut diterima di dalam Sahih Muslim.

Keistimewaan badan Muhammad: Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5758 ms.1247, tubuh badan Muhammad mengeluarkan bau yang segar atau wangian seperti beg bauan pembuat minyak wangi. Dinyatakan di dalam al-Tabari jld. 6 ms. 80 pula yang baginda mempunyai kulit yang berbau harum. Menurut Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5770-5772,5777 ms.1249, nabi Muhammad merupakan seorang yang paling kacak yang pernah dilihat.

Mengumpulkan rambut nabi Muhammad: Apabila Muhammad menggunting rambutnya, para sahabat akan berebut-rebut mengambil setiap helai rambut dan menyimpannya. Muhammad membenarkan ia diagihkan di kalangan umat manusia. Sahih Muslim jld.2 buku 7 no.2991-2994 ms.656-657

Mengumpul peluh Muhammad: Anas bin Malik meriwayatkan bahawa ibunya, Umm Salaim akan mengambil peluh Muhammad dan meletakkannya ke dalam botol untuk dijadikan sebagai pewangi yang paling harum. (Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5761 ms.1247). Hadis berikutnya, 5762 mengatakan bahawa Muhammad bertanya apa yang dilakukannya. Apabila Umm Salaim menjelaskannya, Muhammad berkata “Kamu melakukan sesuatu yang betul.” Hadis berikutnya, 5763 menyatakan bahawa Umm Salaim akan meletakkan kain mengalas nabi Muhammad semasa baginda tidur untuk mengumpul peluhnya pada kain itu.

Tinggi Harga Diri Nabi Muhammad

“Aku akan menjadi ketua bagi umat manusia pada Hari Kiamat.”  Manusia akan berharap seseorang dapat menjadi perantara dengan Allah dan memberikan syafaat kepada mereka. Kecuali Isa, Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa menolak kerana mereka ada cacat cela manakala Isa pula akan menyuruh mereka mendatangi nabi Muhammad yang akan menyampaikannya kepada Allah. Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.378 ms.129-132. Lihat juga jld.1 buku 1 no.381 ms.133.

Muhammad bersabda bahawa syaitan tidak boleh menyamar dan menyerupainya. Jadi, jika seseorang bermimpi bertemu Muhammad, ia memang bertemu Muhammad. Sahih Muslim jld.4 buku 27 no.5635-5639 ms.1225-1226. Juga Bukhari jld.8 buku 73 no.217 ms.139-140; Shamaa-il Tirmidhi bab 55 no.1-7 (389-395) ms.452-455.

Tetapi Allah Boleh Datang Dalam Bentuk Yang Berbeza-beza

Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.349 ms.115 “…Allah akan datang dalam bentuk yang berbeza-beza daripada Bentuk-Nya sendiri yang mereka kenal dan Dia akan berkata: Akulah Tuhanmu. Mereka pula berkata: Kami memohon perlindungan Allah daripada kamu…” Lihat juga Bukhari jld.8 buku 76 no.577 ms.375; Bukhari jld.9 buku 93 no.532 ms.395-396.

 

Tinggi Harga Diri Umat Islam

“Di mana ada Islam, tidak ada satu cara pun untuk syaitan masuk dan mempengaruhi umat. Ia mesti lari meninggalkan tempat itu.”  Sahih Muslim diterjemahkan oleh ‘Abdul Hamid Siddiqi jld.1 buku 4 ms.210 nota kaki 603.

 

Musa dan Malaikat yang Bertinju

“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Malaikat Maut dihantar kepada Musa (alaihissalam) bagi memaklumkan panggilan Tuhan. Bila malaikat tiba, Musa menumbuknya dan matanya terpacul keluar. Dia (Malaikat Maut) kembali kepada Tuhan dan berkata: Kau menghantar aku kepada seorang hamba yang tidak mahu mati. Allah kemudian memulihkan matanya (malaikat),…” Sahih Muslim jld.4 buku 29 no.5851 ms.1264. Juga Sahih Muslim jld.4 buku 28 no.5852 ms.1265.

Masalah Musa Dalam Berpakaian

Dalam beberapa aspek, Musa memang normal. Namun ada yang melihat kejadian Allah melarikan pakaian Musa (yang dia letak di atas batu sewaktu mandi) supaya Musa terpaksa berkejar untuk mendapatkan pakaiannya kembali sebagai pekerjaan bodoh.

Kejadian ini adalah untuk membuktikan kepada manusia (Bani Israel) bahawa Musa lelaki biasa, tanpa Musa dengan sengaja berkelakuan tidak sopan. Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.669 ms.193.

Jika ada yang memikirkan saya tersilap mentafsirkan hadis ini, sila lihat petikan berikut:

 “Di antara hadis yang diriwayatkan daripada Muhammad Rasulullah daripada Abu Hurairah, ada satu berkenaan kaum Bani Israel yang mandi dalam keadaan berbogel dan mereka saling melihat alat sulit masing-masing. Walau bagaimanapun, Musa (a.s) mandi bersendirian dan mereka berkata (mengejek): Demi Allah, tiada apa yang menghalang Musa mandi bersama-sama kami kecuali kerana buah zakarnya burut. Dia (Musa) pernah mandi dan meletakkan bajunya di atas batu dan batu itu bergerak bersama-sama bajunya. Musa mengejarnya sambil berkata: Oh batu, bajuku, oh batu, bajuku dan Bani Israel mendapat peluang melihat alat sulit Musa dan berkata: Demi Allah, Musa tidak mempunyai apa-apa penyakit. Batu itu berhenti sehinggalah Musa dapat dilihat oleh mereka dan dia mengambil bajunya lalu memukul batu itu. Abu Hurairah berkata: Demi Allah, terdapat enam atau tujuh tanda pukulan pada batu itu yang dibuat oleh Musa."

 Budi Bahasa hukum Syariah Terhadap yang Bukan-Islam

Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5389,5390 ms.1185 berbunyi, “Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Janganlah kamu memberi salam kepada orang Yahudi dan Kristian sebelum mereka memberi salam kepadamu dan bila kamu bertemu salah seorang daripada mereka di jalanan, paksalah mereka untuk mengikuti laluan yang sempit."

Bunyinya mungkin agak kasar atau biadab, maka nota kaki 2559 pada muka surat yang sama telah cuba menerangkan alasannya. “Tujuannya bukanlah mahu menyeksa atau meletakkan masalah yang tidak sepatutnya kepada mereka tetapi memberi mereka jalan yang selamat daripada diasak-asak oleh pengembara Islam yang berpusu-pusu. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ini tidak bermakna warga Kristian dan Yahudi perlu dipaksa untuk meninggalkan jalan dan laluan biasa dan perlu berjalan di sisi tembok rumah atau di laluan sempit. Apa yang dimaksudkan ialah mereka perlu berjalan di laluan yang jauh daripada gerombolan umat Islam yang ramai agar mereka tidak mengalami sebarang kecelakaan."

 

Ayat-ayat Al-Qur’an yang Dimansuhkan

"Anas berkata: Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung mewahyukan (satu surah) berkenaan orang yang terbunuh di Bi’r Ma’dna dan kami membacanya sehingga ia dimansuhkan kemudiannya (dan surahnya berbunyi begini): ‘Sampaikannya kepada kalangan orang kami tentang berita bahawa kami menemui Tuhan kami, dan Dia sukacita dengan kami dan kami juga sukacita dengan-Nya.’” Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1433 ms.329-330. Nota kaki di muka surat 330 menyatakan “ini diwahyukan pada bahagian yang tertentu dan ditukarkan dengan pelbagai surah lain yang mempunyai makna yang sama tetapi dengan maksud yang lebih luas:” Lihat juga Sejarah al-Tabari jld. 7 ms. 156.

 

Pentingnya hadis ini kerana ia bukan menunjukkan bahawa surah masih ada di dalam Qur’an tetapi tidak diterima pakai sebab ia dimansuhkan tetapi kerana hakikat bahawa ayat itu sebenarnya telah diubah. Oleh itu, jika terdapat Qur’an yang asli dalam bentuk naskhah di syurga, (Surah 85:21-22), adakah ia mempunyai ayat yang asli atau pun ayat yang baru? Jika ia mempunyai ayat yang baru, maka ayat yang asal itu bukanlah sebahagian daripada naskhah asli yang terdapat di syurga. Jadi, terdapat ayat-ayat al-Qur’an di dunia ini yang telah disalah-anggap sebagai menjadi sebahagian daripada naskhah Qur’an di syurga.

 

Berdasarkan tajuk di dalam Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.682 ms.195-197, memang ada hadis yang dimansuhkan.

 

Berhijab dan Wanita dalam Islam

Apa yang Sahih Muslim perkatakan tentang wanita dalam Islam dibincangkan secara mendalam di dalam makalah ”Apa Yang Islam Kata Tentang Wanita”. Di sini dipaparkan beberapa maklumat ringkas.

* Berhijab diwajibkan bagi semua wanita Islam. Sahih Muslim jld.2 buku 7 no.2789 ms.606-607.

* Berhijab tidak wajib bagi hamba wanita. Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3325, 3328 ms.721-722

* Apabila nabi Muhammad mengambil Safiyah, umat Islam lainnya melihat sama ada dia akan disuruh berhijab (memakai tudung) yakni menjadi isteri atau sekadar gundik atau “hamba seksnya”. Baginda memakaikannya tudung dan menjadikannya sebagai isteri. Bukhari jld.4 buku 52 bab.74 no.143 ms.92

* Menurut Sahih Muslim jld.2 buku 4 no.2127 ms.462, Muhammad pernah memukul Aisyah dengan sengaja “di dada yang menyebabkan aku terasa sakit.

 

* Tiada perancang keluarga yakni kawalan kelahiran (menurut penterjemah) Sahih Muslim jld.1 nota kaki 208 ms.66

 

* Hubungan seks dengan wanita tawanan dibenarkan menurut Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3371-3374 ms.732-733

 

* Kebanyakan penghuni-penghuni di Neraka adalah wanita. Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.143 ms.47-48.

 

* Menanggalkan pakaian tawanan dibenarkan. Sahih Muslim jld.3 buku 17 no.4345 ms.953

* Orang Islam yang menawan wanita bukan Islam sekaligus membatalkan perkahwinan tahanan wanita sebelum itu (walaupun tanpa keizinan wanita itu) Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3432 ms.743

 

Umat Islam dan Peperangan

Apa yang Sahih Muslim perkatakan mengenai peperangan dalam Islam dibincangkan lebih lanjut dalam ”Islam: Keamanan atau Suka berperang?” Di sini dipaparkan beberapa maklumat ringkas.

"Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah (Muhammad) telah bersabda bahawa aku telah diarahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh-Nya dan mereka menunaikan solat dan membayar zakat…” Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.33 ms.17. Lihat juga jld.1 buku 1 no.32 ms.17.

* Muhammad menyerang kaum yang tidak menyangka mereka akan diserang ketika Subuh. Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.745 ms.209

* Muhammad mahu melancarkan serangan berupa ancaman (ketenteraan) ke atas warga Kristian Arab di Syria dan Rom. Sahih Muslim jld.4 buku 35 no.6670 ms.1445

* Ibn Shihab dipulaukan kerana dia tidak pergi berperang. Sahih Muslim jld.4 buku 35 no.6670 ms.1445-1447

* Jika seseorang Islam mati dan tidak pergi berperang ke jalan Allah (jihad fisibilillah), dia mati sebagai seorang munafik. Sahih Muslim jld.3 buku 19 no.4696 ms.1057

Bagi butiran terakhir, terjemahan bahasa Inggeris di sini tidak berapa tepat. Perkataan Arab dalam ayat walam yaghzou bermaksud “tidak menyerang”. Kata kerjanya ialah ghaza yang bermaksud “untuk menyerang”. Tiada nama Allah disebutkan di sini. Hadis yang sama terdapat dalam al-Nasa’i (buku al-Jihad no.3110) dan Musnad Ahmad (jld.2 no.8510); dalam bahasa Inggeris, semuanya diterjemahkan sebagai orang munafik.  

Harta Rampasan Perang

* Satu perlima daripada semua harta rampasan perang perlu diserahkan kepada Baitulmal dan nabi Muhammad boleh mengambil daripadanya. Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2347, 2348 jld.2 nota kaki 1463 ms.519

* Nabi Muhammad memberi hadiah kepada orang jahiliah (yang menyembah banyak dewa-dewa) sebagai pendorong (rasuah) untuk mereka masuk Islam. Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2300-2309 ms.504-507; jld.2 buku 5 no.2313 ms.510

* Merah padam wajah Muhammad apabila seseorang memberitahu bahawa hadiah kepada warga jahiliah bukan sesuatu yang Allah kehendaki. Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2325 ms.509

 

Kuasa Magis/Sihir dalam Islam

Husain bin Abdul Rahman digigit kala jengking dan dia menggunakan tangkal azimat.. Dia melakukannya berdasarkan hadis. “Sihir adalah sia-sia kecuali jika (pengaruh jahat) ‘mata syaitan’ atau sengatan kala jengking.” Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.625 ms.141

"… pengaruh jahat ‘mata syaitan’ memang satu kenyataan.” Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5426 ms.1192. Lihat juga al-Tabari jld.39 ms.134

Nabi Muhammad memberi satu mantera kepada kaum Ansar bagi membuang bisa kala jengking. Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5442-5444,5448 ms.1192,1196

Nabi Muhammad memberi satu mantera kepada Aisyah untuk menyembuhkan pengaruh kejahatan ‘mata syaitan’. Sahih Muslim jld.3 buku 24 no.5445,5447-5450 ms.1196

 

Peraturan dalam Islam

Anda perlu membuka kasut mengikut aturan yang betul. Sahih Muslim jld.3 buku 22 no.5231 ms.1154.  Pakailah kasut pada kaki kanan dahulu dan menanggalkan kasut pada kaki kiri dahulu. Shamaa-il Tirmidhi bab.19 no.9 (79) ms.75

Janganlah minum ketika berdiri kecuali air itu air Zamzam. Sahih Muslim jld.3 buku 21 no.5014-5027 ms.1116-1118

Nabi Muhammad mengajar bahawa adalah lebih menyihatkan jika bernafas tiga kali (atau tiga teguk) ketika minum. Sahih Muslim jld.3 buku 21 no.5029-5031 ms.1118

Selepas makan anda dilarang mengelap tangan sebelum kamu menjilat jari atau membiarkan orang lain menjilatnya. Sahih Muslim jld.3 buku 21 no.5037-5042 ms.1119-1120. Lihat juga Abu Daud jld.3 buku 20 no.3838 ms.1081.

Terdapat banyak perbalahan tentang berapa banyak solat dan panjangnya. Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1166-1184 ms.284-286

 * Meludah hendaklah ke arah kiri, bukan ke kanan. Sahih Muslim jld.4 buku 41 no.7149b ms.1546

Jalan Keluar: Bagi remaja lelaki untuk bersama perempuan yang bukan daripada keluarganya, dia boleh minum susu seorang ibu dalam keluarga itu lantas mempunyai jalan keluar daripada peraturan dan batasan muhrim. Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3424-3427 ms.741

"Shuraih b. Hani berkata: Aku datang kepada Aisyah dan bertanya tentang menyapu-nyapu stoking (untuk dibersihkan). Katanya: Lebih baik kamu bertanya (Ali) putera Abu Talib kerana dia pernah mengembara bersama Rasulullah (s.a.w). Kami bertanya kepadanya dan dia menjawab: Rasulullah (s.a.w) menetapkan (had yang lebih) tiga hari tiga malam bagi pengembara dan satu hari satu malam bagi penduduk.” Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.537 ms.165

Namun Sahih Muslim jld.1 nota kaki 479 ms.162 menyatakan bahawa, “Islam tidak mengenakan peraturan yang ketat dan menyusahkan dalam apa keadaan. Dalam berwuduk, tolak ansur bagi mengelap stoking diberikan sebagai kemudahan kepada umat Islam

Mengapa terlalu banyak peraturan? Sahih Muslim jld.3 nota kaki 2434 ms.1115-1116 menerangkan kepada kita..:

“Kadangkala ada percanggahan tentang apa perlunya mencontohi Nabi Muhammad (s.a.w) walaupun pada perkara yang remeh-remeh seperti makan menggunakan tangan kanan atau minum sambil duduk dan sebagainya. Mereka tidak menyedari bahawa perkara kecil yang terperinci dalam kehidupan Nabi (s.a.w) ini memberikan satu sistem undang-undang dan peraturan tingkah laku terhadap hidup umat Islam sejak kelahiran hingga kematian dan mengawal kelakuan dalam kehidupannya di dunia. Perincian yang kecil ini sebenarnya melatih minda manusia bagi mengikut peraturan untuk kekal hidup dengan penuh kesedaran, penghayatan dan secara terkawal."

Penterjemah sedar akan kesamaan kaum Farisi (ahli Mazhab lama umat Yahudi) tetapi menyatakan seterusnya dalam nota kaki yang sama, “….matlamat sebenar Sunnah bukanlah, sebagaimana sangkaan para pengkritik kita yang bersikap menentang, iaitu untuk memupuk warga ala Farisi dan orang yang hidup secara terlalu formal, tetapi untuk membentuk perilaku yang sedar, bertekad dan sepenuh hati. Lelaki dan wanita seperti inilah yang menjadi para Sahabat Nabi…."

 

Pengajian Iklim dalam Hadis

"Abu Hurairah meriwayatkan: Rasulullah (s.a.w) berkata: Api mengadu kepada Tuhan, katanya: ‘Wahai Tuhan, ada bahagian daripada diriku yang digunakan atas orang lain.’ Oleh itu, Api dibenarkan dua penghembusan nafas, sekali ketika musim sejuk dan sekali lagi ketika musim panas. Sebab itu anda berasa terlalu panas (ketika musim panas) dan terlalu sejuk (ketika musim sejuk). Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1290 ms.302.

Cacian dan Penipuan Tentang Yahudi dan Kristian dan Faham Antisemitik Umum

 

Orang Yahudi memanggil Uzair sebagai anak Tuhan Surah 9:30, Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.352 ms.117, Bukhari jld.9 buku 93 bab.24 no.532b ms.395; jld.6 buku 60 bab.80 no.105 ms.86. Menurut Bukhari jld.1 ms. xvii dan jld.6 buku 60 bab.80 no.105 ms.86, mereka menyembah Uzair.

"Kalau tidak kerana Bani Israel, makanan tidak akan menjadi basi dan sajian (daging dalam bahasa Arab) tidak akan menjadi busuk;…” Sahih Muslim jld.2 buku 8 no.3472 ms.753

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa tikus adalah penjelmaan sesetengah orang Yahudi. Buktinya ialah tikus akan minum susu kambing tetapi bukan susu unta. Nabi Muhammad menunjukkan dia mengetahui kitab Taurat melarang daging unta. Sahih Muslim jld.4 buku 40 no.7135 ms.1541.

Orang Yahudi dan Kristian akan berada di dalam neraka menggantikan orang Islam. Sahih Muslim jld.4 buku 35 no.6665 ms.1444.

" Orang Kristian…tegas mengatakan bahawa Roh Kudus menjelmakan dirinya menjadi Isa Al-Masih.” Terjemahan Sahih Muslim jld.1 ms.127 nota kaki 393.

"… Orang Yahudi dan Kristian tidak mencelup (rambut mereka), jadi tentanglah mereka.” Sahih Muslim jld.3 buku 22 no.5245 ms.1156

Orang Yahudi mengalami kehancuran sewaktu wanita memakai rambut palsu. Sahih Muslim jld.3 buku 22 no.5306-5307 ms.1166-1167

 

"Apabila kulit orang Israel bersentuhan dengan air kencing, dia memotong bahagian tersebut dengan pemotong. Huzaifah berkata: aku berharap agar kawanmu itu tidak dibebankan dengan sesuatu yang dahsyat.” Sahih Muslim jld.1 buku 2 no.523 ms.163  "Ibn ‘Imar meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: Kamu akan menentang orang Yahudi dan akan membunuh mereka, bahkan batu turut berkata: ‘Marilah orang Islam, ada Yahudi di sini (bersembunyi di sebalik batu); bunuhlah dia.’ Sahih Muslim jld.4 bukuk39 no.6981, juga 6982-6983 ms.1510

Dajal (penentang utama Sayidina Rabbani Al-Masih Isa) akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari Isfahan yang memakai selendang. Sahih Muslim jld.4 buku 39 no.7034 ms.1525

 

Kesimpulan

Tumpuan hidup dan matlamat para ulama hadis adalah untuk mempercayai dan menyebarkan perkara-perkara yang ditetapkan menurut Hadis. Orang Islam, secara aktif di Indonesia, Pakistan dan kebanyakan negara Afrika, menumpukan hidup mereka untuk mempengaruhi dan mengajak orang Islam yang lemah untuk mengikuti mereka. Apabila anda mendengar orang Islam mahukan sebuah negara ditadbir menurut undang-undang Syariah, itu bermakna pemerintahan berdasarkan Hadis dan Qur’an.

Malangnya, mereka terlalu tertumpu pada tradisi di dalam Islam ini dan kepercayaan terhadap Tuhan mereka gantikan dengan kepercayaan dan pegangan pada tradisi semata-mata. Sewaktu kehidupan Sayidina Isa Al-Masih, Farisi juga mendaulatkan begitu banyak tradisi di samping Kitab Injil. Isa mengetepikan dan membuang semuanya. Biarpun Isa itu tidak pernah berdosa, secara sengaja Isa melanggar undang-undang buatan manusia kalangan Farisi itu tentang hari Sabat (Sabtu). Tuhan menyeru agar kita memecahkan tradisi yang bercanggah dengan-Nya malah Tuhan juga menyeru agar kita melakukan sesuatu yang lebih daripada itu.

Tuhan mahu agar hati kita sentiasa mencari-cari-Nya. Tinggalkanlah segala macam jaminan keselamatan palsu yang mementingkan diri dengan kekangan peraturan dan serahkanlah hidup anda kepada Tuhan. Segala perintah-Nya akan memberi kamu kegembiraan jika kamu mentaati-Nya. Berikut ialah apa yang anda patut lakukan.

Sedarlah bahawa hanya ada satu Tuhan yang menyeru agar manusia mendatangi ke hadirat-Nya. Dia menyayangi kita dan memerintah agar kita mentaati-Nya, dan bukan sekadar mempercayai-Nya. Bertaubatlah atas dosa-dosamu yang berpunca daripada segala perbuatan, baik perbuatan salah yang dibuat atau diucapkan, mahupun perbuatan betul yang sepatutnya kamu lakukan tetapi kamu gagal mengerjakannya. Bertaubatlah atas dosamu yang berpunca daripada pemikiran. Dosamu kerana enggan mempercayai kebenaran yang ada di hadapan mata, dan mempercayai apa yang hati kecil anda tahu itu sememangnya palsu. Bertaubatlah atas segala dosamu yang timbul daripada memilih untuk meneruskan cara yang lebih selesa dalam mempraktikkan agama (atau yang sebahagian tidak praktik) berbanding dengan membawa dirimu lebih dekat kepada Tuhan yang mahu menjadi TUHAN di dalam hidup kita.

 

Pengajian Hadis Sahih Muslim

Bahagian 2

 

Ada bayangan pada hati Muhammad. Sahih Muslim jld.4 buku 33 no.6522 ms.1418 berbunyi, “Al-Agharr al-Muzani, … melaporkan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) melaporkan : “ Ada (waktunya) semacam bayangan pada hatiku dan aku memohon keampunan daripada Allah beratus kali sehari.”

Waktu Yang Dilarang untuk Menunaikan Solat

Rutin ibadah solat (juga disebut “sembahyang” di Malaysia) dalam Islam berbeza dengan apa yang disebut berdoa mengikut rujukan Kristian. Dilarang bersolat sewaktu matahari terbenam dan waktu di antara solat subuh dan syuruk (waktu matahari terbit) menurut Bukhari jld.1 buku 10 bab.30 no.558-563 ms.323-325. Umat Islam tidak digalakkan untuk bersolat semasa matahari mempunyai warna kuning di sekelilingnya Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1301 jld.1 nota kaki 841 ms.304.

Dilarang bersolat selepas waktu zuhur (solat tengah hari) kecuali ketika matahari tinggi di langit. Abu Daud jld.1 buku 2 bab.450 no.1269 ms.335. Waktu yang dilarang menunaikan solat diterangkan di dalam Abu Daud jld.1 buku 2 bab.450 no.1272-1273 ms.336.

"Matahari terbit dan ketika itu ada tanduk Syaitan bersamanya dan bila matahari semakin tinggi, tanduk itu meninggalkannya. Apabila matahari tiba ke meridian, tanduk akan bergabung dengannya lagi dan bila matahari mengecil, tanduk meninggalkannya dan apabila matahari hampir terbenam, tanduk akan bergabung kembali.” Rasulullah, semoga Allah merahmatinya dan memberinya ketenangan, melarang solat pada waktu-waktu tersebut.” Muwatta’ Imam Malik 15.10.44.

Wanita hendaklah meninggalkan yakni dilarang menunaikan solat dalam tempoh haidnya setiap bulan. Sahih Muslim jld.1 buku 3 no.652 ms.188-189, jld.1 buku 1 no.142 ms.48; Bukhari jld.1 buku 6 no.322 ms.194, buku 6 no.327 ms.196; Sunan Nasa’i jld.1 no.355-361 ms.281-284; jld.1 no.364-368 ms.285-286.

 

Tunaikan Solat, atau Rumah Anda Dibakar


Muhammad berkata imam sepatutnya mengarahkan supaya rumah mereka yang meninggalkan solat (tanpa alasan) dibakar. Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1369 ms.315. Himpunan terkemudian Nasa’i jld.1:851 ms 51 meriwayatkan bahawa Muhammad sekadar berfikir untuk memberi arahan sedemikian.

Tiada Jaminan Penyelamatan

"Dia (Aisyah) berkata: Aku tidak pernah melihat baginda (Rasulullah) selepas itu kecuali gigih berdoa memohon perlindungan daripada seksaan di dalam kubur.” Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1214 ms.290

Sahih Muslim jld.4 buku 40 no.7079 ms.1534 menceritakan hal dua malaikat (Kiraman Katibin) yang dilantik bagi mencatat segala perbuatan manusia. Orang Islam percaya bahawa satu malaikat mencatat kebaikan manakala satu lagi mencatat kejahatan.

Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2205 ms.484 menyatakan bahawa, “Tiada sehari pun hamba (kepada Allah) bangun pagi tanpa dilawati oleh dua malaikat. Seorang berkata: Ya Allah, berikan pahala yang lebih kepadanya yang berbelanja (di jalan Allah) dan seorang lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran kepada orang yang tidak memberi."

Sifat Baran Muhammad

Muhammad mengherdik manusia sebab dia seorang yang panas baran. Sahih Muslim jld.4 buku 30 no.6297 ms.1373. “Anas b. Malik melaporkan bahawa ada seorang anak yatim bersama Umm Salaim (iaitu ibu kepada Anas). Rasulullah (s.a.w) melihat anak yatim itu lalu berkata: Oh, kamu rupanya dan sudah semakin dewasa. Semoga usia kamu tidak meningkat! Anak itu pulang kepada Umm Sulaim sambil menangis. Umm Sulaim berkata: “Wahai anakku, apakah yang berlaku kepadamu? Dia berkata: Rasulullah (s.a.w) telah menyumpah aku supaya usiaku tidak bertambah sepanjang hayatku. Umm Sulaim segera keluar lalu menutup kepalanya dengan tergesa-gesa sehingga bertemu dengan Rasulullah (s.a.w). Nabi berkata kepadanya: Umm Sulaim, apakah yang berlaku kepadamu? Katanya: Rasulullah, kamu menyumpah puteriku yang yatim. Lalu Nabi berkata: Umm Sulaim, apakah sumpahan itu? Dia berkata: Dia (anak yatim itu) berkata yang kamu telah menyumpahnya dengan berkata yang usianya tidak akan bertambah sepanjang hayatnya. Rasulullah (s.a.w) tersenyum lalu berkata : Umm Sulaim, tahukah kamu yang aku telah membuat perjanjian dengan Tuhan dan mengikut urus janji itu, aku berkata kepada-Nya: Aku manusia biasa dan aku merasa sukacita sebagaimana seorang manusia bersukacita dan aku akan tersinggung dan hilang sabar sepertimana seorang manusia hilang kesabarannya, jadi sesiapa daripada kalangan umatku yang aku sumpah sedangkan dia tidak patut menerima sumpahan itu, biarkanlah Ya Allah, jadikanlah ia sebagai sumber penyucian dan kesucian  yang mendekatkan dia kepada (Allah) pada Hari Kebangkitan.

 

Muhammad juga menyumpah Muawiyah, bakal khalifah pertama daripada Bani Umayah, kerana dia enggan berhenti makan dan tidak datang ketika Rasulullah mengarah agar dia (Muawiyah) datang mendapatkannya (Rasulullah). Sahih Muslim jld.4 buku 30 no.6298 ms.1373.

 

99 Nama Allah

99 nama Allah bagi umat Islam dinyatakan di dalam Sahih Muslim jld.4 buku 33 no.6475-6478 ms.1409-1410. Nota kaki memberikan nama ini dan kebanyakannya turut dipersetujui oleh orang Kristian: Maha Pencipta, Pemula, Pemurah, Pengurnia, Pemberi, Pemaaf, Pengampun, Pengasih, Penyayang, Memelihara, Pelindung, Pemelihara, Hidup dll. Ada juga yang tidak biasa seperti Pemaksa, Penyebab Kesedihan, Pengangkat, Yang Memuliakan, Yang Menyenangkan, Pembuat Semula dan Yang Membantutkan. Antara yang tidak termasuk dalam 99 nama ini ialah beberapa nama Tuhan di dalam Kitab Injil seperti: Bapa, Tuhan Maha Penyembuh, Benteng kami dan Kubu kami.                                                                                                                                                                                                             

Sebaliknya, Sahih Muslim jld.4 buku 37 no.6731-6732 ms.1468  menyatakan bahawa adalah menjengkelkan bahawa seorang anak dikatakan adalah Putera Allah. Kebanyakan warga Islam tidak tahu bahawa naskhah  Perjanjian Lama yang menyebut Tuhan sebagai Bapa telah ditemui sebelum zaman Sayidina Al-Masih antara khazanah berupa Skrol Laut Mati. Surah 5:46 sudah menyatakan bahawa Sayidina Isa Al-Masih telah “mengesahkan” Taurat yang ada sebelumnya.

Isa Kalimat Allah

"…bahawa Muhammad adalah hamba-Nya (Allah) dan Pesuruh-Nya, bahawa Al-Masih adalah hamba-Nya (Allah) dan anak daripada hamba perempuan-Nya dan dia (Al-Masih) ialah kalimah-Nya yang juga Roh-Nya yang Dia sampaikan kepada Mariam,…"

 

"Isa diterapkan gelar ‘Kalimat’ yang Allah sampaikan kepada Siti Mariam, dan ini menunjukkan bahawa dia berwujud menerusi Perintah Allah, tanpa saluran biasa yakni tanpa memerlukan bapa (Baidawi [pentafsir Islam yang terkenal]). Jika seluruh alam semesta tercipta hanya menerusi penggunaan satu titah (kata) Allah dan Adam boleh tercipta tanpa kedua-dua ibu dan bapa, boleh dibayangkan bahawa perintah Allah dengan mudah sahaja boleh mencipta seorang manusia biarpun tanpa fungsi bapa." (Sahih Muslim jld.1 nota kaki 67 ms.21-22)

Sahih Muslim jld.1 nota kaki ms.127 juga mengatakan bahawa Isa Putera Maryam juga digelar ‘Firman-Nya” di Syurga. Kemudian nota kaki ini menyatakan ia bermaksud “Atas Kuasa Tuhan” (iaitu dicipta terus oleh Tuhan), sebaliknya, Injil al-Syarif tegaskan bahawa Isa adalah Kalimatullah yakni Firman Allah dalam Bahasa Arab atau "Logos” di dalam Bahasa Yunani.

 

Hanya Orang Beriman Akan Masuk Syurga

"… Sesungguhnya hanya orang yang beriman akan masuk syurga." (Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.209 ms.65)

 

Bukhari jld.5 buku 59 no.515 ms.364: " Diriwayatkan daripada Abu Hurairah : ….Nabi berkata, “Wahai si polan bin si polan! Bangunlah dan buat pengumuman bahawa tidak masuk syurga kecuali orang beriman …"

Bolehkah Islam Menghantar Seseorang Ke Neraka?

Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.284 ms.91 mengatakan bahawa orang Kristian dan Yahudi yang mendengar tentang Muhammad tetapi tidak memeluk Islam akan masuk neraka

 

"…Lalu orang Yahudi dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang kamu sembah? Mereka berkata: Kami sembah Uzair (Yehezkiel), anak Allah. Lalu mereka ditempelak:

Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan atau Anak! Apa yang kamu mahukan? Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya: Mengapakah kamu tidak ke sana untuk mendapatkan air minuman? Kemudian mereka akan ditolak ke arah Api (lalu dengan penuh kekecewaan mereka mendapati) bahawa itu hanyalah fanta morgana (dan api yang semakin marak) akan membakar satu sama lain dan mereka jatuh ke dalam Api.

Kemudian orang Kristian dikerahkan berkumpul dan mereka ditanya: Apakah yang kamu sembah? Mereka berkata: Kami sembah Isa al-Masih, Putera Allah. Lalu mereka ditempelak:

Kamu menipu; Allah tidak mempunyai pasangan dan tiada beranak. Lalu ditanya kepada mereka: Apa yang kamu mahukan? Mereka akan berkata: Kami berasa haus, wahai Tuhan kami! Hilangkanlah dahaga kami. Mereka ditunjukkan (ke suatu arah) dan ditanya: Mengapakah kamu tidak ke sana untuk mendapatkan air minuman? Tetapi mereka akan ditolak dan dikumpulkan ke arah Neraka, yang tampak seperti fatamorgana kepada mereka, dan api itu akan membakar satu sama lain. Mereka akan jatuh ke dalam Api sehingga tiada seorang pun yang tinggal kecuali yang menyembah Allah, sama ada yang warak atau berdosa …."

(Kemudian Allah muncul di hadapan orang Islam baik yang beriman mahupun yang munafik dalam bentuk yang palsu untuk mendedahkan mereka yang munafik. Kemudian Allah wujud dalam bentuk-Nya yang sejati [entah apalah bentuk itu). Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.352 ms.117.

Orang Islam Yang Membunuh Diri Akan Masuk Neraka

"… Sesiapa yang membunuh dirinya akan diseksa pada Hari Kebangkitan (Kiamat) dengan perkara itu juga …." Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.199,201,202 ms.62.

Bukhari jld.5 buku 59 no.515 ms.364 and jld.5 buku 59 bab 37 no.518 ms.367 menceritakan bahawa ada seorang pahlawan Islam yang cedera parah, lalu dia mengambil anak panah dari sarung anak panah dan membunuh dirinya dan masuk Neraka.

"…Ketika kami berada di tengah-tengah medan perang lelaki itu bertarung dengan hebat lalu tercedera. Telah dikatakan: Rasulullah, orang yang pada mulanya kamu gelar sebagai penghuni Api (Neraka) telah bertarung dengan hebat lalu mati. Melihat keadaan ini Rasulullah (s.a.w.) berkata: Dia telah dihumban ke dalam Api (Neraka). Ada antara mereka yang ragu-ragu (tentang nasibnya) apabila diberitahu dia cedera parah dan bukannya mati. Pada waktu malam, dia tidak tahan (akan kesakitan) dengan kecederaannya lalu membunuh dirinya." Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.205 ms.63

Sebaliknya, Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.211 ms.66 menceritakan bahawa ada seorang Islam pergi ke Madinah, jatuh sakit lalu memotong jarinya. Darah mengalir keluar lalu dia mati. Kemudian, anak Amr iaitu Tufail, menemuinya dalam mimpi dan dia diampunkan Allah dan tangannya dibalut.

 Muhammad tidak kisah untuk melakukan solat mayat bagi orang yang membunuh dirinya sendiri. Sahih Muslim jld.2 buku 4 no.2133 ms.464  .

 

Bagaimana Keadaan Neraka?

"Nu’man b. Bashir yang memberikan ucapannya berkata: Aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: Penderitaan paling ringan terhadap penghuni Neraka ketika Hari Pembalasan ialah apabila seseorang itu diletakkan dua bara api di bawah tapak kakinya dan otaknya akan menggelegak kerananya.” (Sahih Muslim jld.1 buku 1 no.414 ms.139) 

Fatalisme Umat Islam Telah Ditakdirkan

"…bahawa Rasulullah (s.a.w) datang pada satu malam untuk bertemunya (Ali) dan Fatimah (putera baginda Rasulullah) lalu berkata: Apakah kamu menunaikan solat (tahajud)? Aku (Ali) berkata: Rasulullah,  sesungguhnya nyawaku berada di tangan Allah dan apabila Dia mahu membangunkan aku, maka Dia membangunkan aku. Rasulullah (s.a.w) pulang bila aku berkata demikian kepadanya Dia pulang sambil menampar pahanya dengan tangannya dan aku mendengar dia berkata: Sesungguhnya lelaki ini mempertikaikan banyak perkara.” Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1701 ms.375. (Muhammad tidak berkenan dengan perkara ini, tetapi tampaknya baginda tiada apa-apa lagi yang mahu diperkatakan.)

Juga, Allah mentakdirkan dosa berpunca daripada hal-hal seksual dalam Bukhari jld.8 buku 77 bab 8 no.609 ms.397-398.

Pena sudah kering dan takdir mula menjadi kenyataan. Sahih Muslim jld.4 buku 31 no.6402 dan nota kaki 2892 ms.1394. 

Rampaian Hal-hal Islam

* Anda boleh membutakan mata seseorang jika mereka melemparkan pandangan ke rumah anda tanpa izin. Sahih Muslim jld.3 buku 23 no.5370-5371 ms.1180

* Usus (tali perut) orang munafik akan keluar berjela-jela di Neraka kelak. Sahih Muslim jld. 4 buku 40 no.7122 ms.1539

* Syaitan akan masuk apabila anda menguap (tanpa menutup mulut dengan tangan). Sahih Muslim jld.4 buku 40 no.7130 ms.1540

* Jangan masuk ke masjid selepas makan bawang putih, bawang merah dsb kerana Malaikat juga akan terganggu dan mendapat mudarat dirosakkan oleh benda-benda yang sama seperti manusia juga. Sahih Muslim jld.1 buku 4 no.1147 ms.280

* Keajaiban akhir zaman ialah apabila bumi memuntahkan perak yang panjang-panjang. Sahih Muslim jld.2 buku 5 no.2210 ms.485

* Bulan terbelah dua ketika zaman Rasulullah. Sahih Muslim jld.4 buku 37 no.6721,6724-6730 ms.1467-1468. Ini juga di dalam Bukhari jld.4 bab 26 dan no.830 ms.533; Bukhari jld.4 buku 56 bab 26 no.831 ms.533; jld.4 buku 56 bab 26 no.832 ms.534.

* Semua akan digoda (terkena rejaman) Syaitan kecuali Isa. Sahih Muslim jld.4 buku 31 no.6429 ms.1399  
 

Pemuliharaan Keandalan dan Kewibawaan Hadis

Kebanyakan Hadis dalam Sahih Muslim dimulakan dengan “….meriwayatkan / berkata” atau yang serupa dengannya. Banyak kali kata-kata yang sama diulang-ulang oleh orang yang berbeza dengan hanya sedikit perbezaan. Perkara yang menarik sekali ialah apabila Sahih Muslim dalam jld.4 buku 28 no.5777 ms.1250 mengatakan bahawa para sahabat Rasulullah yang terakhir sekali meninggal dunia pada tahun 100 Hijrah. Itu lebih kurang pada tahun 720 Masihi.... Sebenarnya Imam Muslim, pengumpul Hadis, meninggal dunia pada 875 M atau 150 tahun kemudian. Ada sesetengah peristiwa di mana orang yang terlibat dengan hadis yang disebutkan meninggal dunia beberapa tahun selepas nabi Muhammad wafat.  

Jadi, kebanyakan Hadis adalah berdasarkan sumber yang tepat, seperti salah seorang isteri Muhammad, diikuti oleh 150 hingga 250 tahun tanpa senarai perawi (sanad).  Imam Muslim mungkin mengetahui akan “rantaian perawi” yang meriwayatkan sesetengah Hadis itu tetapi dia tidak menghuraikannya. Oleh itu, apabila kita membaca Abu Hurairah atau Aisyah memperkatakan sesuatu yang diambil, jangan tersilap faham yang Imam Muslim mendengarnya secara langsung, tetapi jauh sekali!

Kesimpulan: Oleh kerana pengumpul Sahih Muslim, yakni Imam Muslim, telah meninggal dunia pada 875 TM (dan imam al-Bukhari mati pada 870 TM) umat Islam hanya mempunyai 125 hingga 250 ‘tahun yang penuh keyakinan’ di mana hadis yang dikumpulkan itu sahih.

Sebaliknya, ini amat berbeza dengan kesahihan manuskrip Perjanjian Baru dan Kitab Suci Injil. Sayidina Rabbani Isa telah wafat pada 33 TM dan kitab Perjanjian Baru telah selesai ditulis pada sekitar tahun 50 hingga 90 TM. Oleh itu kita dapat menghitung bahawa Kitab Suci Injil sharif mempunyai 17 hingga 40 ‘tahun yang penuh keyakinan dalam memori dan hafalan para penulis Injil serta saksi-saksi matanya yang lain! Tambahan pula, manuskrip asal kitab Perjanjian Baru terawal yang terpelihara adalah daripada tahun-tahun di antara 90 hingga 175 TM, yakni terdapat lebih kurang 35 hingga 125 ‘tahun yang penuh keyakinan’ di mana kita telah memelihara dengan baik dan boleh mempercayai apa yang tertulis.

Kesimpulan: Setelah kita mengetahui bahawa pengumpul Hadis, Imam Muslim meninggal pada 875 TM atau 261 H (Bukhari pada 870 TM atau 256 H), maka keyakinan umat Islam adalah berlandaskan hadis yang dipercayai dikumpulkan secara tepat dan sah selama 125-150 tahun. Sebaliknya, keyakinan orang Kristian adalah berdasarkan kepada kitab-kitab Perjanjian Baru yang ditulis di antara tahun 50-90 TM, iaitu 17-60 tahun selepas kewafatan Al-Masih, Isa Putera Maryam pada 33 TM. Tambahan pula, kitab Perjanjian Baru di atas kertas papirus paling purba dan kuno yang ada adalah di antara 90-175 M. Oleh itu, terdapat 67 hingga 142 tahun keyakinan yang terpelihara sehingga ia ditulis kemudiannya.

Dalam kata lain, tempoh dari masa Sayidina Al-Masih Isa telah wafat sehingga teks (atau mushaf) Kitab Suci Injil paling awal yang terpelihara ialah di antara sekitar 67 hingga 142 tahun, waktu mana penyampaian akidah Kristian adalah secara lisan. Pada waktu itu ramai daripada saksi-saksi mata peristiwa-peristiwa yang termaktub di dalam KS Injil, serta pelayanan Sayidina Isa A.M. yang sahih, masih hidup Tempoh masa ini kurang daripada jurang waktu bilamana keimanan umat Islam telah dibangunkan berlandaskan kepada 'Sunnah nabi' (yakni lewat kompilasi hadis-hadis "sahih" dsbnya).

Jadi, koleksi teks KS Injil, melalui pengumpulan 'hadis-hadis Kristiannya' (istilah ini adalah sesuai sekali dipakai kerana perbandingannya sangat munasabah dengan fenomena Hadis dalam sejarah Islam dan Nabinya) mempunyai dasar keyakinan serta kewibawaan yang kukuh dan cukup kuat yang mengesahkan ketulinannya yang murni dan sejati sebagai rekod dan catatan Injil Sayidina Isa A.M. yang sebenar! Alhamdulillah!

 

 

Risalah Kebenaran

Barangkali anda tidak percaya bahawa kebanyakan daripada petikan kata-kata dalam kertas ini merupakan ajaran daripada Tuhan Allah yang sebenar, saya juga begitu. Adalah sesuatu yang menakjubkan apabila lebih satu bilion orang selama lebih 1,000 tahun menggunakan Sahih Muslim sebagai salah satu daripada autoriti terpenting dalam agama dan sistem perundangan mereka.

Saya sarankan kepada anda supaya janganlah berhenti mencari Tuhan yang sebenar, tetapi usahlah membataskan pencarian anda atas sebab apa yang orang lain mewar-warkan.

Janganlah anda berputus asa mencari kebenaran tentang ajaran Tuhan Allah, sebaliknya lebarkanlah ruang lingkup pencarian melewati apa yang orang kata kita patut percaya.

Untuk makluman anda, saya boleh katakan yang Islam memperkatakan sedikit sahaja perkara yang benar. Ia benar memperkatakan bahawa Sayidina Isa adalah seorang rasul Allah. Walau bagaimanapun, jika hadis dan tradisi umat Islam gagal membawa cahaya kerohanian, mengapa tidak pula anda melihat kepada sabda-sabda yang Sayidina Isa Al-Masih sendiri sudah pun mengungkapkan, dengan secukup-cukup jelasnya?

 

Rujukan

Terjemahan separa dalam talian Sahih Muslim http://cwis.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/ hadithsunnah/muslim/

Kitab Suci Al-Qur’an-ul-Karim: Terjemahan Bahasa Inggeris bagi makna dan Ulasan. Diterjemahkan oleh ‘Abdullah Yusuf ‘Ali. Disemak dan disunting oleh Presidensi Penyelidikan Islam, IFTA, Seruan dan Bimbingan. Kompleks Percetakan Al-Qur’an-ul-Karim Raja Fahd (tiada tarikh)

Sahih Muslim oleh Imam Muslim. Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh ‘Abdul Hamid Siddiqi. Penerbitan Islam Antarabangsa. (tiada tarikh)

Kitab Injil al-Sharif, Kajian NIV: Versi Antarabangsa Baru Penerbit Injil Zondervan. 1985.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari ke www.MuslimHope.com.

 

 

 


Indeks Utama