Kemiripan di antara AGAMA Islam & MormonismE

DAN JUGA di antara pENGASAS-PENGASAS MEREKA

- PERBANDINGAN SEORANG NABI DENGAN SEORANG LAGI NABI.

 

 

Nabi agama Islam, yakni Muhammad, amat yakin bahawa dialah ‘khatam nabiyiin’, dan umat Islam pula menyanjunginya sebagai ‘Nabi teragung’ mereka. Jikalau ini adalah benar, orang-orang Islam tidak harus segan atau pun takuti penelitian terperinci tentang claim nabi mereka itu, dan sesungguhnya claim seperti itu harus diselidiki dan dikaji dengan cukup teliti, supaya kesahihan kenabian Muhammad itu dapat ditentukan dengan secukup pastinya.

 

Yang amat menarik sekali ialah terdapat juga pengasas-pengasas agama-agama lain, yang membuat tuntutan bahawa Tuhan telah juga memberi ‘wahyu’-Nya kepada mereka - yang harus dijadikan pedoman dan bimbingan kepada umat Manusia! Salah satu daripada agama tersebut ialah ajaran Mormonisme, dengan Nabinya yang bernama Joseph Smith. Beliau telah mengasaskan pergerakan Gereja Yesus Kristus Latter-Day Saints (LDS), yang berpusat di negeri Utah, USA, dan juga sangat berpengaruh di negeri tersebut.

 

Seperti mana dapat dilihat dari carta perbandingan di bawah, yang menyenaraikan perbandingan sifat-sifat dan ciri-ciri kedua-dua agama tersebut - yakni Islam dan The Latter-Day Saints (LDS), termasuk ciri-ciri nabi-nabi mereka; sesungguhnya menyerlahkan kemiripan di antara mereka berdua yang sangat mengagumkan! Sejauh manakah kemiripan ini hanya kebetulan sahaja, atau sebaliknya, atau berasal daripada sumber yang sama; adalah diserahkan kepada pembaca yang budiman untuk memutuskan. Tetapi yang tidak dapat dinafikan ialah kemiripan rapat di antara mereka adalah sangat menarik sekali!

  

Joseph Smith, Nabi dan pengasas LDS itu, sedar akan kewujudan agama Islam. Sekurang-kurangnya beliau telah senaraikan Islam di kota Nauvoo sebagai ‘satu sistem kepercayaan yang terlindung’. Dan pengikut-pengikut agama Islam diberikan ‘kebebasan beragama’ dalam kota Mormon itu 1! Kami juga dimaklumkan bahawa beberapa pemimpin agama LDS telah merestui agama Islam. Contohnya, pada tahun 1855, pemimpin LDS seperti George A.Smith dan Parley Pratt telah berkhotbah bahawa agama Islam telah dibangunkan oleh Tuhan untuk kononnya ‘membersihkan agama Kristian dan juga membanteras pengaruh keberhalaan’2.

 

 

 

Islam

 

Mormonisme/LDS

 

1

 

Muhammad telah kononnya dilawati banyak kali oleh suatu malaikat yang bernama ‘Jibril’.

 

 

Joseph Smith kononnya telah didatangi berulang kali oleh malaikat yang bernama ‘Moroni’.

 

2

 

Lawatan-lawatan malaikat ini telah menghasilkan visi-visi dan kiriman ‘wahyu-wahyu’.

 

Lawatan-lawatan malaikat ini juga telah menghasilkan visi-visi dan kiriman ‘wahyu-wahyu’.

 

 

3

 

Muhammad kononnya adalah ‘buta huruf’ (‘ummi’) dan tidak menerima pendidikan rasmi. Alasan ini ditonjolkan untuk mempelopori bahawa adalah mustahil bagi al-Quran telah digubah oleh Muhammad.

 

Joseph Smith juga, adalah pada dasarnya, tidak menerima pendidikan yang rasmi. Hal ini memangnya telah digunakan sebagai suatu bukti bahawa adalah mustahil untuk ‘The Book of Mormon’ telah dikaryakan olehnya tanpa pertolongan ilahi.

 

4

 

Muhammad telah menerima pengetahuan hal-hal agama samawi, yaitu Yahudi dan Kristian daripada sumber-sumber Yahudi dan Kristian dikelilingnya. Tetapi beliau menolak kedua-duanya kerana mereka kononnya ‘tidak murni dan palsu’. Beliau telah diberitahu bahawa semua kelompok-kelompok ini adalah salah (Surah 19).

 

Smith telah diberitahu dalam Visi Pertamanya (“First Vision”) bahawa semua gereja dan syahadat mereka adalah palsu dan ‘dikutuki Allah’, beliau telah ditegah dan dilarang daripada menganggotai mana-mana satu daripada mereka.

 

5

 

Muhammad telah ‘disuruh’ oleh Jibril untuk ‘berucap’. Sesudah itu, malaikat telah mengimlakkan (dictated) kepadanya kata-kata Allah. Firman tersebut adalah terkandung di dalam ‘Ibu Kitab’ yakni Lauh Mahfuz di atas ‘papan terjaganya’. Lewat itu, ucapan tersebut telah menjadi ‘al-Quran.’ Surah 13/39.

 

 

Smith telah diberikan ‘peralatan ilahi’ – yaitu Urim and Thummim untuk mentafsirkan ‘Piring-Piring Emas’ beliau. Melewati peralatan ilahi inilah, Smith telah diimlakkan firman Tuhan secara langsung, dan ini kemudiannya telah menjadi ‘the Book of Mormon.’

 

6

 

Sumber al-Quran adalah disebutkan sebagai Ummul-Kitab yang berada di syurga di sisi Allah (yang bererti ‘Ibu Kitab’ dan mengandungi firman Tuhan). Sesudah selama 23 tahun menghantar wahyu-wahyu itu, Jibril telah kembalikan Ibu Kitab itu ke syurga.

 

 

Sumber ‘The Book of Mormon’ ialah ‘Piring-piring Emas’ Joseph Smith & Piring-piring itu juga dikatakan diilhamkan dari sisi Allah. Sesudah Smith telah menerima kesemua sabda-sabda Tuhan itu, malaikat Moroni itu telah mengirimkan firman Tuhan itu kembali ke syurga.

 

7

 

Penganut agama Muhammad yang pertama ialah isteri pertamanya, Khadijah.  Sejak permulaannya lagi, penganut-penganut  awalannya ialah ahli keluarganya & teman-temannya.

 

Penganut agama Joseph Smith juga adalah ahli-ahli keluarga beliau. Ayahnya telah menjadi penatua jemaahnya dan saudara-saudara lelaki beliau menjadi pemimpin-pemimpin awal gereja LDS.

 

8

 

Muhammad telah ditolak oleh penduduk sekampung halaman dengannya, Mekah, dan dia terpaksa lari dari sana yaitu berhijrah ke kota lain yakni Yathrib (Madinah).

 

Smith telah ditolak oleh penduduk sekampung halaman dengannya, Palmyra, di New York dan beliau juga terpaksa berhijrah ke kota lain yakni Kirtland, Ohio. Inilah permulaan beberapa penghijrahan yang lain berikutan beberapa skandal dan masalah lain.



 

9

 

Muhammad telah mengajar bahawa AlKitab pada awalnya adalah sesungguhnya benar, tetapi kononnya telah dicemari oleh umat Yahudi dan Kristian dan kini ‘mengandungi kesilapan’.  Ini pula telah diperbaiki oleh ajaran-ajaran Quran.

 

Joseph Smith mengajar bahawa Al-Kitab adalah firman Tuhan sejauh mana ia telah ‘diterjemahkan secara betul’3. Menurut Smith, kononnya AlKitab ada kesilapan yang dia telah cuba ‘membetulkan’ dalam karya Inspired Versionnya, diantara yang lain.

 

10

 

Wahyu-wahyu kepada Muhammad telah “memansuhkan” segala ‘wahyu-wahyu’ yang telah datang dahulunya daripada Allah.

 

Wahyu-wahyu kepada Smith juga telah “memansuhkan” segala wahyu-wahyu lain yang telah turun.

 

11

 

Muhammad mengamalkan poligami.

 

Joseph Smith telah menerima wahyu yang membenarkannya untuk juga mengamalkan poligami. (contoh, lihat D & C 132). Berpoligami telah diamalkan olehnya secara rahsia se awal tahun 1830.4

 

12

 

Muhammad telah amat berminat dalam isteri yang sangat muda umurnya. Beberapa antara isterinya hanya remaja muda tatkala dinikahkan dengan beliau. Seorang isteri telah ditunangkan kepadanya semasa umurnya hanya enam tahun! 5

 

Smith juga mempunyai ramai isteri yang muda belaka. Beberapa antara mereka hanya budak perempuan remaja.6

 

13


Islam dan al-Quran mengajar teori ‘Mansukh wa’l nasikh’, yakni Allah seolah-olah telah berubah-ubah fikirannya dan juga wahyuNya. Dari itu, wahyu Tuhan tidaklah tetap ataupun statik, tetapi sentiasa berubah-ubah dan silih ganti-berganti, termasuk kandungan nas al-Quran sendiri, Surah 2/206 & surah 16/101.


Joseph Smith telah berubah-ubah ajarannya banyak kali
, contohnya, tentang berpoligami.  Wahyunya sentiasa berubah-ubah, sesuai dengan keadaan semasa dan situasi sekeliling beliau dan untuk memenuhi keperluan semasa beliau. Contohnya, Manifesto 1890 darihal berpoligami, serta Wahyu tahun 1978 tentang saudara kulit hitam dan keimaman.

 

14


Muhammad telah tuntut bahawa al-Quran adalah firman Tuhan yang tidak bercacat dan murni; diimlakkan secara langsung kepadanya. Tetapi pada mula-mulanya, terdapat beberapa versi koleksi al-Quran yang berbeda-beda, dan memerlukan proses revisi dan penyelarasan oleh sebuah komiti sebelum sebuah nashkah yang ‘sahih’ dapat dihasilkan untuk diguna pakai.
7


Smith juga telah menuntut bahawa Book of Mormon adalah firman Tuhan yang tidak bercacat dan suci-murni; diimlakkan secara langsung kepadanya. Walau bagaimanapun, sebanyak  4000 revisi telah diadakan sejak cetakan pertamanya pada tahun 1830 sehingga edisi “the Book of Mormon” hari ini.
8

 

15


Muhammad seringkali menerima ‘wahyu’ secara langsung mengenai sahabat-sahabat dan juga tentang musuh-musuhnya. Wahyu-wahyu ini diturunkan khususnya untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadinya, contohnya Surah 66 and 111.


Smith seringkali menerima ‘wahyu’ secara langsung mengenai sahabat-sahabat dan juga tentang musuh-musuhnya. Wahyu-wahyu ini juga diturunkan khususnya untuk memenuhi keperluan-keperluan peribadinya, contohnya D & C 3, 47, dan 64 ayat 15-32.

 

16


Muhammad kurang mempedulikan keadaan dan keperluan wanita yang sebenar
– dan ini terbukti dalam bagaimana Islam tangani status wanita hari ini. Dalam Hadith, Islam mengajar bahawa kelayakan seorang wanita memasuki Syurga bergantung kepada pelayanannya terhadap suaminya.9


Smith juga kurang memperdulikan keadaan dan keperluan wanita yang sebenar
– dan ini terbukti dalam Gereja LDS hari ini. Ajaran LDS mengajar bahawa seorang wanita akan diperkenankan di Syurga hanya jika dia terikat kepada suaminya yang beragama Mormon. Pemimpin LDS awalan mengajar kaum wanita hanya boleh ‘dibangkitkan ke syurga’, melalui suami-suami LDS mereka.10


17


Walaupun Muhammad hanya bergelar ‘Nabi’, namun beliau dipermuliakan, dikagumi dan disalawat sebagai suatu junjungan amat tinggi.


Walaupun Joseph Smith hanya bergelar ‘Nabi’, namun beliau dipermuliakan, dikagumi dan disanjung sangat tinggi sebagai satu junjungan yang agung.

 

18


Muhammad disanjung sangat tinggi sebagai Nabi dan Rasul Allah. Untuk mencurigai Muhammad atau berkata-kata menentangnya adalah dosa besar, yang wajar mendatangi hukuman bunuh. Lihatlah sahaja peristiwa Fatwa menghalalkan pembunuhan ke atas Salman Rushdie dan karyanya The Satanic Verses.


Smith disanjung sangat tinggi sebagai Nabi dan Rasul Tuhan. Beliau dikagumi dan dipermuliakan seperti dewata. Semasa zaman Kerajaan Deseret, sesiapa yang berkata-kata menentang Nabi Smith mengundang hukuman bunuh! Contohnya, peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di Mountain Meadows.

 

19


Muhammad dikira ‘rasul teragung Allah’
. Dia jauh lebih besar daripada Nabi-nabi lain dari Allah. Saidina Isa Al-Masih, walaupun Baginda seorang Nabi dan Rasul Allah juga, sebenarnya dikira ‘lebih rendah’ daripada Muhammad!


Joseph Smith juga dikira sebagai Rasul Teragung seluruh sejarah
. Walau pun Saidina Isa diperakui ‘lebih tinggi’ daripada Smith secara zahir, sebenarnya Joseph Smithlah yang jauh lebih utama dan central dalam keimanan Mormon/LDS, jauh lebih penting daripada Saidina Isa.11 Pemimpin LDS awalan telah mengajar bahawa Smith berperanan sebagai ‘Penentu’ pada Hari Perhitungan.12

 

 

20


Kalimat perakuan Islam
disebut sebagai Kalimat Syahadat. Ini mengaku bahawa “Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain daripada Allah, dan Muhammad adalah Rasul-Nya.” Kepercayaan Islam yang mendasar sesungguhnya menumpukan kepercayaan amat besar dalam nabi Islam, Muhammad.

 


Kalimat perakuan LDS
ialah melalui Syahadat Mormonisme. Ini harus diperakui oleh setiap penganut LDS. Syahadat Mormonisme yang mendasar mengakui bahawa Kitab Mormon adalah Firman Tuhan, dan Joseph Smith adalah Rasul Tuhan. Kepercayaan mendasar Mormonisme bertumpukan dan berpusat kepada Smith.


21


Al-Quran
menggambarkan Taman Firdaus sebagai tempat di mana lelaki Islam yang beriman dan perwira-perwira Islam terutamanya, akan menikmati kepuasan nafs mereka melalui layanan para houri di sana. Surah ar-Rahman 55/70 – 74.

 


Teologi serta akidah LDS
mengajar bahawa di Syurga para lelaki Mormon yang beriman akan juga menikmati kepuasan nafs mereka melalui layanan para “isteri-isteri rohaniah” mereka yang berada di alam syurgawi.

 

22


Muhammad telah mencuba mengubahsuai hakikat peristiwa-peristiwa bersejarah agama samawi
. Contohnya, dia menyatakan bahawa Nabi Ibrahim telah mencuba menyembelihkan anaknya bagi Allah di tanah Arab, bukan di tanah Kanaan.


Joseph Smith juga telah mencuba mengubahsuai hakikat peristiwa-peristiwa bersejarah agama purbakala
. Contohnya, dia menyatakan bahawa Taman Firdaus yang asli, adalah di Missouri, dan bukan di timur tengah.

 

23


Muhammad telah mendirikan beberapa ‘kota suci’ yang baru,
yakni Madinat an-nabi, dan juga Makkah – yang LEBIH penting daripada Kota Suci Baitulmaquddis.


Smith juga telah mengasaskan kota suci yang baru
Independence di Missouri di atas Jerusalem (Baitulmaquddis). Di situlah kononnya akan didirikan Kota Baru Baitulmaquddis.

 

 

24


Muhammad telah membidaatkan dan merevisikan sejarah dan silsilah ajaran samawi yang munasabah
. Islam telah mengajar bahawa kononnya Ismail adalah ‘anak perjanjian’ Tuhan kepada Nabi Ibrahim. Dan juga kononnya umat Arablah ‘pewaris-pewaris’ janji-janji Allah tentang tanah suci. Semua umat di luar Darul Islam adalah kononnya berada di wilayah Darul Harb dan demi itu, mereka boleh diperangi.

 


Smith juga telah membidaatkan dan merevisikan sejarah dan silsilah ajaran samawi yang munasabah
. LDS mengajar bahawa umat Mormon adalah sebenarnya ‘umat Israel’ dan harus mewarisi semua janji-janji Tuhan kepada Ibrahim.13  Semua umat non-LDS adalah dikira sebagai “Gentiles” yakni “mereka yang dikutuki Allah.”


25


Muhammad
seorang pahlawan perang. Dia telah mengetuai rombongan-rombongan perang dalam usaha Razzia, yaitu rusuhan-rusuhan perompakan yang merompak dan mencuri dari kabilah-kabilah pedagang di situ. Selain dari itu, beliau juga memimpin rombongan tenteranya dalam usaha perangnya menguasai seluruh tanah Arab.

 


Joseph Smith seorang yang dikira perwira dan pejuang perang
. Dia telah mendirikan kumpulan-kumpulan tentera perang Mormon Khemah Zion, dan juga kumpulan tentara Legion Nauvoo.  Dia juga dianugerahi pangkat seorang Leftenan Jenderal militia Mormon itu.


26


Muhammad memiliki cita-cita besar politik disamping kerohanian. Dia telah menguasai hampir seluruh tanah Arab sebagai pemerintahnya, setelah beliau memasuki Mekah dari Madinah. Hari ini juga, Islam adalah satu sistem politik selain daripada sistem keagamaan.


Joseph Smith juga memiliki cita-cita besar politik disamping matlamat keagamaan. Di Nauvoo, dia mendirikan suatu badan proto-Kerajaan yang digelar ‘the Council of 50’ (“Majlis 50”), yang telah mengelarkannya “Pemerintah atas Bumi”. Dia telah juga bersaing untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat!   Hari ini juga, Gereja LDS amat terlibat dalam dunia politik.

 

 

27


Rasul Allah Islam menggalakkan kekerasan dan juga keganasan - Surah 9/5 & 29.
Balasan dendam terhadap musuh-musuhnya seringkali dilakukan.14  Di antara pengikut Muhammad terdapat kader para sukarelawan yang sanggup menghapuskan musuh-musuhnya dengan sukarela.15 Seperti mana tercatat dalam Sirat Rasul Allah, Muhammad Ibn Ishaq, hal.995-996.

   


Nabi Smith juga menggalakkan kekerasan dan keganasan.
   Balas dendam terhadap musuh-musuhnya seringkali dilakukan. Di antara pengikut Joseph Smith terdapat kader para sukarelawan yang sanggup menghapuskan musuh-musuhnya dengan sukarela—mereka ini digelar ahli “Danites” atau “Malaikat-malaikat Balas Dendam.”

 

 

28


Terdapat amalan keberhalaan yang terpendam dalam Islam. Pada asalnya, Batu Hitam dan Ka’abah di Mekah itu merupakan Kuil Berhala yang berisi penuh dengan lebih daripada 360 patung berhala dewa-dewi umat Arab yang menyembahkan patung-patung itu. Hari ini, jutaan umat Islam, setiap hari, bersujud kepada Ka’abah dan batu hitam yang sama itu! Muhammad sendiri telah perintahkan pengikut Islam untuk bersujud menghala ke Ka’abah, walaupun ia masih lagi penuh berisi dengan patung-patung berhala dewa-dewi orang Arab; Surah 2/149-150 & 142. 

 


Joseph Smith juga sangat dipengaruhi oleh unsur-unsur paganisme dan keberhalaan kuno.
16  Beliau seringkali bernujum dan mencuba menilik ramalan. Dia telah banyak menggunakan ‘Batu-batu intai’nya untuk mencari harta karun. Agamanya ada juga mengandungi sifat-sifat politheisma.  Ajaran Mormon mempunyai ciri-ciri astrologi (ilmu nujum), Freemasons dan juga pyramidology.17

 

29


Selepas kewafatan Nabi, pengikut-pengikut Muhammad telah bertelagah dan berpecah-belah atas persoalan politik dan kuasa. Majoriti besar daripada mereka telah angkat pengganti Nabi Muhammad sebagai Khalifah (Ketua) mereka. Kelompok lain pula, yaitu pecahan Imam Ali, hanya mengakui sahnya kepimpinan seorang daripada ahli keluarga Muhammad sahaja. Jadi, lahirlah perpecahan di antara ahli-ahli Sunnah (wa’l Jamaah) dan ahli-ahli Shia dalam agama Islam.

 


Selepas kewafatan Nabi mereka, pengikut-pengikut Joseph Smith telah juga bertelagah dan berpecah-belah atas persoalan politik dan kuasa. Majoriti besar daripada mereka telah angkat seorang daripada pengganti Joseph Smith sebagai Rasul (Apostle) bagi mengetuai mereka (yakni Brigham Young). Kelompok lain pula hanya mengakui sahnya kepimpinan seorang daripada ahli keluarga J.Smith sahaja. Jadi, lahirlah perpecahan di antara ahli The LDS Church of Utah dan The Reorganized LDS Church (sekarang digelar The Community of Christ).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                      

 


 

 

Nah, saudara-saudari dan pembaca yang budiman, kita sudah melihat lebih kurang 30 ciri-ciri dan sifat-sifat kemiripan di antara Nabi Muhammad, nabi Islam, dengan Nabi Joseph Smith, nabi bagi Mormonisme. Kemiripan antara mereka sangat mengkagumkan sekali! Ini bukanlah secara kebetulan sahaja. Tetapi kita dapat melihat betapa jelasnya kemiripan ini.

 

Semoga Tuhan Allah dalam kemurahan-Nya dan kasih setia-Nya akan membuka mata dan hati anda untuk menerima kebenaran-Nya yang tidak terbanding, dan demi itu, membawa kepada pembebasan kerohanian serta pembebasan daripada beban-beban dan kongkongan-kongkongan jiwa dan raga, sesuai dengan sabda Saidina Rabboni Isa, yakni:

 

“Kamu akan mengenal Kebenaran, dan Kebenaran itu akan memerdekakan kamu.”

 

Yahya 8 : 32

 

Amin.

 

Bahan-bahan Rujukan :

 

1.  Richard N. Ostling dan Joan K. Ostling.  Mormon America.  San Francisco:  Harper Collins Publishers, Inc.,

1999, halaman 67.

 

2.  Artikel :  “World Religions (Non-Christian) and Mormonism:  Islam.”  Encyclopedia of Mormonism.  Daniel H.

Ludlow, Penyunting.  NY:  Macmillan Publishing Co., 1992, hal. 1592.

 

3.      No. 8 dari  “The Articles of Faith” (Rukun-rukun Iman) Gereja LDS.

 

4.   Ostling & Ostling, hal.60.

 

5.  Budak perempuan ini (Aishah) telah ditiduri oleh Muhammad semasa dia berumur hanya 9 tahun! Lihat Paul Fregosi. Jihad In The West. 

Amherst, NY:  Prometheus Books, hal. 41.

 

6.  Lihat Fawn Brodie; No Man Knows My History.  NY:  Alfred A. Knopf, 1974, halaman-halaman 471, 479-481, 488, dll.  Beberapa pemudi perempuan itu berumur hanya 15 tahun bila mereka telah dinikahkan dengan Smith.

 

7.      Fregosi, hal. 36 dan 62.

 

8.  Abanes, Richard, One Nation Under Gods.  New York:  Four Walls Eight Windows, 2002, Hal. 4.  Juga lihat Ostling and Ostling, hal. 248-249.

 

9.  Lihat di Jamharah Khutah al-Arab 1/145.

 

10. Lihat Artikel oleh Sandra Tanner “How the LDS Husband Hopes to Resurrect His Wife According to the LDS Temple Ceremony” di website Utah Lighthouse Mission, yang dikendalikan oleh bekas ahli-ahli Mormon. Juga di link ini:  www.utlm.org/onlineresources/resurrectwife.htm.  Tanner mengutip daripada beberapa pemimpin gereja Mormon awalan, spt. Apostle Erastus Snow, yang telah berkhotbah pada 1857, “Tidak seorang wanita yang akan memasuki Kerajaan Termulia, selain daripada suaminya yang terimanya.” (Drpd. The  Journal of Discourses, Jilid 5, hal. 291).

 

11. Lihat Abanes, hal. 174-178.  Joseph Smith telah pernah menyatakan bahawa “dia (Joseph Smith) adalah sebaik seperti Isa Al-Masih.” (Abanes, hal. 176.)

 

12.  Brigham Young telah mengisytiharkan bahawa tiada seorang pun yang boleh memasuki Kerajaan Termulia sebelum dibenarkan oleh Joseph Smith, Journal of Discourses, Jilid 7, hal. 289 (dipetik oleh Abanes, hal. 175).

 

 13. Lihat Abanes, hal. 108-109.

 

 14. Fregosi, hal. 54-55.

 

 15. Fregosi, hal. 47.

 

16.  Kajian Ostlings menyerlahkan bahawa, sebelumnya berperanan sebagai Nabi, Joseph Smith telah melibatkan diri secara mendalam, dengan azimat-azimat mistik, mantera-mantera, jampi-jampi serapah, batu-batu intaian dan upacara-upacara ritual yang lain. (hal. 265).  Lihat juga Abanes, hal. 87-

90.

 

 17. See Abanes, pp. 90

 


 

Index Utama