Perhatikan Carta di bawah ini Untuk Teliti Perbandingan dan Perbedaan
yang Ketara
Di antara Sayyidina Musa dan Muhammad, dan Sebaliknya, Kemiripan yang Jelas
di antara Sayiddina Isa Al-Masih dengan Sayyidina Musa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja
Herod, pemerintah sezaman dengan Isa al-Masih juga telah mencuba membunuh
Baginda di waktu itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudah amat
jelaslah, dengan semua perbandingan ini, kita dapat melihat betapa ketara
bezanya Nabi Muhammad daripada Nabi Musa. Ini sesungguhnya membuktikan
umat Islam yang
Contohnya, Nabi Musa, walau pun beliau hidup dalam keadaan serba lengkap dan mewah dalam Istana Firaun, dia dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri,. Nabi Muhammad sudah jelas TIDAK SEPERTI BEGITU. Dia kehilangan kedua-dua ibu-bapanya satu persatu semasa dia masih kanak-kanak kecil lagi.
Pendidikan dan pembelajaran Nabi Musa itu cukup
lengkap dan sempurna kerana baginda dibesarkan sebagai anak kepada tuan Puteri Firaun di dalam Istana Mesir. Nabi Muhammad itu, SEBALIKNYA seorang yang ummi,
yaitu seorang yang dikira tidak berpendidikan.
Ini satu lagi perbedaan yang jelas ketara!
Taurat DAN Quran kedua-duanya
mengajar Nabi Musa telah
melakukan banyak sekali keajaiban dan mukjizat yang cukup hebat di muka umum. Surah 7/128-134, 138. Hasilnya
Bani Israil dapat keluar daripada cengkaman zalim Firaun itu. Sebaliknya, Muhammad itu TIDAK! Dia tidak melakukan satu
pun keajaiban mukjizat di muka umum atau di khalayak ramai menurut al-Quran!
Sebaliknya al-Quran sendiri mengakui bahawa Muhammad tiada bermukjizat
seumpama Nabi Musa :
“Setelah
rasul datang kepada mereka, mereka berkata: ’Mengapa TIDAK DIBERIKAN KEPADA
MUHAMMAD SEUMPAMA YANG DIBERIKAN KEPADA NABI MUSA (YAKNI TANDA-TANDA MUKJIZAT)?’ .. Katakanlah ya Muhammad – Maka kamu tunjukkanlah sebuah
Kitab dari Allah..”
SURAH 28/48-49
Nas di atas menunjukkan Quran sendiri mengajar tentang ketidak-miripan Muhammad dengan Musa dalam perkara pembuatan keajaiban-keajaiban dan mukjizat yang hebat di khalayak ramai. Inilah lagi perbedaan yang jelas ketara di antara Musa dan Muhammad!
Jadi siapakah yang dirujuki oleh nubuat di dalam Kitab Taurat itu :
“Seorang
Nabi dari tengah-tengahmu, dari antara saudara-saudara kamu, sama seperti
aku (yakni NABI MUSA), akan dibangkitkan bagimu oleh Tuhan Allahmu; dialah
yang harus kamu dengarkan..seorang Nabi akan Ku bangkitkan
bagi mereka dari antara saudara mereka; seperti engkau (Nabi Musa) ini; Aku
akan menaruh firman-ku dalam mulutnya, dan dia akan mengatakan kepada mereka
segala yang Ku perintahkan kepadanya.”
Ulangan 18: 15, 18
Jelas sekali dia bukanlah Muhammad! Oleh kerana dia bukan dari salah satu daripada dua belas suku
saudara Bani
“Reuben, Simeon, LEVI,
Kejadian 35: 23-26
Sebaliknya pula, Isa
Al-Masih itu adalah dari suku JUDAH (Matius 1: 1-2) yaitu saudara dengan LEVI,
dan Levi adalah leluhur kepada Nabi Musa (lihat Carta di atas). Jadi, jelaslah Sayyidina Isa
al-Masih adalah saudara kepada Nabi Musa kerana pertalian mereka sesama sendiri
melalui dua-belas Suku Bani
Sebaliknya, Muhammad bukanlah dari keturunan salah satu pun daripada dua-belas suku Bani Israel itu. Dia adalah seorang non-Jew atau non-Yahudi. Oleh itu beliau tidak layak sekalipun berhak tuntut pertalian saudara dengan Nabi Musa!
Sayidina Isa al-Masih, sebaliknya, telah berkata bahawa semua nubuat di dalam Taurat, Zabur dan Tulisan-tulisan Nabi merujuk kepada Baginda sendiri, dan TIDAK kepada mana-mana orang lain.
“Isa
berkata kepada mereka: ‘Inilah perkataan-Ku, yang telah Ku katakan kepadamu
ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahawa HARUS DIGENAPI SEMUA
YANG ADA TERTULIS TENTANG AKU (YAITU ISA) dalam Kitab Taurat Musa,
dan Kitab nabi-nabi dan Kitab Zabur. Lalu Isa membuka
fikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci.
Kata-Nya
kepada mereka :
“
Kamu adalah saksi-saksi dari semuanya ini.”
Lukas 24 ayat 44 - 48
Para Hawariyyun dan
pengikut-pengikut Al-Masih Isa pun telah menyahut perintah Baginda dengan
sebulat hati dan segenap jiwa mereka. Mereka telah
benar-benar menyedari SIAPAKAH itu yang telah Allah janjikan melalui Nubuat
Musa itu dalam Ulangan 18, serta apakah PERANANNYA AL-MASIH ITU. Adakah mereka pernah menunggu dan berharap
kedatangan kononnya satu lagi rasul yang akan datang
selepas Isa Al-Masih bernama ‘Muhammad’? Tidak sama
sekali. Kerana sejak permulaan dan dari awal-awal
lagi, Isa Al-Masih tidak pernah mengajari mereka tentang teori itu!
Lebih-lebih lagi, BAGI SEMUA para Hawariyyun dan murid-murid Sayyidina Isa,
nubuat agung dari Kitab Taurat itu yakni dari Ulangan 18: 15 dan 18 itu, DENGAN LAZIMNYA MEREKA TELAH MERUJUKKAN NUBUAT INI KEPADA
ISA AL-MASIH dan TIDAK PERNAH kepada mana-mana individu lain.
Kajilah kata-kata khutbah Hawariyyun Shamoun Petrus yang diucapkannya di Serambi Sulaiman dalam Baitullah, Yerusalem, sesudah Kebangkitan rabbinya Al-Masih Isa kembali ke alam jannah :
“Bukankah telah
dikatakan Musa sesungguhnya kepada nenek moyang kita,
‘Allah Tuhanmu akan membangkitkan untukmu seorang Nabi
sepertiku
Dari kalangan saudara-saudaramu.
Dengarlah segala kata-Nya kepadamu
dalam semua hal.
Setiap jiwa yang tidak mendengar kata
Nabi itu akan dibinasakan sama sekali dari kalangan kaumnya.’
Ya, semua nabi, dari Samuel dan selepasnya, semua yang telah
bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini.
Kamu adalah anak cucu nabi-nabi itu, dan waris perjanjian
yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita melalui firman-Nya kepada Ibrahim,
‘Dalam benihmu (Ibrahim) semua kaum di dunia akan
diberkati.’
Pertama
sekali kepada kamu, Tuhan telah membangkitkan Al-Masih-Nya, Sayyidina Isa, dan
menghantar-Nya untuk
memberkatimu dengan
memalingkan kamu sekalian daripada segala kejahatanmu.”
Kisah Rasul-Rasul 3 : 22 - 26
Demikianlah bunyinya
khutbah Petrus kepada saudara-maranya umat Yahudi di Baitullah di
BaitulMaqddis. Petikan beliau dari Kitab Taurat Musa adalah dari
Ulangan
Rasul Petrus bukanlah seorang sahaja yang telah merujuk kepada nubuat ini! Seorang lagi dari para hawariyyun Al-Masih Isa – Stephanus, juga telah memetik daripada nubuat yang SAMA dari Ulangan 18. Kata-kata beliau telah termaktub di dalam Kitab Suci Injil seperti berikut:
Musa memimpin orang
dan kemudian di tanah
belantara selama empat puluh tahun.
Musa inilah yang berkata kepada bangsa
‘Allah akan mengutus seorang Nabi
kepadamu,
Sebagaimana Dia telah mengutuskan dari
kalangan bangsamu.
Dengarlah kata-Nya.’
Musa
inilah yang bersama-sama bangsa
Dia di
Dialah yang menerima firman hidup, untuk disampaikan kepada
kita.
Kisah Para Rasul 7 : 36 – 38
Petikan di atas adalah sebahagian daripada
ucapan pembelaan diri Stephanus apabila beliau telah dituduh oleh Imam Besar
agama Yahudi yang mendakwakan pengikut-pengikut Isa Al-Masih dan menuduh bahawa
Isa Al-Masih itu “Akan merubahkan tempat suci di Yerusalem dan mengubah
adat istiadat orang-orang Yahudi” (Kisah
Sesudah memberi ucapan pembelaannya di depan majlis agama dan Imam-imam besar Yahudi, Stephanus telah menyempurnakan kesaksiannya kepada Rabbinya Isa, dengan mengorbankan nyawa beliau sebagai syahid pertama dalam agama Kristian.
Nah, sudah menjadi amat
jelaslah umat Kristian dan Yahudi sudah pun tahu tentang nubuat Ulangan
Umat Kristian sudah pun kenal, tahu dan mengakui SIAPAKAH NABI YANG DINUBUATKAN ITU dari Ulangan 18, dan Baginda ialah tidak lain tidak bukan Isa Al-Masih sendiri, dan hakikat ini sudah termeterai dan termaktub dalam Kitab Suci Injil lebih daripada LIMA KURUN SEBELUM MUNCULNYA dan lahirnya Muhammad bin Abdullah, sebagaimana betapa jelas Carta Perbandingan di atas sudah memaparkan!
Hanya segelintir umat Muslim yang sudah terdesak, dan masih sanggup menyalah-tafsirkan Nas firman Allah dari Ulangan 18 ini dan cuba merujukinya kepada Muhammad nabi Islam. Tetapi sudah terbuktilah tindakan terdesak mereka itu adalah (i) suatu salah tafsiran yang ketara dan (ii) juga amat buta kepada fakta-fakta sejarah serta (iii) tidak sekali pun memihak kepada Kebenaran !
Selain daripada itu, umat Kristian keberatan untuk menerima Muhammad sebagai seorang ‘rasul’ kerana (iv) Sayyidina Isa Al-Masih tidak pernah bernubuat tentangnya atau mengajarinya! Jika Baginda ada mengajari tentang Muhammad, orang Nasrani Kristian akan datang beramai-ramai dan mempercayai ajaran Muhammad secara sukarela. Tetapi, kepada SEMUA PARA Sahabat Sayyidina Isa, Murid-murid, para pengikutnya DAN Para Hawariyyun sendiri teori ini amatlah JANGGAL KEPADA MEREKA SEMUA, dan tuntutan ini yang hanya timbul lebih daripada LIMA KURUN -YAITU LEBIH 600 tahun KEMUDIAN; adalah suatu penyelewengan yang tidak dapat masuk akal langsung bagi semua pengikut-pengikut Isa al-Masih yang tidak pernah mengajari teori itu sekalipun PADA ZAMAN BAGINDA! Dan (v) Musa dan Kitab Taurat yang sejati juga tidak bernubuat tentang kedatangan Muhammad. Jikalau ada, umat Yahudi akan berpusu-pusu dan berduyun-duyun memeluk ajaran yang dipelopori Muhammad. Tetapi apa yang sebenarnya telah terjadi adalah sebaliknya!
Tindakan umat Kristian ini adalah bukan sesuatu yang disengajakan sahaja! Tetapi sebaliknya mereka sesungguhnya tidak mempunyai sebab-sebab yang cukup wajar dan munasabah untuk mempercayai atau pun menerima kerasulan Muhammad itu.