PRINSIP PERTAMA: Allah Ada Matlamat Yang Istimewa Untuk Hidup Anda

Terdapat prinsip-prinsip penting dalam Alkitab yang dipersetujui dan disokong oleh ayat-ayat Al-Quran. Mahukah anda mengenali dan mengkaji prinsip-prinsip ini bersama saya? Saya ingin mencadangkan sesuatu. Mengapa tidak anda mengambil Al-Quran anda, dan saya, Alkitab saya, dan kita kaji prinsip-prinsip ini satu persatu. Setuju tak ?

Para ahli sains sedunia bersetuju bahawa wujudunya prinsip-prinsip sejagat yang mengatur tindak-tanduk segala sesuatu dalam alam semesta ini. Dengan cara yang sama, ada pula prinsip-prinsip ruhaniah yang dikongsi bersama dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi yang mengatur perhubungan seorang manusia dengan Allah. Dengan mengkaji kitab-kitab tiga agama ini, saya pasti kita boleh memahami prinsip-prinsip ini yang berkuasa mengubah hidup kita.

Prinsip 1 ialah satu prinsip yang positif dan menyentuh keinginan manusia sejagat bagi mahu memiliki pengertian tentang tujuan hidup ini. Prinsip 1 ialah satu prinsip yang penuh dengan harapan: Allah pun mempunyai satu tujuan yang istimewa untuk kehidupan anda.

Pencipta Alam ini mengasihi kita dan ingin memberkati kita dengan menjalin satu perhubungan yang intim bersama kita. Komen-komen berikut dari Alkitab dan Al-Quran akan membantu anda memahami kepentingan prinsip pertama ini.

Apakah tujuan Allah mencipta anda dan saya ? Salah satu sifat Allah itu adalah Kasih. Dia ingin mengasihi dan Dia ingin dikasihi oleh insan yang boleh membalas kasihNya itu. Tumbuhan dan binatang tidak dapat mengasihi Allah secara Khalifah Allah. Allah mahu insan yang akan tindakbalas kepada kasihanNya dengan cara yang paling bermakna. Jadi Allah telah mencipta manusia – mengikut peribadiNya – dan membekalkan manusia dengan segala-gala yang diperlukannya. Sedihnya manusia yang Allah ciptakan itu telah gagal membalas kasih Allah dengan sewajarnya. Sebaliknya, manusia telah jatuh menjunam ke dalam lembah cangkuman dosa dan telahpun berpisah daripada Allah.

Kisah kegagalan manusia ini terkandung di dalam Al-Quran yaitu Surah Al-Baqarah 2:30-39 dan Surah Al-A’raaf 7:18-25 dan dari Alkitab dalam Taurat, Kejadian 1:26-31 dan 3:1-24. Ambillah sedikit masa untuk membaca petikan-petikan ini. Jika anda memerlukan sebuah Al-Kitab atau pun senashkah Injil, janganlah segan menghubungi kami untuk menerima satu naskhah percuma.

Al-Quran memanggil manusia yang Allah ciptakan itu khalifah. Khalifah Allah bermaksud "wakil Allah." Alkitab pula dalam Taurat memperkenalkan manusia sebagai ciptaan "dalam imej Allah" (Taurat, Kejadian 1:26-27). Apakah maksudnya gelaran-gelaran ini yang telah diberikan kepada manusia yang pertama oleh Allah Ta'ala ?

Daripada petikan-petikan di atas, kita dapat ketahui bagaimana Syaitan telah menggunakan bermacam-macam godaan untuk menumpaskan manusia, seperti yang dicatat dalam Al-Quran, dia juga memperalatkan agen-agennya yang lain, umpamanya ular, seperti tercatit di dalam Al-Kitab. Menurut pengalaman manusia pula, kita sentiasa digoda oleh Syaitan dan sering melakukan dosa-dosa yang tidak diperkenankan oleh Tuhan. Akibatnya selalu amat menyedihkan.

Sekarang marilah kita memberi perhatian kita kepada satu ayat menarik dalam Taurat yakni Kejadian 3:15.

(Allah berfirman kepada ular) Engkau dan perempuan itu akan saling membenci; keturunannya dan keturunanmu akan sentiasa bermusuhan. Keturunannya akan meremukkan kepalamu dan engkau (si ular) akan mematuk tumitnya (yakni bahagian belakang kakinya saja).

Daripada nas Taurat ini Allah telah mengisytiharkan janjinya kepada manusia yang telah mengingkari Allah oleh kerana dosa-dosa mereka dengan menjanjikan mereka seorang penyelamat yang akan membebaskan manusia dari kuasa Setan dan kongkongannya. Perhatikan bahawa Penyelamat ini akan datang daripada zuriat seorang wanita tanpa apa-apa campurtangan lelaki dalam proses penghamilannya Penyelamat ini. Perhatikan juga dalam Al-Quran, Penyelamat ini digelar "Petunjuk Allah" pada penghujung kisah ketumpasan manusia: "Jika datang petunjukKu kepadamu, maka barang siapa mengikut PetunjukKu itu, nescaya tak ada ketakutan atas mereka dan tiada mereka berdukacita." (Surah Al-Baqarah 2:38)

Sekarang ambillah sedikit masa sekarang untuk mengkaji ayat-ayat berikut:

Taurat

Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya. (Ulangan 7:9)

Zabur

Engkau memberkati mereka yang taat kepada-Mu, ya TUHAN; kasih-Mu melindungi mereka seperti perisai. (Mazmur 5:12)

Injil

Dia akan merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan.

(Lukas 1:50)

Al-Quran

Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. (Surah Al-A’raaf 7:96)

Kesemua petikan di atas secara amnya menyatakan bahawa Allah mengambil berat tentang manusia yang telah diciptakan-Nya. Melalui para nabi dan rasul Dia menyatakan yang Dia mengambil berat tentang kita dan ingin menganugerahi kita dengan kedamaian, keselamatan, sukacita, bimbingan hidup, kekuatan serta panduan-Nya. Segala berkat ini berhasil daripada satu perhubungan yang akrab dengan Allah -satu perhubungan rapat dengan Allah serta mengenali sifat-sifatNya yang mulia.

Sebuah mentol elektrik yang tidak menarik dan tidak bermaya akan berubah dengan serta-merta apabila anda menyambungkan mentol itu kepada satu sumber elektrik. Mentol itu akibatnya menjadi hidup dan terang. Mentol itu menjadi cantik, menarik dan berguna kepada penggunanya, "menyalakan" kehidupan mereka serta dapat membantu orang lain. Ini adalah satu penggambaran kehidupan kita sebelum mengenal Allah serta selepas kita mengenali-Nya dan seterusnya menjalin perhubungan yang rapat bersama denganNya.

Berikut adalah beberapa rujukan menggambarkan perhubungan akrab diantara Tuhan dengan insan-insanNya seperti ini (keintiman dengan Allah) di dalam Al-Kitab dan Al-Quran:

Taurat

Masa kedukaanmu akan berakhir. Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu, lebih kekal daripada matahari dan bulan. (Yesaya 60:20)

Zabur

Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; hadirat-Mu menggembirakan aku, dan sentiasa membahagiakan aku. (Mazmur 16:11)

TUHAN adalah cahayaku dan penyelamatku; aku tidak akan takut kepada sesiapa pun. Tuhan melindungi aku daripada segala bahaya; aku tidak akan gentar. (Mazmur 27:1)

Injil

Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. (1 Petrus 2:9b)

Al-Quran

Allah (memberi) nur (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahayaNya, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilau-kilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati, iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan pula di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. Allah menunjuki siapa yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu. (Surah An-Nur 24:35)

Keterangan yang indah tentang cahaya Allah ini mungkin telah timbul apabila Nabi Muhammad melihat lampu-lampu candelier di dalam sebuah gereja yang besar di salah satu negeri Timur tengah semasa satu daripada perjalanan perdagangannya. Candelier-candelier yang cantik ini digantung di bumbung gereja-gereja di situ. Candelier-candelier ini memegang lampu-lampu gelas yang penuh dengan minyak zaitun, minyak dari pokok zaitun yang bukan milik Barat atau Timur tetapi seluruh dunia. Di atas minyak ini terapung sumbu yang bernyala yang memenuhi gereja dan semua penganut yang ada dengan cahaya. Dengan cara yang sama, Allah ingin menyelamatkan sesiapa sahaja yang mencari Dia kepada terang cahaya-Nya.


Indeks Utama