Saat Penghapusan Maut

Berikut ialah bahagian pertama daripada siri rencana-rencana yang memberi gambaran sebenar mengenai kematian dan hal-hal berhubung-kait dengan hari kiamat. Selamat membaca

Pengenalan

"TIDAK, IBU, TIDAK! JANGAN TINGGALKAN KAMI!" Ketika saya mendengar jeritan itu dan melihat di luar tingkap saya ke arah sebuah klinik di seberang, saya serta merta mengerti apa yang terjadi. Salah seorang pesakit di klinik telah meninggal dunia.

Sekalipun para petugas perubatan berusaha sebaik mungkin namun kematian datang seperti seorang pencuri dan merampas satu jiwa. Kini keluarga itu terpaksa melalui detik yang menyakitkan dengan pemergian seorang yang dikasihi.

Ini merupakan hakikat hidup harian yang sedih tapi nyata. Tidak kira sama ada kita kaya atau miskin, alim atau pendosa, suatu hari kita harus melalui pintu gerbang kematian. Ini adalah berita yang menyedihkan. Namun di tengah-tengah trajedi yang dasyat ini, ada berita baik!

Dasar Harapan Bagi Umat Tuhan

Berita baiknya adalah seperti berikut -- satu hari, KEMATIAN sendiri akan mati. Inilah satu hakikat benar! Kematian atau maut akan dikalahkan dan tidak dapat muncul lagi. Waktunya semakin dekat di mana kita tidak lagi akan kehilangan orang-orang yang dikasihi kepada musuh yang ditakuti ini. Ketakutan akan maut dan kesakitan kubur akan lenyap kerana maut sendiri akan lenyap, buat selama-lamanya.

Bukankah itu satu berita yang baik? Allah telah mendedahkan kebenaran ini dalam tulisan-tulisan nabi-nabi suciNya. Dia telah menetapkan hari di mana maut akan dikalahkan, hari yang lazimnya di sebut sebagai qiyamat (atau kiamat). Inilah tajuk rencana ini.

Istilah "qiyamat" ialah satu perkataan Arab yang bermaksud "bangkit (daripada kematian)". Jadi, bila kita menyebut "qiyamat", kita sebenarnya memaksudkan "kebangkitan". Qiyamat ialah hari kebangkitan. Yang mati akan bangkit pada hari tersebut, tetapi lebih daripada itu, dalam qiyamat, maut sendiri akan terusir dan tidak berbangkit lagi. Adalah ditulis dalam salah satu buku syurgawi, "Musuh yang terakhir yang dibinasakan ialah maut" Injil 1 Korintius 15:26).

Bukan itu sahaja, semua perkara buruk yang berhubung dengan kematian seperti kesakitan fizikal dan sengsara, akan dikalahkan buat selama-lamanya. Firman suci Allah menyatakan,

"Dan ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu..." (Injil, Wahyu 21:4).

Mungkin anda telah membelajar mengenai sesetengah peristiwa berhubung qiyamat pada masa lalu.. Tulisan ini berlainan. Firman-firman ilahi seperti Taurat, Zabur, dan Injil, mengandungi banyak maklumat berhubung qiyamat yang anda mungkin mahu mengetahui. Bukan itu sahaja, tetapi selepas membaca firman-firman ini, anda akan mendapat dorongan untuk menghadapi masa depan.

Sementara anda membawa rencana ini, anda akan memerhatikan bahawa Hazrat Isa (Roh Allah), atau AlMasih Isa disebut berkali-kali. Seperti yang anda sudah maklum, Hazrat Isa kadang kala disebut sebagai "tanda qiyamat". KedatanganNya semula ke bumi ialah tanda bahawa akhirat sudah pun dekat. Banyak peristiwa-peristiwa luar biasa akan terjadi semasa itu, ada yang baik dan ada juga yang kurang baik. Tetapi akhir sekali, seluruh ciptaan akan bersorak sorai apabila kedengaran bahawa "maut sudah tiada".

Dalam tulisan ini, istilah "qiyamat" diguna bagi merujuk kepada seluruh masa di akhir zaman ini yang bukan sahaja termasuk hari kebangkitan tetapi juga peristiwa-peristiwa berikut:

     Kemunculan al-Masih-al-Dajjal (yaitu Antikristus)

     Waktu penganiyaan dashyat akan menimpa dunia di hari-hari terakhir

     Kedatangan semula Hazrat Isa ke bumi - Kali kedua

     Pemerintahan Hazrat Isa atas bumi

     Peperangan dengan Yajuj dan Majuj

     Penghakiman terakhir

     Dan beberapa perkara lain.

Apakah mungkin qiyamat akan terjadi dalam waktu yang dekat ini? Bila? Bagaimana ia akan terjadi? Bagaimanakah kita akan tahu yang hari itu telah tiba? Adakah sesuatu yang istimewa yang kita boleh lakukan bagi mempersiapkan diri bagi hari berkenaan? Apa akan terjadi kepada kita selepas mati? Apakah yang boleh kita lakukan supaya dalam kematian kita dapat rehat dan bukannya kesengsaraan? Kita akan cuba menjawab soalan-soalan ini menerusi ayat-ayat suci Allah.

Adalah menjadi harapan dan doa penulis bahawa sesudah saudara membaca siri rencana ini, anda akan mempelajari bagaimana mempersiapkan diri bagi hari tersebut tanpa rasa takut akan maut. Sebaliknya, biarlah anda mengetahui bagaimana berhadapan dengan masa depan dengan damai, sukacita dan penuh keyakinan.

Hazrat Isa berkata kepada pengikutNya, "Damai sejahtera Kutinggalkan bagimu. Damai sejahtera-Ku Ku berikan kepadamu, dan apa yang Kuberikan tidak seperti yang diberikan oleh dunia kepadamu. Jangan gelisah dan gentar hatimu"  (Injil, Yahya 14:27). Inilah harapan yang diberikan oleh Rabbi 'Isa bagi semua penikut-pengikutNya yang menunggu akan penurunannya dengan penuh kesabaran.

Apakah harapan KAMU ?


Indeks Utama