{ Hari 8 : Zabur bab 37 }

Berimanlah kepada Allah dan berbuat baik,
Duduklah di tanah ini, dan percayai kesetiaan-Nya,
Berbahagialah dengan hadrat Allah,
Akan dikurniakan-Nya segala hasrat hatimu.

Pertaruhkanlah jalanmu kepada Allah,
Dan percayalah Dia: maka Dia akan mengadakan segalanya.
Dia akan menyerlahkan kebenaranmu seperti cahaya,
Dan hakmu seperti sinar pada waktu tengah hari.

Berdiam dirilah di hadrat Allah, dan bersabar menanti-Nya,
Janganlah engkau gusarkan orang yang berjaya,
Dan orang yang melakukan daya upaya durjana.

Padamkan marah, hilanglah radang;
Janganlah panas hati sehingga berbuat jahat,
Kerana orang yang berbuat jahat akan ditumpas,
Tetapi orang yang sabar menanti Allah akan mewarisi bumi.

 

Berserahlah kepada Allah; Ia akan mengerjakan keajaiban-Nya dalam hidupmu.

 

Undur | Mara | Indeks