{ Hari 27 : Zabur bab 121 }

Kuangkat mataku memandang ke gunung
Dari manakah datang pertolongan bagiku?
Pertolongan bagiku datang daripada Allah,
Yang menjadikan langit dan bumi.

Yang tidak membiarkan kakimu tergelincir;
Yang memeliharakanmu tanpa mengantuk.

Tuhan yang memeliharakan Yakob itu
Tidak akan mengantuk atau tidur.

Maka Tuhan itulah yang memeliharakan engkau;
Allah menjadi penaungmu di sebelah kanan.

Maka matahari tiadakan menyakitimu pada siang hari,
Allah akan memeliharakanmu daripada segala bencana;
Bahkan Dia akan mememliharakan jiwamu.

Allah akan memeliharakanmu,
Ketika engkau keluar masuk, dari sekarang hingga selama-lamanya.

 

Yakinlah bahawa Allah tidak akan menghampakanmu.

 

Undur | Mara | Indeks