BEBERAPA SOALAN YANG SERING DITIMBULKAN UMAT ISLAM TERHADAP UMAT KRISTIAN

 

-         CONTOH - CONTOH JELAS KESALAH-FAHAMAN DAN SALAH-TAFSIRAN KETARA

 

UMAT ISLAM TERHADAP AJARAN KITAB SUCI INJIL

 

Kadang-kala kami ada terima komen serta ulasan dari saudara-saudara Muslim kami, ada juga di antara mereka yang cukup bersopan tetapi ada juga yang serlahkan sikap angkuh dan cepat sekali melontarkan tuduhan-tuduhan mereka yang mencerminkan pandangan serta pemikiran yang cetek mereka. Kami memberikan beberapa contoh seperti berikut.

 

“Mengapa saya perlu berhujah sedangkan kebenaran islam itu amat jelas dan nyata. Ianya nyata dengan logik akal yang sihat (Konon!). Bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku. Baiklah saya bermula dengan hujah yang mudah...”

 

 1) MENGAPA PERLU PADERI YANG DIBERI KUASA MENGAMPUN WALHAL MEREKA JUGA MELAKUKAN DOSA? APAKAH TUHAN MEMILIH ORANG MELALUI PENGANTARA?

 

Ujar orang Islam:

“Mengapa saya perlu berhujah sedangkan kebenaran islam itu amat jelas dan nyata. Ianya nyata dengan logik akal yang sihat..”

Komen pembukaan anda itu hanyalah pendapat dan buah fikiran anda sahaja dan bukan satu hakikat yang benar lagi. Kalau mahu check dan re-check benar-benar dengan para pemikir, pujangga-pujangga terkenal dan ahli-ahli falsafah dan cendekiawan Barat Timur mahupun Timur-tengah - Ada jauh lebih banyak para cerdik-pandai, ahli falsafah dan ahli-ahli Sains yang mengakui kesahihan dan keandalan ajaran Kristian dan Isa al-Masih, daripada mereka yang mengaminkan Islam..contohnya :

 

C.S. Lewis,

Sir Isaac Newton,

Blaise Pascal,

Dr.William Lane Craig,

Dr.Lamin Sanneh,

Daud Rahbar,

Hamran Ambrie dan

Bambang Nursena

Dr.Mubarak Awad

Dan lain-lain...

 

- Lima cendekiawan yang terakhir ini dulunya penganut Islam dari Benua Asia dan Afrika yang kuat (terdapat Imam dan Ulamak diantara mereka), tetapi kini mereka telah memeluk ajaran Isa dan Kristian yang sejati setelah mencari DAN mengkaji SEMUA FAKTA-FAKTA dengan akal fikiran dan minda yang waras mereka! Saudara Dr.Lamin Sanneh pula berasal dari Benua Afrika dan beliau serta keluarga beliau amat mantap dalam ilmu-ilmu Islam serta amalan-amalannya yang telah menghasilkan pujangga-pujangga dan para cendekia Islam yang warak. Tetapi hari ini, Dr.Lamin Sanneh ialah seorang intelektual dan cendekiawan Kristian yang cukup disegani ramai hari ini. Saudara Hamran Ambrie, seorang bekas ulamak Islam pula telah memeluk agama Kristian sesudah bertahun-tahun berkecimpung dalam gerakan Islam Muhammadiyah di Indonesia dan juga telah menjawat pucuk kepimpinannya.

 

baiklah...hujah yang mudah...”

 

Sebenarnya, 'Hujah-hujah' anda itu memcerminkan DAN membuktikan pemahaman, pemikiran dan pentafsiran anda yang sangat CETEK mengenai ajaran Kristian dan Kitab Suci Injil yang sebenarnya. Maklumlah, para ustaz dan pengajar-pengajar Islam anda itu TIDAK menggalakkan pengikut-pengikut mereka mendalami pengetahuan mereka dalam agama Kristian/Injil atau agama umat Yahudi-Judaisme/Taurat, Zabur & tulisan Nabi-nabi, sebenarnya kedua-dua ajaran ini adalah ajaran dan agama leluhur kepada Islam-serta penganut-penganut mereka disebut dalam al-Quran sebagai ahlul-Kitab, sudah berkembang ratusan malah ribuan tahun sebelum timbulnya Islam dan pengasasnya, Muhammad!

 

Kami  harap soalan-soalan anda itu benar-benar ikhlas supaya fikiran dan minda anda akan benar-benar menjadi lebih luas sedikit, dari keadaan yang cetek sekarang. Soalan-soalan anda itu akan dijawab, satu persatu, insya-Allah.

 

<<

1)      MENGAPA PERLU PADERI YANG DIBERI KUASA MENGAMPUN WALHAL MEREKA JUGA MELAKUKAN DOSA?

2)       APAKAH TUHAN MEMILIH ORANG MELALUI PENGANTARA?

>>

 

Sorrylah, tetapi hujah yang anda tonjolkan ini sebenarnya BUKAN AMALAN ATAU PUN PEGANGAN KAMI. Sebagai seorang Kristian, kami  tidak anuti apa yang anda  tuduhkan dalam soalan (1) anda di atas itu. Kenapa? Apa yang telah anda sebutkan di sini adalah anutan orang Roman Katholik (R.K.) sebenarnya. Sedarlah saudara, Agama Kristian itu BUKANLAH terdiri daripada orang-orang Roman Katolik sahaja!! Kami pengikut ajaran Saidina al-Masih Isa seperti yang di catatkan di dalam Kitab Suci Injil (KSI).

 

Jadi ini adalah satu lagi dalil yang buktikan betapa ceteknya dan dangkalnya fahaman dan akal anda mengenai ajaran Kristian. Minda anda  itu sebenarnya tidaklah terbuka atau cukup mantap lagi tentang apakah ajaran SEBENARNYA ahli-Kitab Kristian dan Injil/KSI itu.

 

Penganut Roman Katolik itu sahaja yang mengamalkan 'pengampunan paderi',seperti yang anda khuatiri, tetapi sebaliknya, umat Injili atau Evangelikal TIDAK menganuti itu.

 

Maaflah, sebenarnya kami mendapati bahawa bukan hanya anda sahaja yang memiliki salah-tafsiran dan salah-tanggapan yang ketara ini terhadap ajaran Injil yang sebenarnya, terdapat ribuan malah berpuluh-puluh ribuan penganut Islam Malaysia yang mengadakan salah-tafsiran-salah-tafsiran yang tidak wajar lagi tidak munasabah seperti ini akibat sikap yang jahil dan dangkal itu!

 

Ajaran Islam PUN tidak hanya SATU ALIRAN Bukan? Adakah seluruh dunia Islam menganuti dalam satu kumpulan Hadis yang SAMA?? Jawabannya : Jelas Sekali TIDAK. Hadis-hadis yang anda  anuti itu ialah Bukhari, Muslim, Tarmizi dsbnya, bukan? Tetapi umat SHI'A - mereka TIDAK mempercayai semua koleksi Hadis-hadis al-Bukhari, Muslim dsbnya itu!

 

Sebaliknya, ahli-ahli Shi'a MENOLAK SEBULAT-BULATNYA semua Hadis2 orang-orang Sunni (Bukahari, Muslim, Abu Dawud dsbnya), dan mereka menganuti Hadis-hadis mereka sendiri seperti yang dipelopori oleh para Imam-Imam mereka (spt.Imam Majlisi dsbnya).

 

Ada beberapa contoh perpecahan dalam dunia Islam yang lain juga selain daripada itu. Jadi, sama seperti itu, umat Kristian juga ada perbedaan antara penganut-penganut mereka. Hujah (1) anda  itu hanya merujuk kepada umat Roman Katolik saja dan BUKAN keseluruhan Dunia Kristian! Oleh itu, kami kena memperbetulkan salah-andaian dan salah-tanggapan anda  itu.  

 

Sekarang sahaja, bolehlah kami menjelaskan sedikit sebanyak apakah sebenarnya ajaran Isa al-Masih a.s. tentang 'pengampunan dosa' itu. Baginda sendiri telah mengajari bahawa hanya Tuhan Allah saja yang berhak dan berkuasa untuk mengampuni dosa-dosa manusia. Sudah pasti, anda juga sudah tahu bahawa diantara Nabi-nabi, Isalah yang paling banyak melakukan Mukjizat-mukjizat yang hebat. Mukjizat-mukjizat yang terutama Baginda ialah mukjizat-mukjizat menyembuh orang-orang yang ditimpa macam-macam sakit-penyakit, Baginda sanggup menyembuh dan memulihkan mereka kembali sehingga mereka pulih lebih BAIK daripada keadaan sempurna dan sedia-kala.

 

Disamping melakukan kerja-kerja penyembuhan dan pemulihan yang hebat ini Isa telah menggunakan kesempatan mujizat-mukjizat penyembuhan terutamanya untuk mengajar tentang perkara 'Pengampunan'- terutamanya pengampunan yang dilakukan OLEH SAIDINA ISA SENDIRI. Satu petikan dari Kitab Suci Injil hakikat ini ialah dari peristiwa penyembuhan pesakit Lumpuh.

 

Isa menyembuhkan seorang yang lumpuh - KSI Lukas bab 5 ayat 17-26 :

 

17 Pada suatu hari ketika Isa mengajar orang, ada beberapa orang Farisi dan ahli Taurat duduk di situ. Mereka telah datang dari setiap bandar di jajahan Galilea dan Judea dan juga dari Baitulmuqaddis. Kuasa Allah ada pada Isa untuk menyembuhkan orang.

18 Beberapa orang mengusung seorang yang lumpuh dan mereka mencari jalan untuk membawanya ke dalam rumah untuk meletakkannya di hadapan Isa.


19 Oleh sebab mereka tidak dapat membawanya masuk kerana orang bersesak-sesak, mereka naik ke bumbung rumah lalu membuka genting untuk menurunkan orang itu dengan tikarnya di tengah-tengah orang ramai di hadapan Isa.

 

20 Apabila Isa melihat iman mereka, BAGINDA BERKATA KEPADA ORANG LUMPUH ITU, "SAUDARA, DOSA-DOSA KAMU DIAMPUNKAN."

 

21 Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi mula berkata sesama diri, "Siapakah orang ini yang MENGHINA ALLAH? SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA kecuali Allah sahaja?"

 

22 Tetapi Isa mengetahui fikiran mereka, lalu berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu memikirkan perkara sedemikian?

 

23 Yang manakah lebih mudah?mengatakan ‘Dosa-dosamu diampunkan’ atau ‘Bangunlah dan berjalan?’

 

24 Tetapi, SUPAYA KAMU KETAHUI BAHAWA ANAK MANUSIA (YAKNI ISA ALMASIH) BERKUASA DI BUMI INI UNTUK  MENGAMPUNKAN DOSA…"

 

– Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Aku berkata kepadamu, bangunlah, angkat tikar engkau dan pulang ke rumah!"

 

25 Seketika itu juga, dia bangun di hadapan mereka sekalian. Dia mengangkat tikar di mana dia berbaring tadi lalu pulang dan memuji Allah.


26 Semua orang tercengang-cengang dan memuji Allah dengan perasaan takut sambil berkata, "Pada hari ini kami sudah menyaksikan hal yang ajaib!"

 

            Kitab Suci Injil, Lukas bab 5 ayat 17-26.

 

Nah, sudah amat menyerlah amalan dan ajaran Isa al-Masih sendiri! Sehingga ketua-ketua agama - yaitu Farisi dan ahli Taurat sendiri cuba memarahi Isa al-Masih a.s. kerana-ayat 21-mereka menyangka hanya Allah yang berhak mengampuni dosa-dosa mansusia. 

Isa yang tahu akan fikiran dan tuduhan mereka, jadi baginda SENDIRI telah menjawab mereka dalam ayat 24 (atas),


“..Tetapi, SUPAYA KAMU KETAHUI BAHAWA ANAK MANUSIA (YAKNI ISA ALMASIH) BERKUASA DI BUMI INI UNTUK MENGAMPUNKAN DOSA,…".

 

Oleh itu, anda dapat faham siapakah sebenarnya Saidina Isa al-Masih itu dari kata-kata Baginda sendiri! Kami umat Kristian TIDAK PERNAH mendewakan Baginda (sepertimana selalu dituduh secara melulu orang Muslim tetapi tanpa asasnya), tetapi baginda sendiri telah menyerlahkan hakikat kebenaran dan ajaran-ajaran Baginda yang cukup unik dan berwibawa. Saidina Isa al-Masih sendiri berkuasa untuk mengampunkan dosa-dosa manusia! Ini bererti bahwa Baginda bukan sekadar seorang manusia biasa sahaja, sebaliknya Baginda mempunyai kewajaran, kuasa dan hak ilahi untuk mengampuni segala dosa-dosa manusia, seperti yang diperlakukan oleh Baginda berkali-kali semasa melayani manusia di muka bumi ini.

 

Ini bukan satu-satunya kali berlakunya peristiwa pengampunan oleh Isa, ada cukup banyak lagi rujukan peristiwa-peristiwa seperti ini sebagai catatan sejarah! Dalam KSI, ada catitan sekurang-kurangnya tiga kali Saidina Isa telah mengampunkan dosa-dosa si-pesakit itu SEBELUM menyembuhkan pesakit itu. Dan SETIAP KALI Baginda telah mempertahankan hak ilahi, kewajaran dan otoriti keilahian Baginda untuk mengampuni manusia daripada dosa! Sehingga orang-orang Yahudi, pemimpin-pemimpin agama dan ulamak2 mereka sangat memarahinya. Mereka sendiri yang telah menuduhinya sebagai mengingkari Allah dan mencuba ambilalih atau merampas HakAllah sebagai Pengampun dosa-dosa Manusia.Walaupun begitu, baginda Saidina Isa Kalimatullah TIDAK GENTAR dan terus mengampuni dosa-dosa orang-orang lain.

 

Saudara, Allah itu MAHA BESAR DAN MAHABERKUASA dan Dia boleh melakukan apa-apa saja yang dikehendaki-Nya. Bagi umat Islam, firman Allah itu telah turun (nuzul) dan menjadi sebagai sebuah Buku (Kitab-Quran). Bagi kami UMAT Kristian, Firman Allah juga telah Nuzul dan Turun, tetapi bukan dalam bentuk Kitab. Sebaliknya, Firman Allah itu telah nuzul dan menjelma sebagai Manusia, seorang manusia yang serba lengkap dan sempurna! Yakni, Isa Al-Masih sendiri. Itulah satu sebabnya juga mengapa Saidina Isa itu juga bergelar 'Logos' yaitu Firman atau Sabda Allah yang hidup – lihat di Kitab Suci Injil Yahya bab 1 ayat 1-14.

 

Itulah sebabnya disebalik mengapa hanya Saidina Isa wajar dan sanggup mengampuni dosa-dosa manusia, terutamanya sambil Baginda melakukan serta menyerlahkan tanda-tanda hebat mujizat-mujizat PenyembuhanNya.

 

Ingat - baginda tidak dengan sengaja mahu menyebabkan para pemimpin agama dan Ulamak-ulamak Yahudi memarahi-Nya. Tetapi kewibawaan baginda yang sebenarnya telah menyerlah apabila dia bertindak dengan begitu hebat kepada mereka yang dilayaniNya.

 

Jadi, hanya Tuhan Allah yang boleh mengampuni dosa-dosa manusia, dan Sayidina Isa telah menyerlahkannya sebagai Firman Allah yang hidup dan benar, pada masa dahulu mahu pun hari ini dan pada hari akan datang.

 

Itulah salah satu sebab mengapa Isa sendiri telah menggelarkan diriNya sebagai :

 

“Akulah Jalan, Akulah Kebenaran dan Akulah Kehidupan, tiada seorang pun yang dapat kembali ke pangkuan Allah, selain melalui Aku.”

Yohanes 14 ayat 6.

 

Jadi, sebagai kesimpulannya, saidina Isa sendirilah yang telah mengisytiharkan diri-Nya sebagai satu-satunya jalan dan pengantara diantara Tuhan Allah dan Manusia. Bagindalah yang benar-benar telah menjambatani jurang dan gaung di antara Allah swt dan manusia. Kita dapat melihat pada hari ini betapa terdesaknya manusia yang senantiasa mencuba membina jambatan-jambatan mereka masing-masing mahu mencapai perkenan Tuhan serta untuk memperolehi hidayah-Nya. Tetapi, mereka semua ini tidak mempunyai apa-apa kepastian atau jaminan yang semua usaha-usaha mereka itu sudah pun direstui dan diterima oleh Allah! 

 

Oleh itu, ada nas firman Tuhan yang berbunyi :

 

“Bahawa ada hanya SATU Tuhan, dan ada SATU pengantara di antara Tuhan dan Manusia, yaitu Al-Masih Isa.”

   1 Timotius 2 ayat 5.

 

Kami  harap saudara akan lebih cerdas cuba mendalami pemahaman anda dalam ajaran-aajaran sebenar dan isi KS Injil yang betul, tanpa dikaburi oleh andaian-andaian, pra-sangka-pra-sangka dan tanggapan yang salah dan tidak berasas - seperti jelas di atas.

 

 

3) JIKA JESUS ANAK TUHAN, SIAPA PULA BAPA TUHAN?

 

Malangnya, kedangkalan dan kecetekan minda semakin menyerlah dengan soalan-soalan seperti ini. Adalah wajar sekali bagi kami tanyakan balik kepada anda :



JIKA ADA ANAK KUNCI, SIAPA PULA BAPA KUNCI ? dan

 

JIKA ADA ANAK SUNGAI, SIAPA PULA BAPA ATAU IBU SUNGAI ?

 

JIKA ADA ANAK BULAN, SIAPA PULA BAPA ATAU IBU BULAN ??

 

JIKA ADA ANAK BUAH, SIAPA PULA BAPA ATAU IBU BUAH ???

 

                        DAN LAIN-LAINNYA…!

Kenapakah harus anda menerima semua ungkapan-ungkapan seperti diatas ini?  Jika kita ikuti 'logik' serong anda itu - BUANG SAJALAH SEMUA istilah-istilah ini! Buanglah semua kata-kata kiasan itu dari Kamus-kamus dan vokabulari Bahasa Melayu. Kerana konon mereka semua pakai istilah 'ANAK' tetapi mereka semua tidak mempunyai 'Bapak'! Jadi, sekali lagi terserlah kedangkalan dan betapa ceteknya otak penanya itu tidak tahu bahasa kiasan daripada bahasa harfiah dan bahasa jasmaniah atau biologis.  

 

Saudara, Saidina Isa BUKANLAH Putera Allah secara fizikal, biologis atau jasmaniah seperti disalah-andaikan dan dituduhi di dalam al-Quran. Ungkapan itu menjelaskan perhubungan Isa al-Masih yang cukup akrab, istimewa, kekal abadi dan unik dengan Allah swt, tetapi perhubungannya bukanlah secara jasmaniah atau biologis, tetapi sebaliknya.

 

Jauh sebelum itu, dalam Kitab Taurat sudah pun termaktub ungkapan 'Son of Man' dalam Surah Daniel fasal 7. Tetapi kerana nabi anda Muhd.kurang tahu dan JAHIL tentang Kitab Taurat serta Nabi-nabi Israel yang terdahulu SECARA TEPATNYA, Muhamad juga amat jahil akan semua istilah-istilah khusus yang telah diguna-pakai oleh Isa dan para pengikut2Nya. Saidina Isa sendiri telah mengunakan istilah ini untuk menubuatkan tentang kembaliNYA kali kedua di akhir Zaman sebagai 'the Son of Man' yang akan menghakimi seluruh Dunia..Matius 24, 26, Markus 10, Yahya 12 Dll.  

 

Terdapat juga contoh kesilapan jelas dan ketara al-Quran dalam surah 5/116, yang mengajar bahawa kononnya Tritunggal Nasrani itu adalah menganuti 'Bapa, Putera dan Siti Maryam' dan anda pun ikuti kepalsuan ini secara membuta sahaja! Kami  cabar anda  sekali lagi untuk mencari dalam Kitab Suci Injil rujukan nas Alkitab dimana Tritunggal adalah 'Bapa, Siti Maryam dan Putera', seperti dituduhi al-Quran (5/116 dll). Saidina Isa dan KSI tidak pernah mengajari ajaran ini seperti yang dituduhi Quran - oleh kerana Muhammad dan Qurannya sendiri JAHIL akan ajaran-ajaran Kristian yang sebenar sepertimana dikandungi dalam Al-Kitab!

 

Kesilapan Quran ini amatlah memalukan bagi umat Islam kerana ia menuduh umat Kristian sesuatu yang TIDAK DIAJARI DALAM ALKITAB MEREKA SENDIRI. Jadi al-Quran anda itu sebenarnya bukan sahaja sangat buta sejarah tetapi juga amat buta hakikat pegangan dan ajaran-ajaran sebenar orang Kristian.

 

Ini membawa kepada persoalan yang keempat – bahawa kononnya umat Kristian sudah menyimpang dan memalsukan Kitab-kitab suci kami. Jika terdapat pemalsuan dalam KS Injil, kita harus menyoalkan kitab al-Quran sendiri, kerana terdapat di dalamnya cukup banyak juga kesilapan-kesilapan serta percanggahan-percanggahan yang ketara dan jelas.

 

4) Adakah Kitab al-Quran benar-benar suci dan tidak bercela atau tercemar daripada apa-apa kecurigaan dan kemusykilan?

 

Adalah banyak lagi contoh kesilapan dan kesalahan sejarah dan kebenaran dalam Quran! Termasuk cukup banyak percanggahan dan perselisihan antara nas-nas Quran sendiri. Antara Contoh-contohnya banyak misalnya :

 

1] Tentang anak Nuh

 

Anak Nuh, berenang ke gunung waktu air bah dan tenggelam …." (QS. 11 Huud 42-43)

 

Bertentangan dengan:

 

Nuh berdoa, doanya berkenan kepada Allah, maka diselamatkan beserta keluarganya. (QS. 21 Al Anbiyaa 76)

 

 

2] Orang dapat diselamatkan dari Neraka

 

Orang dapat diselamatkan dari neraka…. (QS. 19 Maryam 72)

 

Bertentangan dengan:

 

Orang kafir penghuni neraka kekal di dalamnya. (QS. 2 Al Baqarah 39)

 

 

2] Tentang minuman keras (Air khamar)

 

Minum khamar dan minuman keras atau arak adalah dosa besar (QS. 2Al Baqarah 219)

 

Bertentangan dengan:

 

Di syurga akan diberi minum khamar dan arak secukup-cukupnya, (QS. 83 Al Muthafifiin 25)

 

Apakah amalan-amalan yang diharamkan di dunia ini adalah halal di akhirat ??? Dimanakah konsistennya dan kesahihannya “Firman Tuhan” ini?

 

 

3] Al-Quran itu bukanlah perkataan setan

 

Al-Quran itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk…. (QS. 81 At Takwiir 25)

 

Bertentangan dengan:

 

Jin jin berkata -di dalam Al-Quran Surah Jin.. (QS 72 Al Jin 14)

 

 

4] Tentang Zina

 

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (QS. 17 Al Israa 32)

 

"Perempuan perempuan yang berzina dan laki laki yang berzina deralah masing masing seratus kali. Dan janganlah kamu belas kasihan kepada keduanya…." (QS. 24 An Nuur 2)

 

Laki laki yang berzina tidak nikah melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak menikahinya melainkan laki laki yang berzina atau laki laki yang musyrik. Dan demikian diharamkan atas orang orang mukmin. (QS. 24 An Nuur 3)

 

Ayat diatas bertentangan dengan:

 

"Dan orang orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri isteri mereka atau budak budak yang mereka miliki sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela" (QS. 23 Al Mukminun 5,6)

 

 

"Dan orang orang yang memlihara kemaluannya kecuali terhadap isteri isteri mereka dan budak budak yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela" (QS. 70 Al Ma'ariij 29-30)

 

" … Kahwinilah wanita wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, jika kemudian kamu tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau budak budak yang mereka miliki." (QS. 4 An Nisaa 3)

 


5] KADAR HARI TUHAN

 

Para Malaikat dan ruh-ruh menghadap kepada Tuhan dalam SATU HARI KADARNYA 50,000 TAHUN. (QS. 70 Al Ma'arij 4)

 

Bertentangan dengan:

 

"Dan mereka meminta kepadamu disegerakan azab, dan Allah sekali kali tidak menyalahi janjiNya. Dan sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah SEPERTI 1000 TAHUN dari apa yang kamu hitung." (QS. 22 Al Hajj 47)

 

 

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian naik lagi kepadaNya dalam SATU HARI YANG KADARNYA SERIBU TAHUN. (QS. 32 As Sajdah 5)

 

Nampaknya Allah atau Muhammad itu sudah amat 'keliru' - satu hari itu itu 50,000 TAHUN pada satu saat, pada masa yang lain pula, SATU HARI ITU IALAH HANYA 1,000 Tahun!!

 

Macam mana boleh diterima ayat-ayat macam ini ? Kalau Quran sendiri menuntut jika ada SATU PUN percanggahan di dalamnya, ia membatalkan sahnya Quran anda sendiri..!

 

Di sini sudah ada LIMA PERCANGGAHAN DAN PERSELISIHAN DALAM QURAN SENDIRI diantara yang LAIN. Janganlah cuba memutarbelitkan penjelasannya atau bermain kata-kata dengan kami . Kami tahu sering kali dalih 'mansuh wa'l masikh' akan digunakan sebagai satu cara menjelaskan percangghan-percanggahan ini, tetapi ia tak berguna. Kaedah itu hanyalah satu dalih dan satu ‘excuse’ yang amat mudah dipergunakan untuk menutupi semua pertentangan dan percangghan yang amat ketara dalam al-Quran.

 

Sebaliknya, cubaan anda  untuk membuktikan kononnya 'korupsi teks Kitab Suci Injil' adalah sia-sia saja dan adalah satu usaha anda  cuba menegakkan benang basah dalam tiupan angin.

 

Jika anda cuba melayari makalah-makalah seperti berikut:

 

www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/KesahihanAlKitab.html

 

www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/KesahihanKSI.html

 

www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/sejarah_quran_injil.html

 

Semua makalah-makalah dan rencana di atas menghuraikan bukti-bukti cukup kukuh dan cukup banyak yang menyokong sahihnya Al-Kitab dan Kitab Suci Injil hari ini. Perkara kesahihan Injil mempunyai jauh LEBIH BANYAK DALIL-DALIL MASHAF DAN SUHUF, SEJARAH DAN SAINTIFIK JIKA BERBANDING DENGAN al-Quran. Secarah ilmiah sahaja, para ahli sejarawan dan pengkaji mushaf-mushaf kuno menaruh jauh lebih banyak keyakinan di dalam Al-Kitab BIBLE DARIPADA al-Quran - itulah hakikatnya! Mahu terima atau tidak bukan menjadi persoalan, secara faktual dan sejarah dokumentari/suhuf, itulah kenyataannya.

 

Jauh lebih banyak ahli-ahli cendekiawan, para saintis dan ahli sejarawan meyakini Al-Kitab dan Kitab Suci Injil daripada al-Quran-yang harus diterima hanya secara membuta dan berta'abudi tanpa sokongan fakta-fakta sejarah dan ilmiah. Di sinilah buktinya :

 

www.bible.org

www.bible-history.com

            www.BibleDiscovery.org

 

Sebenarnya terdapat bekas imam-imam, kadhi-kadhi dan juga ulamak-ulamak Islam yang sudah menolak Islam dan memeluk ajaran Isa al-Masih pada zaman dulu mahupun pada HARI INI! Kami sendiri pernah berbincang dengan para Hafiz Quran dan juga ahli-ahli syari'i yang sekarang menganuti serta mematuhi ajaran Kristian. 

 

Oh ya...tentang 'sains dalam Quran' konon, juga merupakan satu kedangkalan sebenarnya! Semua 'unsur sains' yang ditonjol-tonjolkan oleh para pendakwah dan 'missionari's islam, SEBENARNYA BUKAN ASLI kepada al-quran, tetapi sebaliknya diciplak dan ditiru daripada sumber-sumber BUKAN-ISLAM yang lain. Contohnya: Yang disebut-sebutkan sebagai 'pertumbuhan bayi' al-Quran sudah jauh lama telah dibentangkan oleh ahli-ahli cendekia YUNANI, Aristotle DAN Hippocrates. Beratus-ratus tahun - sebenarnya SATU RIBU TAHUN LEBIH, sebelum timbulnya Muhamad, teori pertumbuhan bayi ini sudah pun diceritakan dan dibentangkan cukup panjang lebar..jadi manusia sudah pun tahu tentang hal ini sebelum Muhamad mencuba peloporinya! Dia telah menciplak dan meniru teori ini daripada pujangga dan ahli cerdik pandai sezaman dengannya yang telah mendengarinya dan mempelajarinya daripada leluhur mereka pula! Buktinya semua ada dibincangkan di dalam link ini:

 

http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/SainsIslamik.html

 

Kami harap supaya umat Muslim pada zaman dan milenia yang baru ini akan lebih peka dan prihatin kepada komen-komen serta ulasan mereka tentang akidah umat Kristian dan kandungan Kitab Suci Injil, yang sama-sama kita imani, kerana sudah jelas bahawa ada banyak salah-tafsiran dan salah-fahaman yang berakibat daripada prejudis dan prasangka-prasangka yang sempit lagi serong dan tidak berasas mereka.



Ada perbahasan lanjutan dari makalah ini terdapat di sini.

Index Utama