Nota-nota:

  1. Hanya ayat-ayat translasi Al-Qur'an tanpa komen-komen penterjemahnya telah digunakan. Ini adalah supaya pembaca beragama Islam dapat memastikan bahawa ayat-ayat yang dipetik adalah tulen, bebas daripada komentar usaha penterjemahnya yang mungkin tidak sempurna. Dengan ini, petikan ayat-ayat boleh dilakukan dengan konsisten.
  2. Surah 5:47-51/ M 44-48 bermaksud: Ayat Al-Qur'an dalam Bahasa Inggeris boleh dirujuk dalam Surah 5:47-51 manakala yang dalam Bahasa Melayu pula boleh dirujuk dalam Surah yang sama tapi dari ayat-ayat 44-48. Ini memandangkan sistem penomboran ayat-ayat yang berbeza yang digunakan oleh penterjemah-penterjemah Al-Qur'an. Kadangkala, ayat-ayat Al-Qur'an ditulis dalam bentuk italik atau HURUF BESAR. Ini dilakukan untuk penekanan.

Bahasa Melayu

 

English

MENGAPAKAH AL-KITAB DAN AL-QUR'AN TIDAK SALING BERSETUJU?

 

WHY DO THE BIBLE AND QURAN NOT AGREE?

Meskipun terdapat persamaan yang berpunca daripada subjek perbincangan yang sama, sejarah dan watak-watak, Al-Kitab dan Al-Qu'ran berbeza luas pada konsep-konsep iman yang asas dan amalan keagamaan.   Despite similarities, stemming from the same subject matter, history and persons mentioned, the Bible and the Quran differ widely on fundamental concepts of faith and practice in religion.
Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab yang mungkin:
  1. Al-Kitab dan Al-Qur'an tidak mempunyai punca yang sama, iaitu salah satu atau kedua-duanya berasal dari perbuatan manusia ataupun kuasa luarbiasa.
  2. Al-Kitab atau Al-Qur'an atau kedua-duanya telah menjalani penyuntingan and akibatnya mesej dan sifat aslinya telahpun hilang.
  There are at least two possible reasons:
  1. The Bible and the Quran do not stem from the same source, i.e. one of the two, or both, are of human or spiritist origin.
  2. The Bible or the Quran, or both, have undergone editing and consequently the original nature and message has become lost.
Seterusnya, salah satu daripada kedua-dua Kitab tersebut, atau kedua-keduanya, mengandungi kesalahan dan tidak boleh digelarkan 'sumber yang boleh dipercayai'. Kedua-dua orang Islam dan orang Kristian amat yakin dan pasti bahawa Kitab masing-masing berasal dari Tuhan dan boleh dipercayai. Satu (atau kedua-dua Kitab) itu mestilah palsu. Dalam kes itu, berjuta-juta penganut kedua-dua agama tersebut masing-masing menaruh harapan mereka untuk dunia akhirat pada kesilapan atau mahupun penipuan.   In that case one of the two books, or both, contain error and cannot be termed reliable and trustworthy. Both Muslims and Christians are absolutely convinced of the divine origin, reliability and total trustworthiness of their respective book. One (or both) must be false. In that case very many millions of followers of the respective faiths base their hopes for eternity on error or even deception.
Wakil-wakil dari kedua-dua agama itu telahpun mula membentangkan pokok perbincangan masing-masing, tetapi oleh kerana semua telahpun berpegang dengan pendirian yang kukuh, sikap yang objektif adalah mustahil untuk dicapai. Saya, sebagai seorang Kristian, mungkin tidak begitu bersikap objektif terhadap agama Islam sebagaimana yang sepatutnya - dan begitu juga pembaca beragama Islam mungkin bersikap tidak adil terhadap Al-Kitab.   Representatives of both faiths have set out to prove their point, but since everyone is already committed to a definite conviction, objectivity is hardly possible. I, as a Christian, most probably am not as objective towards Islam as I should be - and neither will the Muslim reader be unbiased towards the Bible.
Di dalam rangka penyelidikan-penyelidikan ini, kami akan menyentuh pada hakikat-hakikat spiritual dan bersejarah sahaja yang telah diperdirikan kukuh dan tidak akan melibatkan diri dalam polemik falsafah. Kami juga tidak mahu berbalah mengenai konsep-konsep teologi , tetapi ingin membincang perkara-perkara yang boleh diselidiki and diiktirafkan oleh sesiapa di mana-manapun - andainya orang itu dapat memeriksa sumber-sumber yang diperkatakan. Untuk tujuan tersebut satu percubaan telah dijalankan untuk mendokumentasikan segala pendakwaan, penuntutan dan pernyataan, seboleh-bolehnya dengan amat teliti.   Within the framework of these studies we shall look only at scriptural and historical facts that are established, and will not engage in philosophical polemics. We do not want to argue about theological concepts either, but desire rather to discuss those that can be checked tested and verified by anyone, anywhere - provided one is able to turn to the sources mentioned. For that reason an attempt has been made to document all assertions as thoroughly as possible.
Sejak kebelakangan ini, Al-Qur'an telah menjalani proses "spiritualization". Beberapa orang Islam sebenarnya menggunakan konsep-konsep Kristian yang asing kepada Al-Qur'an dan pemikiran tradisi, dan menerangkan bahawa itu adalah sifat agama Islam. Sentimen-sentimen sebegitu sukar diterima kecuali jikalau boleh disokong oleh hasil penulisan Islam yang lama.   In recent years the Quran has undergone a process of spiritualisation. Some Muslims actually use Christian concepts, foreign to Quranic and traditional thinking, and explain that this is the spirit of Islam. These sentiments are difficult to accept unless they can be substantiated in the Islamic literature of old.
Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Qur'an, perbezaan-perbezaan antara kedua-dua Kitab itu boleh diselesaikan dengan memberikan:
  1. Bukti yang mengesahkan bahawa Al-Qur'an adalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan yang lemah mahupun palsu mengenai wahyu yang lebih awal dan lebih tua. (Tuhan tidak berubah, dan tidak akan memberi Wahyu yang bercanggah kepada Nabi-nabi yang berlainan.)

  2. Bukti yang mengesahkan bahawa perubahan telah dijalankan dalam mesej Al-Kitab oleh orang Yahudi dan/atau orang Kristian dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perbuatan tersebut telah dilakukan.
  Since the Bible existed before the Quran, the difference between the two may be solved by providing:
  1. Evidence that proves that the Quran is based on a false or poor understanding and knowledge of the earlier revelation (God cannot change, and will not give contradictory statements to different prophets!);

  2. Evidence that proves a change was made in the message of the Bible by Jews and/or Christians, with acceptable reasons for doing so.
Al-Qur'an berulang-kali menekankan bahawa Taurat dan Injil - kami mengambil ini untuk memaksudkan Perjanjian Lama dan Baru - adalah Wahyu dari Tuhan yang sama dengan Allah dari Al-Qur'an.   The Quran repeatedly and emphatically states that the Torah and Gospel - we take this to stand for the Old and New Testaments - are revelations by the same God as the God of the Quran.
Apa yang diajar oleh Al-Qur'an mengenai Al-Kitab   What the Quran teaches about the Bible
"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya`qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA SESEORANG DARIPADA MEREKA." (S. Baqarah 2:136)
 
"Say ye: 'We believe in Allah, and the revelation given to us, and to Abraham, Ismail, Jacob, and the Tribes, and that given to Moses, and Jesus, and that given to all prophets from their Lord: WE MAKE NO DIFFERENCE BETWEEN ONE AND ANOTHER OF THEM." (S. Baqara 2:136).
"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya... Ia menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil... menjadi pertunjuk bagi umat manusia." (S. A-li-'Imraan 3:2-3)
 
"Allah! There is no God but He, - the Living, the Selfsubsisting, Eternal ... He sent down Law (of Moses) and the Gospel (of Jesus) ... as a guide to mankind." (S. Al-i-Imran 3:2-3).
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya - ... dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu." (S. Nisaa' 4:136)
 
"0 ye who believe! Believe in Allah, and His Apostle - and the scripture which He sent before them". (S. Nisaa 4:136).
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi pertunjuk dan cahaya yang menerangi... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.... Dan Kamu utuskan Nabi 'Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka, untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi pertunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi....pertunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. DAN HENDAKLAH AHLI KITAB INJIL MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH, DI DALAMNYA; DAN SESIAPA YANG TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIK... jalankan hukum.... apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka..." (S. Maa'idah 5:22,46,47,49).
 
"It was We who revealed the Law (to Moses); therein was guidance and light ... if any do fail to judge by the light of what Allah hath revealed, they are (no better than) unbelievers ... We sent Jesus, the son of Mary, confirming the Law that had come before him: We sent him the Gospel: Therein was guidance and light ... a guidance and an admonition to those who fear Allah. LET THE PEOPLE OF THE GOSPEL JUDGE BY WHAT ALLAH HATH REVEALED THERElN. IF ANY DO FAIL TO JUDGE BY THE LIGHT OF WHAT ALLAH HATH REVEALED, THEY ARE (no better than) THOSE WHO REBEL. Judge. . . what Allah hath revealed, and follow not their vain desires ... "(S. Ma-ida 5:44,46,47,49).
"Wahai Ahli Kitab!... tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari TUHAN KAMU, Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu." (ibid. ayat 68).
 
"People of the Book! ... Stand fast by the Law, the Gospel, and all the revelation that hath come to you from YOUR LORD. It is the revelation that has come to thee from THY LORD." (ibid. vs. 68).
"Al-Qur'an itu... membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya". (S. Yunus 10:37)
 
"The Quran is ... a confirmation of (revelations) that went before it". (S. Yi'inus 10:37).
"Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya, telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu..." (ibid ayat 94)
 
"If thou wert in doubt as to what We have revealed unto thee, then ask those who have been reading the Book from before thee. The truth had indeed come to thee from thy Lord." (ibid. vs. 94).
"DAN JANGANLAH KAMU BERBAHAS DENGAN AHLI KITAB.... KATAKANLAH: "KAMI BERIMAN KEPADA YANG DITURUNKAN KEPADA KAMI AND KEPADA YANG DITURUNKAN KEPADA KAMU...." (S. Ankabut 29:46)
 
"AND DISPUTE YE NOT WITH THE PEOPLE OF THE BOOK ... BUT SAY: WE BELIEVE IN THE REVELATION WHICH HAS COME DOWN TO US AND THAT WHICH CAME DOWN TO YOU". (S. Ankabut 29:46).
"Dan inilah Kitab yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat, lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya;... " (S. An'aam 6:92)
 
"This is a book which We have revealed, bringing blessings, and confirming (the revelations) which came before it: that thou mayest warn the Mother of Cities and all around her." (Sura 6:92).
Apakah maksud semua ayat-ayat ini selain bahawa Muhammad menuntut membawa wahyu Allah ke Mekah dan orang Arab, mengesahkan dan menegakkan apa yang telah diturunkan sebelumnya?   What else does this mean, than that Mohammed claims to bring revelation to Mecca and the Arabs, confirming and establishing what was sent before him?
"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka BERTANYALAH kamu KEPADA AHLU'DZ-DZIKRI*; jika kamu tidak mengetahui." (Surah 21:7) (*orang yang mengetahui tentang Kitab-kitab Allah - Taurat dan Injil)
 
"Before thee, also, the apostles We sent were but men, to whom We granted inspiration: If ye realize this not, ASK OF THOSE WHO POSSESS THE MESSAGE (Sura 21:7).
Kita boleh lihat dengan jelas bahawa Al-Qu'ran membuat tanggapan bahawa "Al-Kitab" itu diturunkan oleh Allah dan menerima ketulenan kandungan isinya dalam zaman Nabi Muhammad. Namun, Al-Qu'ran mengkritik usaha memutar-belit dan penafsiran salah "Al-Kitab":   We can clearly see that the Quran presupposes the divine revelation of "the Book" and its unpolluted content at the time of the prophet Mohammed. The Quran criticises, however, the twisting and misinterpretation of "the Book":
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?" (S. A-Li' Imraan 3:71)
 
"Ye People of the Book! Why do ye clothe truth with falsehood and conceal the truth, while ye have knowledge? (S. Al-i-Imran 3:71).
"Dan sesungguhnya, di antara mereka ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat , supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu." (S. ibid Ayat 78) (Semua penekanan di dalam petikan-petikan adalah perbuatan saya)
 
"There is among them a section who distort the Book with their tongues: (as they read) you would think it is part of the Book, but it is no part of the Book." (S. ibid. vs. 78). (All emphasis in the quotations is my own).
Sekiranya adanya apa yang jelas kelihatan, ialah Al-Qur'an kuat menekan bahawa Kitab-kitab Taurat dan Injil telah diturunkan oleh Allah. Ini adalah apa yang dipercayai oleh orang Kristian. Al-Qur'an mengatakan mengenai hal ini:   If there is anything that comes out very clearly, it is that the Quran is emphatic that the Torah and the Gospel are revelation from God. This is what Christians believe too. The Quran says in this regard:
"...tidak ada perubahan pada janji-janji Allah" (S. Yunus 10:64)
 
"No change can there be in the words of Allah" (Sura 10:64)
"...sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah..." (S. An'aam 6:34)
 
"There is none that can alter the words of Allah" (Sura 6:34).
Selain daripada itu, sejarah dan arkeologi menegah seseorang daripada menghujah bahawa Al-Kitab telah mengalami perubahan sejak penyenaraian rasmi buku-buku Al-Kitab dalam tahun 324 selepas Masihi. Sebenarnya, semua bahagian Perjanjian Baru dalam bentuknya sekarang telahpun luas teredar di antara gereja-gereja dari abad kedua selepas Masihi. Adalah melalui persetujuan umum pada Majlis paderi-paderi dari 318 buah gereja di mana kesemua itu telahpun diiktirafkan and diterima sebagai Apostolik dan diwahyukan. Apabila Muhammad merujuk kepada "Al-Kitab" atau "Taurat" atau "Injil", tanpa keraguan, dia merujuk kepada apa yang telah pun teredar di Arabia dalam hari dan zamannya. Sekiranya kata-kata boleh bermaksud apa-apa, maka Muhammad merujuk kepada "Al-Kitab" sebagai Wahyu. Kami mengambil ini sebagai hakikat kukuh berdasarkan kekuatan bukti di atas, kecuali sekiranya ia boleh dibuktikan salah.   Besides that, history and archaeology prevent one from arguing that the Bible has undergone any change since its official canonisation in A.D. 324. In fact almost all portions of the New Testament in their present form were in general circulation among the churches of the Second Century A.D. It was by general agreement at a Council of the bishops of 318 churches that all these were fully recognized and accepted as Apostolic and inspired. When Mohammed referred to "the Book" or "Taurat" or "Injil", he referred, no doubt, to what was in circulation in Arabia in his day and age. If words mean anything at all, then Mohammed referred to this "Book" (al-Kitab) as revelation. We take this as an established fact on the strength of the above evidence, unless it can be proved wrong.
Kenapakah orang Yahudi mahupun Kristian sebelum ataupun selepas masa zaman Muhammad berminat untuk mengubah Wahyu Tuhan? Adakah dia ingin masuk ke neraka?   Why should a Jew or Christian before or after the time of Mohammed be interested in changing God's revelation? Does he want to go to hell?
"Aku, Yohanes, dengan sungguh-sungguh memperingatkan setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini: Jika seseorang menambahkan apa sahaja pada nubuat ini, Allah juga akan menambahkan hukumannya dengan malapetaka yang digambarkan di dalam kitab ini. Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu unutk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini." (Wahyu 22:18-19).
 
"I warn every one who hears the words of the prophecy of this book; if any one adds to them, God will add to him the plagues described in this book, and if any one takes away from the words of the book of this prophecy, God will take away his share in the tree of life and in the holy city, which are described in this book." (Revelation 22:18-19).
Ini adalah pada hakikatnya ayat-ayat terakhir Al-Kitab. Sebab munasabah yang hanya boleh membawa kepada perubahan-perubahan ialah bahawa Al-Qur'an berbeza dari "Al-Kitab". Akibatnya, terdapat dua kemungkinan: sama ada orang Kristian yang enggan menerima Al-Qur'an cuba mengubah semua persamaan antara Al-Kitab dan Al-Qur'an; ataupun orang Islam setelah melihat bahawa "Al-Kitab" mempunyai perbezaan yang ternyata dari Al-Qur'an, tangkas mendakwa bahawa Al-Kitab telahpun mengalami perubahan. Anggapan yang pertama adalah bertentangan dengan semua bukti-bukti dan logik.   These are virtually the last verses of the Bible. The only conceivable reason to bring about changes would be that the Quran differs from the "Book". Consequently there are two possibilities: either the Christians refusing to accept the Quran tried to change all similarities between the Bible and the Quran; or Muslims seeing that the "Book" was in contrast to the Quran, expediently claim that the Bible must have been corrupted. The first assumption is against all evidence and logic.
SOALAN: Mengapakah orang Muslim tetap menuduh bahawa Al-Kitab telah mengalami perubahan? Bilakah Al-Kitab itu boleh didakwakan tercemar? Mengapakah Al-Qur'an tidak menyatakan dengan jelas bahawa Al-Kitab itu telah tercemar?
 
QUESTION: Why do Muslims keep on claiming that the Bible is corrupt? When was the Bible allegedly polluted? Why does the Quran not clearly state that it was polluted?
Terdapat perbezaan-perbezaan di antara Al-Kitab dan Al-Qur'an   There are differences between the Bible and the Quran.
Al-Qur'an menyatakan bahawa kedua-dua Kitab Taurat dan Injil telah diturunkan. Tetapi secara kontras, ia juga mendakwa bahawa Isa tidak disalibkan:   The Quran states that both the Torah and Gospel are revealed. But in contrast, it also claims that Jesus was not crucified:
"Dan juga da'waan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih 'Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka..." (Surah 4:157)
 
"They (the Jews) said (in boast), 'We killed Christ Jesus the son of Mary, the Apostle of Allah', - but they killed him not, nor crucified him, but so it was made to appear to them ... " (Sura 4:157).
Hal Penyaliban itu menerima perhatian yang terbanyak dalam Kitab Injil dan nyata dinubuatkan(diramalkan) dalam Perjanjian Lama kira-kira 700-1000 tahun sebelum ia berlaku. Lihat "Orang Kristian menjawab Orang Islam", mukasurat 48 ff., 97 ff.   The crucifixion receives the widest attention in the Gospel and was unmistakably prophesied in the Old Testament some 700-1000 years before it happened. See "Christians Answer Muslims", pages 48 ff., 97 ff.
Dalam Surah 19:35, kita diberitahu bahawa
"tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak"

dan berdekatan penghujung Al-Qur'an (Surah 112:3) dikatakan:

"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan",

yang juga sebahagian daripada Rak'at.

  In Sura 19:35 we are informed that
"it beseemeth not God to beget a son"

and near the end of the Quran (Sura 112:3) it says:

"He begetteth not, nor is He begotten",

which is also part of the Rak'at.

Sekali lagi, ini bertentangan dengan Al-Kitab. Ayat-ayat "tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak" (Surah 19:35 dan 92) mencadangkan ia perbuatan yang fizikal iaitu suatu yang kasar dan tidak bersopan pada orang Kristian mahupun orang Muslim.   This again, is in contrast to the Bible. The words "it is not befitting Allah that He should beget a son" (Sura 19:35 and 92) suggest a physical act, which is as outrageous to Christians as it is to Muslims.
Isa dilahirkan oleh seorang anak dara. Anak dara itu bertanya:   Jesus was born of a virgin. She asked:
"Maryam bertanya: "Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelakipun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya - tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami.'" (Surah 19:20-21).
 
"'How shall I have a son, seeing that no man has touched me, and I am not unchaste?' He (an angel) said: 'So (it will be): Thy Lord saith, 'That is easy for me: and (We wish) to appoint him as a sign unto men and a mercy from Us.' "(Sura 19:20-21).
Ini, sepertimana dalam Al-Kitab, tidak menunjuk kepada suatu perbuatan beranak. Seluruh konsep "begotten son" itu adalah berdasarkan kepada suatu salah faham. Dalam bahasa Greek yang asal, kata "monogenes"lah yang digunakan, yang bermaksud "anak yang tunggal". Bahawa Tuhan yang memulakan langkah kebapaan adalah jelas walaupun dalam Al-Qur'an. Sebagaimana perbuatan beranak itu telah disalahfahamkan, begitu juga dengan "Triniti", yang menurut Al-Qur'an difahamkan sebagai terdiri daripada Isa (Yesus) dan Maryam di samping Tuhan, Tuhan sebagai ketiga dari mereka bertiga (Surah 5:116). Ini tidak dalam apa-apa cara pun selaras dengan teks-teks Al-Kitab juga. Orang Kristian percaya dalam apa yang diajar di dalam Al-Kitab Di dalam kedua-dua Perjanjian Lama (SM) dan Perjanjian Baru kami tahu mengenai SATU Tuhan sahaja. ("Christians Answer Muslims, ms. 92ff.). Adalah satu tragedi bahawa kebanyakan orang Muslim fikir bahawa orang Kristian menyembah tiga tuhan. Perkara itu teramat palsu. Hanya di dalam satu kumpulan Kristian sahajalah Maryam dianggap suci sebagai "Ibu Tuhan", dan ini tidak terkandung dalam Al-Kitab.   This, as in the Bible, does not indicate a begetting act. The whole concept of the "begotten" son is based on a misconception. In the original Greek the word "monogenes" is used, which means "only born". That God initiated fatherhood is apparent even in the Quran. As the act of begetting was misunderstood, so also was the "Trinity", which according to the Quran is understood to consist of Jesus and Mary besides God, God being the third of three (Sura 5:116). This is in no way in keeping with the Biblical texts either. Christians believe in what the Bible teaches. In both the Old Testament (B.C.) and the New Testament we know of ONE God only. ("Christians Answer Muslims, pp. 92 ff.). It is a tragedy that many Muslims think that Christians worship three gods. This is totally false. Only in one Christian group is Mary venerated as "Mother of God", and that is unbiblical.
Tambahan pula, terdapat banyak lagi perbezaaan di antara Al-Qur'an dan Al-Kitab yang lebih berunsur sejarah daripada doktrin.   There are, moreover, many other differences between the Quran and the Bible, which are more of an historical nature than doctrinal:
Nuh, terlepas daripada ditenggelami air bah, tetapi anaknya mati tenggelam (Surah 11:42-46) mengikut kisah Al-Qur'an, tetapi dia (Nuh) terlepas bersama-sama isterinya, ketiga-tiga anak lelakinya dan isteri-isteri mereka (Kejadian 6:7,18) di dalam Al-Kitab.   Noah escaped the flood, but his son drowned (Sura 11:42-46) according to the Quran narrative, but he (Noah) escaped with his wife, three sons and their wives (Genesis 6:7,18) in the Bible.
Malaikat yang mengkhabarkan berita kelahiran Yohanes Pembaptis (Yahya) kepada ayahnya, mengatakan:
"Kami memberikan khabar dengan mengurniakan seorang anak lelaki, yang bernama Yahya: Kami tidak perhap menjadikan seorangpun yang senama itu sebelum dia" (Surah 19:7 - ditransliterasikan dari penterjemahan Bahasa Inggeris George Sale).
  The angel, announcing the birth of John the Baptist (Yahya) to his father, says:
"We bring thee tidings of a son, whose name shall be John: we have not caused any to bear the same name before him" (Sura 19:7 according to George Sale's translation).
 
atau
"Tidak ada nama yang Kami beri kepadanya waktu sebelum waktu ini" (menurut penterjemahan A.J. Arberry - ditransliterasikan ke dalam bahasa Melayu)
  or
"No namesake have We given him aforetime" (according to A.J. Arberry's translation).
atau
"nama itu Kami beri kepada tidak sesiapapun sebelum dia" (penterjemahan Palmer dan Rodwell - ditransliterasikan ke dalam bahasa Melayu).
  or
"that name we have given to none before him" (Palmer's and Rodwell's translation).
Ini tidak tepat. Yohanan, bentuk bahasa Ibrani (bahasa Yahudi kuno) untuk Yohanes (Pemberian Jahveh) ialah nama yang digunakan secara umum yang disebutkan di dalam Perjanjian Lama. Oleh itu, Yusuf Ali di dalam terjemahannya mengtransliterasikan pernyataan ini sebagai "Kepada tidak ada sesiapapun dengan nama itu, telah Kami kurniakan perbezaan istimewa sebelum ini" Penjelasan beliau:   This is incorrect. Johanan, the Hebrew form of John (Jahveh's Gift) was quite a common name, mentioned in the Old Testament. Yusuf Ali in his translation transliterates this statement therefore as "on none by that name have We conferred distinction before." His explanation:
"...kerana kami membaca mengenai seorang Yohanan.... di dalam II Raja-raja 25:23."
 
"... for we read of a Johanan ... in II Kings 25:23."
Adakah seorang "penterjemah" dibenarkan mengubah teks seperti ini untuk membetulkan satu kesilapan?   Is a "translator" allowed to change a text like this to correct an error?
Ibrahim ialah anak kepada Aazar di dalam Surah 6:74 dan anak kepada Terah di dalam Kejadian 11:27. Siapakah yang mahu menukarkan nama watak dari sejarah yang lebih awal mengikut sembarangan? Apakah matlamat yang boleh dicapai melalui perbuatan ini? Tidak ada satu pun. Hanya kesilapan sajalah yang bertanggungjawab. Adakah Aazar melambangkan Eliezer? Dia disebutkan di dalam Kejadian 15:2 sebagai hamba Ibrahim.   Abraham was the son of Azar in Sura 6:74 and the son of Terah in Genesis 11:27. Who would change a name from early history at random? What purpose would it serve? None. Only an error can be responsible. Does Azar stand for Eliezer? He is mentioned in Genesis 15:2 as a servant of Abraham.
Percanggahan yang lebih ketara berlaku di dalam cerita mengenai Musa. Kami diberitahu dengan benar bahawa 'Imran (Amram mengikut keterangan Al-Kitab) adalah bapa kepada Musa, Harun dan Maryam (secara implikasi di dalam Surah 19:28, 66:12, 20:25-30).   Worse differences occur in the narrative about Moses. We are rightly told that Imran (Biblical Amram) was the father of Moses, Aaron and Miriam (by implication in Suras 19:28, 66:12, 20:25-30).
Tetapi, Maryam ini sebagai ibu kepada Isa (yang sebenarnya dilahirkan 1500 tahun kemudian!) adalah amat mustahil.   But that this Miriam (or Mary) is the mother of Jesus (who was actually born 1500 years later!) is rather unlikely.
Penjelasan yang diberikan oleh Yusuf Ali bahawa dia dan sepupunya Elisabet telah dipanggil sebagai "Kakak-kakak Harun", kerana mereka berdua (di dalam kes Maryam, "telah diandaikan": komentar: 375) dari keluarga alim ulama, adalah kurang jelas. Ungkapan itu, dicadangkan, telah diperolehi dari Lukas 1:5 yang mana Elisabet, ibu kepada Yohanes Pembaptis (Yahya), dari keturunan keluarga alim ulama, telah digelar sebagai "dari anak-anak perempuan Harun" Apa yang Yusuf Ali tidak menerangkan ialah bapa kepada Harun dan Maryam, ibu kepada Isa, rupa-rupanya 'Imran menurut Al-Qur'an. Ini, tanpa sebarang ragu-ragu lagi, menunjukkan kesilapan manusia yang sukar dipandangkan sebagai kesilapan penyalinan. Kesalahan ini berdasarkan kurangnya pengetahuan tentang, atau informasi mengenai, Al-Kitab.   The explanation offered by Yusuf Ali that she and her cousin Elizabeth were called "sisters of Aaron", because they were (in the case of Mary, "presumably": comm. 375) of a priestly family, is rather vague. The phrase, it is suggested, was derived from Luke 1:5, where Elizabeth, the mother of John the Baptist, being of priestly descent, was called "of the daughters of Aaron". What Yusuf Ali does not explain, is that the father of Aaron and Mary, the mother of Jesus, happens to be Imran according to the Quran. This, no doubt, shows human error which can hardly be regarded as a copying mistake. It is based on lack of knowledge of, or information about, the Bible.
Bahawa Musa telah diambil sebagai anak angkat oleh isteri Fir'aun (Surah 28:9) dikontradiksikan oleh Keluaran 2:10, di mana dia telah diambil dijadikan anak angkat oleh anak perempuan Fir'aun (kalau tidak, dia mungkin juga akan diambil menjadi anak angkat oleh Fir'aun sendiri)   That Moses was adopted by Pharaoh's wife (Sura 28:9) is contradicted by Exodus 2:10, where he was adopted by Pharaoh's daughter (otherwise he would also have been adopted by Pharaoh himself).
Isteri Musa - kami fahami dari konteks (di dalam Surah 28:22-28) , yang ini mestilah Zipora anak perempuan Yitro - telah diberi kepada Musa sebagai penggantian untuk upah 8 - 10 tahun pekerjaan. Al-Kitab tidak melaporkan untuk ini (Keluaran 2:16-22). Akan tetapi, kami diingatkan dengan kuat Kejadian 29:18 di mana Yakub menggadaikan 7 tahun bekerja dengan Laban sebagai penggantian untuk tangan Rahel. Ini berlaku kira-kira 220 tahun belum datangnya masa Musa. Sekali lagi kami ingin bertanya apakah mungkin sebab-sebab seseorang lelaki perlu ada untuk menukar ayat-ayat Al-Kitab di dalam kisah-kisah bersejarah seperti ini? Ataupun mungkinkah Muhammad telah keliru dengan cerita-cerita yang didengarnya?   Moses' wife - we understand from the context (in Sura 28:22-28), that this must be Zipporah the daughter of Jethro - was given to Moses in exchange for 8-10 years' service. The Bible does not account for this (Exodus 2:16-22). We are, however, strongly reminded of Genesis 29:18 where Jacob pledges to serve Laban 7 years in exchange for Rachel. This was approximately 220 years prior to the time of Moses. Again we should like to inquire what possible purpose could any man have in changing the words of the Bible in historical narratives like these? Or could it have been Mohammed who confused some the stories he had heard?
Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan kepada pernyataan bahawa Haamaan ialah hamba kepada Fir'aun. Menurut Al-Qur'an, dia telah diarah oleh Fir'aun untuk menyalakan relau untuk membakar batu-bata dari tanah liat untuk "binalah untukku istana yang tinggi" (ditransliterasi dari Surah 28:39 Yusuf Ali); atau "menara yang tinggi, supaya aku naik kepada Tuhan Musa" (ditransliterasi dari G. Sales); atau "sebuah menara, supaya aku boleh mencapai jalan-jalan di syurga-syurga dan naik melihat Tuhan Musa" (ditransliterasi dari Palmer dan Rodwell"; atau "binalah untukku satu menara, supaya aku naik melihat Tuhan Musa" (ditransliterasi dari Arberry)   The same applies to the statement that Haman was a servant of Pharaoh. According to the Quran, he is ordered by Pharaoh to light a kiln to bake bricks out of clay to "build me a lofty palace" (Sura 28:38, Yusuf Ali); or "high tower that I may ascend unto the God of Moses" (G. Sales); or "a tower, that I may reach the avenues of the heavens and ascend unto the God of Moses" (by Palmer and Rodwell); or "and make me a tower that I may mount up to Moses' god" (by Arberry).
Kami memang mengingati kembali pembinaan menara Babel di dalam Al-Kitab. Tetapi kejadian ini di dalam Kejadian 11 berlaku 750 tahun sebelum masa Fir'aun di Keluaran, dan Haamaan (Buku Ester) tinggal 1100 tahun selepas Fir'aun. Yusuf Ali mencadangkan (komentar: 3331) bahawa ini merujuk kepada Haamaan yang lain, tetapi tidak ada orang lain yang memiliki nama yang sama di dalam Al-Kitab. Kami mendapati ianya ganjil bahawa Yusuf Ali dalam kontras berbanding dengan semua penterjemah-penterjemah yang lain, bercakap mengenai istana yang tinggi, lain daripada menara. Adakah dia ingin menggelapkan persamaan-persamaan itu yang jelas, yang memalukan oleh kerana persamaan-persamaan itu tidak secocok dengan sejarah?   We do recall the building of the tower of Babel in the Bible. But this event in Genesis 11 occurred 750 years before the time of Pharaoh in Exodus, and Haman (Book of Esther) lived 1100 years after Pharaoh. Yusuf Ali suggests (comm. 3331) that this refers to another Haman, but there is none other by that name in the Bible. We find it strange that Yusuf Ali in contrast to all other translators, speaks of a lofty palace, rather than a tower. Did he want to obscure the obvious similarities, which are embarrassing because they are historical misfits?
Di dalam Al-Kitab (Hakim-hakim 7) kami membaca bagaimana Tuhan membuat Gideon memilih tentera kecilnya yang seramai 300 orang dari 32,000 orang askar, untuk satu tugas yang istimewa. Di dalam Surah 2:249 kami membaca mengenai satu peristiwa yang agak serupa, tetapi dalam masa ini, di bawah Raja Talut (Saul). Yusuf Ali dalam komentarnya menyedari akan hal ini, dan menyatakan "sebagaimana Gideon sebelum Saul" (komentar 284). Perbuatan sebegini oleh Talut tidak boleh dijumpai di dalam Al-Kitab dan kami menganggap ini sebagai satu lagi kesilapan.   In the Bible (Judges 7) we read how God made Gideon select his small army of 300 from 32,000 men, for a special task. In Sura 2:249 we read of a very similar event, but this time under King Saul. Yusuf Ali in his commentary is aware of this, and remarks "as Gideon did before Saul" (comm. 284). This deed of Saul's is not found in the Bible and we take it to be another error.
Orang Muslim mempercayai bahawa Ismail ialah anak yang telah dipersembahkan oleh Ibrahim atas mazbah. Al-Kitab menyatakan bahawa anak itu ialah Ishak (Ishaq). Kejadian inilah tumpuan utama seluruh konsep korban, di mana terdapat suatu perbezaan luas di antara kedua-dua Buku (Al-Kitab dan Al-Qur'an) yang boleh dikesan.   Muslims believe that Ishmael was the son to be offered by Abraham on the altar. The Bible states that it was Isaac. This incidence highlights the whole concept of sacrifice, where a wide difference between the two Books can be detected.
Eid ul-Adha adalah berdasarkan Surah 22:34-37 di mana telah dikatakan, inter alia:
"Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari'atkan ibadat menyembelih korban supaya merekan bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang yang disembelih itu... Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syi'ar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu... Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu."
  Idu'l-Azha is based on Sura 22:34-37 where it says, inter alia:
"We have appointed for every nation a holy rite that they may mention Allah's name over such beasts of the flocks as He has provided them ... And the beasts of sacrifice - We have appointed them for you as among Allah's waymarks; therein is good for you ... The flesh of them shall not reach Allah, neither their blood (!). But godliness from you shall reach Him."
Pembaca beragama Kristian memerhati dengan serta-merta di atas, kontradiksi dengan mesej Al-Kitab.
"Apabila Aku nampak darah itu, Aku akan melalui kamu." (Keluaran 12:13)
  The Christian reader immediately notices in the above a total contradiction of the Biblical message.
"Where I see the blood, I will pass over you." (Exodus 12:13).
Ini adalah wahyu-wahyu Tuhan kepada Musa dan orang Yahudi setelah memberitahu mereka bahawa dengan menyapukan darah binatang korban pada ambang pintu rumah dan batang-batang tiang pintu rumah mereka, keluarga mereka akan terlepas daripada hukuman Tuhan yang akan melanda Mesir.
"Nyawa tiap-tiap makhluk terkandung di dalam darahnya. Itulah sebabnya TUHAN memberi perintah supaya semua darah dituangkan ke atas mazbah untuk menghapuskan dosa umat. Darah, iaitu nyawa, menghapuskan dosa." (Imamat 17:11)
  These are the words of God to Moses and the Jews after telling them that by applying the blood of a sacrifice to the lintels and doorposts of their homes, their families would escape the judgment of God that would strike Egypt.
"The life of the flesh is in the blood; and I have given it for you upon the altar to make an atonement for your souls; for it is the blood that makes atonement, by reason of the life." (Leviticus 17:11).
Pernyataan ini amat ringkas, dan mewakili perkara yang paling asas di dalam Taurat yang diberi kepada Musa. Walaupun ini pada akhirnya menunjuk kepada pengorbanan Isa (Yesus), di mana dia mengiktirafkan semua pengorbanan-pengorbanan yang dipersembahkan oleh umat-umat yang di bawah Perjanjian Lama, namun penuntutan Tuhan masih berdiri:
"Dosa hanya dapat diampunkan jika ada penumpahan darah" (Ibrani 9:22)
  This is a concise statement, representing the very heart of the Law given to Moses. Although this ultimately points to the sacrifice of Jesus, who ratified all the offerings presented by the people under the Old Covenant, the demand of God still stands:
"Without the shedding of blood there is no forgiveness of sins (Hebrews 9:22).
Ianya adalah satu anggapan yang salah mengenai kekudusan Tuhan dan juga tabiat dosa manusia untuk menganggap bahawa perbuatan-perbuatan baik kita akan dapat menampas untuk kejahatan di dalam kehidupan kita.   It is a misjudgment of God's holiness and man's sinful nature to assume that our good deeds will ever be able to compensate for the evil in our lives.
Asal-usul Eid ul-Adha boleh dikesan kembali kepada tahun di mana, beberapa bulan selepas Hijrah, Muhammad memerhati orang Yahudi merayai "Hari Pengampunan Dosa" (Imamat 16) dan dia melihat bahagian yang dimainkan oleh upacara korban antara orang (Ahli) Kitab, iaitu orang Yahudi. Satu Tradisi merekodkan bahawa Muhammad menyoal mereka kenapa mereka mengamalkan puasa itu. Dia diberitahu bahawa itu adalah satu peringatan kepada penyelamatan Isra'il di bawah Musa dari tangan orang Mesir.   The origin of Idu'l-Azha can be traced back to the year when, a few months after the Hejira, Mohammed observed the Jews of Medina celebrating the Day of Atonement (Leviticus 16) and he saw the role that sacrifice played among the people of the Book, the Jews. A Tradition records that Mohammed asked them why they kept the fast. He was informed that it was a memorial to the deliverance of Israel under Moses from the hands of the Egyptians.
"Kami mempunyai hak yang lebih di dalam Musa daripada mereka," kata Muhammad dan berpuasalah dia dengan orang Yahudi, sambil mengarah pengikut-pengikutnya untuk berlaku sedemikian juga.   "We have a greater right in Moses than they" said Mohammed and fasted with the Jews, commanding his followers to do the same.
Tahun selepas itu, apa yang pada mulanya suasana muhibah di antara orang Muslim and orang Yahudi, telahpun merosot, dan bersama-sama itu Kiblat telah diubah dari Jerusalem ke Mekah. Muhammad dan pengikut-pengikutnya tidak melibatkan diri di dalam "Yom Kippur" (Hari Pengampunan Dosa) yang dirayakan. Akan tetapi, dia telah memulakan Eid ul-Adha. Dia mengorbankan dua ekor kambing, satu untuk diri dan keluarganya and satu untuk pengikut-pengikutnya, (lihat Imamat 16), mengikuti tuntutan ajaran dalam Al-Kitab. Orang Arab yang menyembah patung-patung telah mengamalkan Hajj tahunan ke Mekah pada masa yang sama dalam tahun itu. Pengorbanan binatang-binatang juga merupakan sebahagian daripada upacara mereka, oleh itu institusi Eid ul-Adha mungkin boleh diperhatikan sebagai isyarat persahabatan pada masa yang berpatutan terhadap orang Arab Mekah.   The following year the initially friendly atmosphere between the Muslims and Jews had deteriorated and with it the Qibla was changed from Jerusalem to Mecca. Mohammed and his followers did not participate in the "Yom Kippur" (Day of Atonement) celebrated then. Instead, he instituted the Idu'l-Azha. He killed two young goats, one for himself and his family and one for the people (See Leviticus 16), still remaining true to Biblical demands. Idolatrous Arabs had been performing the annual Hajj to Mecca at this time of the year. The sacrifice of animals was also part of their ceremonial, so the institution of Idu'l-Azha may be seen also as a well-timed token of goodwill towards the Arabs of Mecca.
Walaupun tidak ada rujukan di dalam Al-Qur'an mengenai hakikat ini, adalah diterima secara umum oleh orang Muslim bahawa pesta ini telah diinstitusi untuk merayakan tindakan Ibrahim mempersembahkan anaknya sebagai korban di Bukit Mina berhampiran Mekah.   Although there is no reference in the Quran to the fact, it is generally accepted by Muslims that this feast was instituted to commemorate Abraham's sacrifice of his son Ishmael on Mount Mina near Mecca.
Alasan untuk anggapan di atas adalah seperti berikut: sekiranya "anak tunggal" Ibrahim (Kejadian 22:2) telah dipersembahkan, Ishaq tidak mungkin telah dilahirkan pada tahap itu, kerana Ismail tidak mungkin boleh menjadi anak yang tunggal lagi. Tetapi Kejadian 22:2 adalah jelas mengenai perkara ini. Ia sebenarnya menyatakan nama Ishaq. Di dalam Surah 37:100-111 kisah korban anak Ibrahim telah direkodkan tanpa memberi nama anak itu: "Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar." Walaupun Al-Qur'an agak menyimpang dari kisah Al-Kitab, peristiwa mengenai kejadian korban itu telah dilaporkan. Sebagai petikan yang selari, kami harus menyebutkan Surah 11:71, di mana, walau demikian, susunan waktu peristiwa itu telahpun agak dicampuradukkan.   The reason for the above assumption is as follows: if Abraham's "only son" (Genesis 22:2) was offered, Isaac could not have been born at that stage, for Ishmael could not have been the only son anymore. But Genesis 22:2 is quite clear on this point. It actually states the name Isaac. In Sura 37:100-111 the story of the sacrifice of Abraham's son is recorded without naming the son: "We gave him the good news of a boy ready to suffer and forbear". Although this Sura deviates somewhat from the Biblical narrative, the event of the sacrifice is reported. As a parallel passage we should mention Sura 11:71, where, however, the chronology of the event has been somewhat mixed up.
Rujukan di dalam Surah 37 berpuncak dengan kata-kata:
"Dan Kami tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar." (Penekanan oleh saya)

Konsep Islam bahawa Ismail berada di atas mazbah hanya boleh disokong oleh Tradisi (Komentar Yusuf Ali, nota 4096, 4101) ("Dictionary of Islam", ms 219). Dengan mengambil kira semua yang telah dibincangkan, kami amat teringin untuk menyimpulkan bahawa pandangan Islam itu dimotivasikan oleh keperluan untuk menyempurnakan suatu matlamat yang tertentu.

  The reference in Sura 37 culminates in the words:
"We ransomed him (the son) with (another) momentous (or noble) sacrifice." (My emphasis).

The Islamic concept that Ishmael was on the altar can be supported only by the Traditions (Yusuf Ali Commentary, note 4096, 4101) ("Dictionary of Islam", page 219). Bearing everything in mind we are tempted to conclude that the Islamic view is motivated by expediency.

Berkenaan maksud korban itu (Korban = "menghampiri", kepada siapa? Bagaimana? Mengapa?), orang Muslim menafikan apa-apa implikasi dari konsep-konsep Al-Kitab walau apapun; kami memegang bahawa ini adalah tidak sah, kerana kami sedang memperkatakan mengenai isi-isi dan kisah dari Al-Kitab. Kepada orang Muslim, Korban itu hanyalah upacara mengingati untuk membuat seseorang itu memikirkan mengenai Ismail. Tetapi dalam Al-Qur'an juga, walaupun dinafikan di dalam petikan-petikan lain (Surah 22:37) isunya jelas: "Ditebus melalui Korban!" Dibebaskan dari kematian oleh orang lain yang melangkah masuk, satu pengorbanan yang penting dan mulia untuk menebus Ishaq (atau Ismail, sekiranya anda mahu).   Regarding the meaning of the sacrifice (Qurban = "approaching near", to whom? How? Why?), Muslims deny any implication of Biblical concepts whatsoever; we hold that this is not legitimate, since we are dealing with Biblical narrative and content. To the Muslim the Qurban is merely a remembrance rite to make one think of Ishmael. But even in the Quran, although denied in other passages (Sura 22:37), the issue is clear: "Ransomed by sacrifice"! Liberated from death by someone else stepping in, a momentous, noble sacrifice to redeem Isaac (or Ishmael, if you wish).
Di sinilah asas Al-Kitab. Di sinilah penunjuk kepada pengorbanan Yesus Kristus (Isa). Dia telah menjadi pengorbanan yang penting dan mulia untuk mati di tempat kita. Hari ini Eid ul-Adha ialah pesta untuk bergembira. Tetapi, pengorbanan itu tidak ditafsirkan sebagai satu penebusan! Orang Muslim mendakwa bahawa Ibrahim mengambil Hagar dan Ismail, sebagai bayi yang belum mencerai-susu, ke Paran (dipercayai oleh orang Muslim sebagai berdekatan dengan Mekah). Ini bercanggah dengan keterangan Kejadian dari sudut-sudut yang berikut:
 
a)
Hagar dan Ismail telah diusir, tanpa diiringi Ibrahim, apabila
b)
Ishaq telahpun dilahirkan, iaitu Ismail berumur sekurang-kurangnya 14 tahun (dan belum dicerai susu!).
c)
Paran tidak terletak berhampiran Mekah tetapi berada di selatan Isra'il di Semenanjung Sinai.
  Here is Biblical ground. Here is the pointer to the sacrifice of Jesus Christ. He became the momentous noble sacrifice to die in our stead! Today Idu'l-Azha is a feast of rejoicing. But the sacrifice is not interpreted as being a ransom! Muslims claim that Abraham took Hagar and Ishmael, as a baby yet unweaned, to Paran (believed by Muslims to be near Mecca). This clashes with the Genesis account in the following respects:
 
a)
Hagar and Ishmael were sent away, unaccompanied by Abraham, when
b)
Isaac had already been born, i.e. Ishmael was at least 14 years old (and not weaned!).
c)
Paran is not near Mecca but is south of Israel in the Sinai Peninsula.
We memerhati bahawa di dalam Keluaran 22:2 Ishaq digelar sebagai anak Ibrahim yang tunggal. Ini adalah salah dari segi biologi tetapi betul dari segi undang-undang, kerana ia dengan jelas merujuk kepada:
 
i)
pembawa perjanjian (Keluaran 21:12); dan
ii)
Perkahwinan Ibrahim kepada Sara (Hagar adalah gundik Ibrahim)
  We noted that in Genesis 22:2 Isaac is called Abraham's only son. This is biologically incorrect, but legally correct, for it obviously refers to:
 
i)
the covenant bearer (Genesis 21:12); and
ii)
Abraham's marriage to Sarah (Hagar was Abraham's concubine)
Seorang Muslim mungkin membantah dan mengatakan bahawa teks Al-Qur'an itu adalah "nazil", atau telahpun datang sebagai wahyu dari syurga (diturunkan): Tuhan mengetahui mengenai perkara itu dan oleh itu ianya tidak perlu dilaporkan di dalam Al-Kitab untuk diketahui olehNya. Memang Tuhan itu tahu segala-galanya, yang lepas, sekarang mahupun pada masa hadapan. Dia menunjukkan pelbagai peristiwa masa hadapan dengan lengkap melalui nabi-nabi di dalam Al-Kitab untuk menampakkan karanganNya, dan setiap pembaca mempunyai kemampuan memeriksa dan menguji sekiranya fakta-fakta di dalamnya menunjukkan kesan-kesan perbuatanNya. Tetapi dengan menghakimi secara tidak emosi, hanya berpandukan bukti, orang Kristian gagal melihat sebarang kesan-kesan perbuatan Tuhan di dalam Al-Qur'an. (lihat ms. 39ff)   A Muslim may contend that the given Quranic text is "nazil", or has come as revelation from heaven: God knows about the matter and it need not have been reported in the Bible for Him to know. Of course God knows all things, past present and future. He revealed many events of the future comprehensively through the prophets in the Bible to demonstrate His authorship, and every reader is able to check and test if the facts reveal the divine imprint. But judging unemotionally, just guided by the evidence, Christians fail to see any divine imprint in the Quran. See pp. 39 ff.
SOALAN: Bagaimana seseorang itu, di dalam penjelasan teks-teks pembukaan bab ini, menerangkan semua perbezaan-perbezaan ini?
 
QUESTION: How can one, in the light of the opening text of this chapter, account for these differences?

Bab Seterusnya: Kontradiksi di dalam Al-Qur'an
Orang Kristian Menyoal Orang Islam: Daftar Kandungan
Homepej-homepej Bahasa Melayu