Sifat-sifat Firman Tuhan yang Murni dan Tidak Bercela
Para Muslim sentiasa menonjolkan tuntutan 'kesempurnaan' dan gaya Bahasa Arab 'yang indah' sebagai bukti kesempurnaan al-Quran. Kononnya, adalah mustahil untuk sesiapa pun menemui apa-apa yang tercela di dalamnya - yang dapat mencemarkan kemurnian serta ketepatannya. Tetapi, adakah tuntutan ini benar? Jikalau perkara ini adalah benar, ia tidak akan takut untuk diperiksa dan diselidik secukup-cukupnya bagi mengesahkan tuntutannya itu. Jika hal ini sememangnya benar, kita tidak akan berjumpa apa-apa yang palsu atau yang kurang tepat dalam kandungannya.
Jadi, marilah kita mengkaji beberapa kemusykilan yang jelas terdapat di dalam kandungan al-Quran; sebagai satu pengesahan jika ia merupakan apa-apa kemusykilan yang sebenar, atau pun sebaliknya.
Kemusykilan Saintifik di dalam al-Quran
i) Tempat Matahari Terbenam
Al-Quran dengan kata-kata yang jelas menyatakan bahawa seorang dari hamba-hamba
Tuhan telah melihat Matahari terbenam ke dalam suatu 'mata air yang berlumpur
hitam' dan di situ pula dia terjumpa dengan sekumpulan manusia. Ayatnya
seperti berikut:
"Sehingga, apabila dia sampai di tempat terbenam Matahari, didapatinya matahari itu terbenam dalam mata air yang berlumpur hitam. Di sana didapatinya satu kaum. Kami berkata : Hai, Zul'karnain, adakalanya engkau siksa (kaum yang kafir itu) atau engkau perlihatkan kepada mereka kebaikan..."
Surah al-Kahfi 18 ayat 86
Adakah Matahari itu sebenarnya terbenam kedalam sebuah mata air yang berlumpur hitam? Menurut nas al-Quran di atas nampaknya begitulah hakikatnya. Apakah ini satu salah-tafsiran atau satu "tafsiran khayalan" saja? Untuk mengelak dari apa-apa salah fahaman mengenainya marilah merujuk kepada sumber-sumber Islam yang sahih yaitu daripada para ilmuwan dan ulamak-ulamak yang berwibawa.
Rujukan-rujukan semuanya diambil daripada al-Baidawi, Jalalayn dan Zamakh-shari dan akan kaji sejauh manakah tafsiran di atas telah diterima oleh umat Islam selama ini. Didapati bahwa semua para ilmuwan tersebut menyetujui tafsiran ini! Mereka mengesahkan bahawa para sahabat Nabi telah menyoal Nabi Muhammad tentang terbenamnya matahari dan jawapan di ataslah yang telah diberikannya. Al-Zamakhshari menyatakan dalam Bukunya Al-Kash-shaf :
"Abu Dharr (salah seorang pengikut rapat Muhammad) telah ditanya oleh Nabi Muhammad semasa matahari terbenam, Muhammad bertanyakannya: 'Tahukah kamu,ya Abu Dharr, dimanakah terbenamnya matahari ini?' Dia menjawab:'Tuhan dan rasulNya akan lebih tahu.' Muhammad berkata: 'Ia terbenam ke dalam mata air yang berlendir.'"
Al-Kash-shaf, Jilid 2, Edisi 3, 1987,ms.743
Dalam bukunya "Nur-nur Wahyu (the Lights of Revelation)", al-Baidawi telah memberitahu:
"Matahari terbenam ke dalam suatu mata-air yang berlendir; yakni sebuah telaga yang terdapat lumpur di dalamnya. Ada juga pembaca Quran yang sebut 'sebuah mata-air panas'. Jadi ungkapan 'mata-air' itu mengabungkan kedua-dua maksud ini. Ibn Abbas mendapati bahwa Mu'awiya membacakannya sebagai panas. Dia telah memberitahukannya bahawa 'ia adalah berlumpur'. Mu'awiya telah menghantar soalan kepada Ka'b bin al-Ahbar "Di manakah tempatnya terbenam Matahari?" Dia menjawab ke dalam air dan lumpur di mana terdapat sekelompok manusia. Jadi dia pun menyetujui dengan penyataan Ibn Abbas."
Nur-nur Wahyu oleh Al-Baidawi, ms 399
Al-Jalalyn juga mengesahkan bahawa Matahari terbenam kedalam sebuah telaga yang mengandungi lumpur yang berlendir (ms.251).
Tafsiran dan teks yang sama juga didapati dengan tafsiran-tafsiran At-Tabari (m.s. 339).
Dalam karyanya "Tafsiran Ringkas at-Tabari" terdapat lagi pengesahan fahaman harfiah di atas, dimana beliau telah memberi ulasan bahawa 'telaga (perigi) di mana matahari terbenam itu mengandungi kapur dan lumpur yang berlendir...' (Bahagan 2, ms 19).
Jadi, sudah didapati sah bahawa matahari itu terbenam ke dalam 'suatu mata air (atau telaga) yang berlumpur' mengikut Nabi Islam sendiri. Tafsirannya adalah secara harfiah atau literal seperti disahkan oleh para Sahabat-sahabat Nabi sendiri seperti Ibn Abbas, Abu Dharr dan lain-lain ilmuan Islam. Sesiapa yang tuntut ayat surah al-Kahfi ay.86 di atas harus ditafsirkan secara kiasan atau simbolik sahaja akan bercanggah dan bertentangan dengan tafsiran-tafsiran Mufasir terkenal di atas - diantaranya Sahabat-sahabat karib kepada Nabi sendiri yaitu Ibn 'Abbas dan Abu Dharr, padahal bukan mereka sahaja tetapi Nabi Muhammad sendiri, menurut catitan Al-Zamakhshari, telah memberi maksud harfiah dan literalnya.
Jadi, sudah amat jelaslah bahawa al-Quran sesungguhnya mengajar tempat terbenamnya Matahari adalah ke dalam suatu 'mata air yang berlumpur' dan tafsiran literalnya menurut Nabi Muhammad juga telah disahkan oleh pentafsir-pentafsir Islam yang terawal serta para Sahabatnya.
Sudah amat jelas juga bahawa ajaran al-Quran ini bukan sahaja satu ajaran yang amat janggal, ia juga bercanggah dengan dasar-dasar Saintifik dan bertentangan ketara dengan rukun-rukun sains Fiziks yang terbukti! Kesilapan al-Quran ini amat terserlah dan tidak dapat dinafikan atau diketepikan. Kita juga akan menemui berapa lagi teori-teori dan tafsiran janggal yang lain di dalam al-Quran.
ii) Fenomena Guruh dan Kilat
Ahli-ahli sains semuanya menerima hakikat bahawa guruh itu berakibat
daripada pertembungan atau pelanggaran caj-caj elektrik di dalam awan. Sebaliknya
Muhammad, rasul agama Islam, mengajar bahawa guruh dan kilat itu adalah dua
malaikat Tuhan - sama seperti malaikat Jibril!
Di dalam al-Quran terdapat satu Surah yang berjudul 'Guruh' (ar-Rad) di mana Quran mengajar guruh itu bertasbih dan melafazkan puji-pujian kepada Tuhan! Kami dapati bahawa mungkin ini tidaklah suatu fenomena literal atau harfiah kerana guruh itu bukanlah sesuatu yang hidup! Walaupun secara kiasan atau rohaniah, segala ciptaan Tuhan boleh diambil sebagai satu kesaksian kepada kemuliaan Tuhan. Sebaliknya, semua ahli-ahli tafsir al-Quran dan para mufasir utama Islam yang telah dikaji mengutarakan ajaran bahawa guruh itu adalah suatu malaikat - sama seperti malaikat Jibril. Dalam Tafsirnya, al-Baidawi mengulas tentang Surah ar-Rad (guruh) ayat 13 itu:
"Ibn Abbas bertanya kepada Rasulullah mengenai Guruh itu. Dijawabnya, 'Ia adalah satu malaikat yang menjagai Awan, dia membawa lembing-lembing berapi yang digunakannya untuk memandu awan-awan'."
Tafsir al-Baidawi, ms.329
Seorang mufasir yang lain, al-Jalalyn, pula berkata tentang Guruh itu sebagai berikut:
"Guruh itu adalah malaikat yang bertanggungjawab bagi memandu awan-awan..."
Tafsir al-Jalalyn, ms.206
Hakikatnya ialah bukan sahaja ibn Abbas yang menyoalkan Nabi Muhammad tentang unsur guruh itu, tetapi orang Yahudi juga ada menanyakannya hal itu. As-Suyuti telah mencatatkan dialog berikut:
"Diatas lapuran Ibn Abbas, dia telah berkata tentang sekumpulan Yahudi yang datang menyoalkan Nabi Muhammad tentang Guruh dan berkata:'Beritahulah kami tentang kejadian guruh itu. Apakah sebenarnya guruh?' Lalu dia menjawab mereka : 'Guruh adalah satu daripada malaikat Tuhan yang bertanggungjawab keatas awan-awan. Dia mengambil lembing berapi dalam tangannya yang digunakan untuk mencucuk awan-awan supaya mereka dipandu ke tempat yang diarahkan mereka oleh Tuhan.' Mereka juga bertanya: 'Apakah bunyi yang didengar itu?'. Dia jawab:'Itu adalah suaranya (suara malaikat itu).'"
Al-Itqan, Imam As-Suyuti. Bahagian 4, ms.230
Peristiwa yang sama diatas - yakni rombongan Yahudi yang telah menanyakan tentang hal Guruh kepada Muhammad, ada pun disebut kebanyakan ulamak-ulamak Islam yang lain. Contohnya: Al-Sahih al-musnad Min Asbab Nuzul al-ayat; halaman 11, dan juga Al-Kash-shaf (bahagian 2, hal.518-519) oleh Imam al-Zamakhshari. Oleh itu, cerita tentang guruh ini dan juga cerita dialog orang Yahudi dengan Muhammad tentang guruh sungguh terkenal dikalangan semua ulamak Islam.
Kesemua keterangan tentang guruh ini disahkan oleh ulamak-ulamak seperti al-Baidawi, Jalalayn, Zamakh-shari, as-Suyuti dan Ibn Abbas. Mereka diantara para tafsir al-Quran yang terawal dalam Islam. Kesemua mereka mengesahkan bahawa Nabi Muhammad telah mengajari yang kilat itu adalah Malaikat seperti Jibril dan Mikael. Ini dirujuki pada halaman 230 Itqan as-Suyuti. As-Suyuti juga merekodkan nama-nama malaikat-malaikat Tuhan yakni: "Jibril, Mikael, Harut dan Marut - Guruh dan Kilat, (dia berkata bahwa) kilat itu bermuka empat." Al-Itqan, Imam As-Suyuti. Bahagian 4, ms.68.
Suyuti juga memberitahu bahawa Muhammad mengajari kilat itu adalah ekor suatu malaikat yang bernama Rafael (Bah.4 hal 230) !
iii) Bumi
Beribu-ribu tahun dahulu Alkitab telah mencatit firman Tuhan seperti
berikut:
"Dia (Tuhan) duduk berkuasa diatas bulatan Bumi.." - Yesaya 40 ayat 22.
"Tuhan membentangkan langit utara, dan menggantungkan bumi diangkasa hampa.."-Ayub 26 ayat 7.
Sebaliknya al-Quran mengelirukan hakikat-hakikat saintifik ini! Di banyak tempat ia mengajar bahawa bumi adalah ceper dan rata (bukan bulat). Quran juga sebut bahwa gunang-ganang adalah tiang-tiang yang mengimbangi Bumi supaya ia tidak akan miring atau senget! Marilah kita lihat beberapa rujukan al-Quran yang memberitahu hal ini.
"Tidakkah mereka memperhatikan unta, bagaimana ia dijadikan, dan bumi, bagaimana ia didatarkan.."
Surah 88 ayat 17,20
Al-Jalalyn mengulas dan mengesahkan hal ini :
"Dari ungkapannya 'bagaimana ia didatarkan', dia mengajar bahawa Bumi ini adalah ceper dan rata. Kesemua Ulamak-ulamak dan para pentafsir undang-undang Islam menyetujui kebenaran ini. Ia (Bumi) bukanlah bulat seperti yang diberitahu oleh ahli-ahli fizik..."
Tafsir al-Jalalyn, ms.509
Ajaran al-Quran mengenai Bumi adalah jelas dari pemberitahuan Jalalayn bahawa 'bumi adalah rata (ceper) dan bukanlah bulat seperti yang diberitahu oleh para ahli Fizik..' Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang lain yang menyebabkan Jalalayn menyatakan demikian seperti Surah-surah 19/6, 79/30, 18/7 dan 21/30. Contohnya Quran katakan:
"Kami jadikan di muka bumi gunung-gunung yang tegak kukuh supaya jangan ia bergerak-gerak bersama mereka.."
Surah 21 ayat 31
Ulamak-ulamak dan mufasir Islam juga menyetujui maksud ayat diatas seperti Jalalyn yang telah berkata:
"Tuhan menegakkan gunung-gunung di muka bumi supaya ia tidak menggoncangkan manusia..."
Tafsir al-Jalalyn, ms.509
Al-Baidawi juga menyatakan :
"Tuhan telah mencipta gunung-ganang yang kukuh diatas Bumi ini supaya Bumi tidak akan bergoncang-goncang dan bergempa. Dia juga mencipta syurga sebagai bumbung dan menahannya daripada jatuh keatas kami."
Tafsir al-Baidawi, ms.429
Al-Zamakhshari juga menyetujui kata-kata diatas dalam karyanya al-Kash-shaf, bahagian 2, halaman 114.
Terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang berkata:
"Dan tiadakah mereka melihat Bumi, bagaimana Kami membentangkannya dan mengadakan gunung-gunung diatasnya.."
Surah 50 ayat 7
Semua mufasir terawal Islam telah memberi ulasan yang sama bagi nas ini. Yaitu Jalalayn (ms.437), al-Baidawi (ms.686), at-Tabari (ms.589) dan Zamakh-shari (Bahagian 4, ms.381). Pernyataan mereka ialah: 'Jika tidak ada gunung-gunung diatas Bumi ini, Bumi akan hanyut tergelincir!'
Zamakhshari, al-Baidawi dan al-Jalalyn ketiga-tiga bersetujui bahawa "Tuhan telah cipta Syurga tanpa tiang-tiang tetapi Dia menegakkan gunung-gunung yang kukuh diatas Bumi supaya ia tidak menjadi senget dengan manusia..."
Semua kata-kata diatas ini adalah pengakuan dari alim-Ulamak Islam yang awal dan dikagumi. Dan beberapa tahun yang lalu juga beberapa tokoh Islam dari Arab Saudi telah cuba menulis sebuah buku yang menafikan hakikat kebulatan Bumi. Bagi mereka kebulatan bumi adalah satu kedongengan - mitos, dan menurut mereka jika manusia mempercayai al-Quran maka mereka seharusnya menolak dan menafikan hakikat bahawa Bumi itu adalah BULAT!
Padahal, semua orang yang berfikiran waras tahu secara fakta sejagat bahawa Bumi ini BUKANLAH rata dan ceper menurut tutntutan dan ajaran al-Quran. Sebaliknya al-Quran dan ajarannya bertentangan jelas dengan hakikat semulajadi mengenai keadaan astronomi Bumi ini. Kesilapan al-Quran dalam hal-hal semulajadi ini amatlah ketara! Adakah Matahari terbenam masuk kedalam satu mata air berlumpur-seperti diajar dalam surah 18/86 ?? Semua pentafsir ortodoks, alim ulamak Islam dan Muhammad sendiri tuntut lagi mengajar maksud literal atau harfiahnya ayat ini. Oleh itu berilah nama atau lokasi atau alamat tempat ini supaya para saintis boleh pergi sana untuk mengkajinya, jikalau tidak boleh diberikannya lokasi 'mata air' ini maka sudah terbuktilah bahawa al-Quran sudah buat satu kesilapan amat besar dan bertentangan dengan kebenaran.
Adakah Kilat itu satu Malaikat yang bernama Rafael atau Guruh itu satu lagi malaikat ?? Sebaliknya, kilat dan guruh itu semuanya adalah fenomena semulajadi dan bukanlah malaikat bermuka empat seperti diajar oleh Nabi Islam itu!
Apakah yang telah kami lakukan, adalah tidak lain dan tidak bukan menyahut jemputan al-Quran sendiri dari surah 4/82 untuk memperhatikan al-Quran dengan hati-hati dan mengkajinya 'nescaya kami peroleh di dalamnya perselisihan yang banyak'. Kami telah sambut jemputan dari surah 4/82 ini dengan hati dan minda yang terbuka dan BUKAN semata-mata untuk mencari pertentangan-pertentangan atau perselisihan-perselisihan yang ketara di dalam al-Quran. Sebaliknya, kita telah menjumpai beberapa perselisihan al-Quran dengan fakta-fakta dasar dan hakikat saintifik yang begitu jelas lagi ketara! Contoh-contoh pertentangan itu sudah pun diberikan diatas. Lagi pun kita dapati ajaran dan rujukan-rujukan al-Quran tentang Bumi yang rata dan ceper itu, sesuatu perselisihan dengan hakikat mendasar Sains yang tidak boleh masuk akal sekali! Ini samalah dengan ajaran bahawa gunung-gunung sebagai tiang-tiang Bumi bagi mengelakkannya daripada 'bergoncang' menurut tafsiran harfiahnya yang disahkan oleh alim-ulamak Islam sendiri; adalah pertentangan dan berselisih dengan kebenaran yang amat jelas sekali, lagi sekali membuktikan betapa tidak tepat al-Quran itu apabila dibandingkan dengan kebenaran!
Kemusykilan terhadap al-Quran mengenai Fakta-fakta Sejarah
Kajian kami mendedahkan banyak sekali kesilapan-kesilapan al-Quran dari segi Sejarah, tetapi kami tidak dapat huraikan segala-gala kemusykilan-kemusykilan itu, dan hanya akan membawa perhatian kepada beberapa kesilapan-kesilapan Sejarah yang lebih jelas dan ketara.
i) Penyaliban Hazrat 'Isa al-Masih
Pentafsir al-Quran secara lazimnya sentiasa mengutarakan salah-tafsiran
mereka yang mendakwa Isa al-Masih itu tidak mati disalib. Salah tafsiran ini
diceritakan lagi dengan hemat bahawa kaum Yahudi kononnya 'telah menjadi keliru
sehingga mereka menyalib seorang lain yang miripnya merupai 'Isa (konon).' Contohnya
boleh diambil dari surah 4 ayat 157: "..Padahal bukanlah mereka membunuhnya
dan bukan pula menyalibnya, melainkan orang yang serupa dengan dia..".
Tafsir al-Baidawi (ms.135) juga memberi ulasan yang cenderung kepada tafsiran di atas. Bukan dia sahaja, tetapi beberapa ulamak lain juga berpendapat begitu. Akan tetapi, ada juga ulamak-ulamak Islam yang tidak mencapai kata sepakat dengan pendapat di atas ini -seperti yang boleh dilihat dalam rencana yang berjudul : Kewafatan Isa al-Masih Menurut Sumber Islam. Mereka yang menafikan penyaliban Isa al-Masih itu telah mengabaikan dan meninggalkan catatan-catatan sejarah oleh Matius, Markus, Lukas dan Yahya (Matius dan Lukas itu adalah pengikut dan sahabat kepada Isa sendiri!). Bukan itu sahaja, tetapi mereka juga mengabaikan pembabad-pembabad dan periwayat sejarah dunia yang lain. Mereka membutakan diri mereka kepada catatan sejarah Empayar Rum yang telah mencatit bahawa seorang lelaki berbangsa Yahudi dengan nama 'Isa al-Masih telah mati disalib dibawah arahan serta sezaman dengan Pontius Pilatus, seorang Gabenor Rum wilayah Palestin. Gabenor ini telah mengalah kepada tuntutan-tuntutan dan ugutan pemimpin-pemimpin dan imam-imam besar Yahudi.
Hakikat ketara mengikut catatan sejarah ialah pembicaraan Al-Masih telah berlaku
di depan mata kepala imam-imam besar agama Yahudi dan juga Gabenor Rum wilayah
Yahudi sendiri. Juga hakikatnya ialah situduh yang telah diberkas itu tidak
berkata: 'Saya bukanlah Al-Masih itu! Saya adalah Yehuda(Judas) yang telah
ingin membelot kepada Isa itu , supaya dia dapat diserahkan kepada pihak berkuasa..'
Sebaliknya, kata-kata yang telah keluar dari mulut situduh itu ialah kata-kata
mengesahkan yang dia itu sesungguhnya Al-Masih itu, terutamanya ucapannya
seperti :'AyahKu, ampunilah mereka ini kerana mereka tidak sedar akan apa
yang dilakukan mereka..' Lukas 23 ayat 34.
Hazrat 'Isa sendiri telah memberitahu para pengikutnya dari awal-awal lagi,
hakikat penangkapannya diatas ugutan imam-imam besar dan selepas itu dia akan
mati di atas Salib! Lepas itu baginda akan dibangkitkan dari kematiannya sesudah
tiga hari.
Kali pertama Baginda menyatakan tentang KematianNya:
"Anak Manusia itu mesti menderita banyak sengsara dan ditentang oleh pemimpin-pemimpin
bangsa Yahudi dan ketua-ketua imam serta ahli-ahli Taurat. Dia akan dibunuh,
dan bangkit semula pada hari yang ketiga."
Lukas 9 ayat 22-27, Juga Matius 16 ayat 21, Markus 8 ayat 31ff.
Kali Kedua Isa al-Masih menyatakan tentang KematianNya:
" Apabila Isa berkumpul dengan semua pengikut-pengikutnya, dia berkata
kepada mereka: 'Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kuasa
manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan
semula.' Oleh itu pengikut-pengikutNya berdukacita."
Matius 17 ayat 22-23, Juga Lukas 9 ayat 44-45, Markus 9 ayat 30-32
Kali Ketiga Baginda menyatakan tentang KematianNya:
Isa membawa dua belas pengikut-Nya ke suatu tempat dan berkata kepada mereka,
"Kita akan pergi ke Baitulmuqaddis dan segala yang tertulis dalam kitab-kitab
nabi tentang Anak Manusia akan berlaku di sana. 32
Dia akan diserahkan ke tangan bangsa asing. Dia akan diolok-olokkan dan
dimaki serta diludahi orang. 33 Mereka akan menyebat
Dia dan membunuh-Nya. Pada hari yang ketiga Dia akan bangkit semula."
Lukas 18 ayat 31-33, Juga Matius 20 ayat 17-19, Markus 10
ayat 32-34
Al-Masih Isa sendiri telah berkata-kata dan bernubuat tentang kematiannya atas Salib. Dia sendiri telah merujuk kepada nubuat-nubuat di dalam Al-Kitab (Perjanjian Lama) yang telah dibuat berabad-abad sebelum kedatangannya. Terdapat banyak lagi rujukan sama seperti di atas yang telah diperkatakan oleh Al-Masih Isa di dalam Kitab Suci Injil. Sesungguhnya Misi Al-Masih datang ke dunia ialah untuk sempurnakan rencana dan rancangan Tuhan Allah bagi penyelamatan Manusia sejagat-bukan hanya bagi umat Israel, melalui kematian dan kebangkitan Baginda!
Oleh yang demikian adalah sungguh TIDAK Masuk akal sekali bagi seorang yang muncul lebih daripada enam ratus SELEPAS Peristiwa bersejarah Penyaliban itu, dan cuba mengumumkan kepada dunia-sambil mengetepikan semua fakta-fakta sejarah dan dalil-dalil bersejarah-bahawa kononnya orang yang telah disalibkan itu bukanlah Isa Al-Masih!! Ibaratnya: Ini adalah sama dengan seorang yang muncul dalam masa beratus-ratus tahun lagi; dan cuba mengisytiharkan bahwa orang yang telah mati dibunuh pada abad yang kedua-puluh TM itu adalah BUKAN Mahatma Gandhi (Atau Anwar Sadat atau John F.Kennedy!), sebaliknya, dia adalah seorang lain yang miripnya menyerupai simati itu..!! Sudah pastilah, tiada seorang pun yang berfikiran waras, akan mempercayai kata-kata orang ini - walau pun dia menuntut bahwa malaikat Jibril (atau suatu malaikat guruh itu) telah 'mewahyukan' ura-ura ini kepadanya. Amat jelaslah umat Islam lazimnya mengadakan tafsiran mereka yang begitu janggal ini dan peloporinya tanpa apa-apa asas yang benar. Bukan sahaja ura-ura yang janggal ini yang telah disalah-tafsirkan, terdapat banyak lagi salah tafsiran janggal mereka yang lain - seperti konsep ketuhanan atau Tauhid yang dibawa oleh Al-Masih 'Isa, Firman Allah dan Wahyu-Nya serta misi dan kerja Isa Al-Masih sendiri telah disalah-tafsirkan oleh mereka dengan ketaranya.
ii) Iskandar Dhulkarnain
Amatlah mengherankan bagi melihat alim-ulamak dan mufasir-mufasir terkenal
Islam menganggap si Iskandar Zulkarnain itu sebagai seorang terpilih Allah dan
satu pemimpin yang salih dibawah bimbingan Tuhan. Jika ditanya di manakah dalam
al-Quran ulamak-ulamak Islam semuanya mengutarakan tanggapan ini, lihatlah kepada
rujukan surah 18 ayat 83-98; dimana juga terdapatnya teori matahari "terbenam
ke dalam suatu mata air (panas) berlumpur hitam" yang buta sains itu (lihat
di atas). Dalam nas al-Quran ini terdapat lebih kurang enam-belas ayat menceritakan
tentang pahlawan ini yang dibantu dan dipimpin oleh Allah dimana Allah telah
menghapuskan halangan-halangan dalam perjalanan Zulkarnain itu, supaya beliau
dapat mencapai hasrat dan tujuan beliau. Di akhir perjalanannya itu, dia telah
berjumpa (kononnya) dengan tempat benaman matahari, yakni ke dalam satu mata
air yang berlumpur hitam!
Semua sumber sahih Islam mengesahkan cerita al-Quran di atas, dan Iskandar Zulkarnain adalah pemimpin itu. Diantara sumber-sumber yang mengesahkannya adalah -
Al-Zamakhshari - al-Kash-shaf, Bahagian 2, halaman 743,
At-Tabari - Tafsir at-Tabari, halaman 339,
Al-Jalalayn - Tafsir al-Jalalayn, halaman 251, dan
Baidawi - Tafsir al-Baidawi: Nur Wahyu, halaman 399, di antara yang lain.
Sebaliknya apa kata rekod-rekod sejarah? Catatan-catatan berwibawa sejarah semua menceritakan bahawa Iskandar Zulkarnain tidak pernah menganuti agama-agama Tauhid. Sebaliknya dia sendiri mengakui dirinya sebagai anak kepada Amun yaitu salah satu dewa besar negeri Mesir di zamannya! Adakah dia pernah mendengar dan mematuhi firman Tuhan yang esa itu? Jauh sekali, kerana kehidupannya penuh dengan berfoya-foya dan kelonggaran akhlak, penyembahan dewa-dewa berhala, perang-berperang dan berkaki botol. Adakah Iskandar Makdunia itu seorang hamba Tuhan yang salih dan bertaqwa? Tidak! Dia tidak miliki perhubungan rapat dengan Tuhan yang benar, dan Tuhan sendiri tidak pernah bimbingnya sebagai pemimpin umat manusia yang salih. Rujukilah mana-mana khazanah ilmu seperti Ensaiklopedia atau buku sejarah yang berkenaan untuk mengesahkannya. Sudah jelas dan terbuktilah kebutaan sejarah al-Quran yang ketara itu! Apakah 'Firman Tuhan' yang murni itu harusnya dicemari kesilapan-kesilapan dan maklumat yang tidak tepat dan bukan sahaja buta sejarah tetapi juga buta kepada hakikat fakta-fakta saintifik yang ketara!
Adakah Tuhan yang mahakuasa lagi maha mengetahui itu telah menghantar FirmanNya yang penuh dengan kecacatan dan celaan-celaan seperti di atas?? Sudah pasti Tidak! Jadi jelaslah bahawa yang dituntut sebagai 'Firman Tuhan' itu bukanlah seperti yang dituntut, sebaliknya ianya hanya adalah firman gubahan Manusia, yang tidak sempurna lagi dicacati dengan bermacam-macam celaan seperti kebutaan sejarah, kebutaan sains dan banyak lagi kesilapan-kesilapan lain, yang tidak terdapat dengan Tuhan yang serba sempurna.
iii) Contoh-contoh Kebutaan Sejarah yang Lain
a) Al-Quran katakan bahwa pemerintah Mesir - Firaun, mempunyai seorang
perdana menteri bernama Haman yang sezaman dengan Nabi Musa, walau pun
si Haman itu tidak pernah bertapak di negeri Mesir langsung (Sura 28:8,38; 40:36).
Sebaliknya, si Haman itu tidak pernah wujud pada zaman Firaun! Dia berlahir
hanya seribu tahun kemudian di Babylon, satu tempat yang cukup jauh
dari negeri Mesir! Haman ini berkhidmat di istana Raja Parsi yaitu Raja Ahasuerus
menurut AlKitab dan ini pula sudah disahkan oleh pakar-pakar kajipurba arkeoloji.
Satu lagi bukti kebutaan sejarah al-Quran.
b) Dikatakan dalam Quran juga bahawa yang menolong membina patung berhala seekor anak lembu (sapi) bagi umat Israel pada zaman Nabi Musa ialah seorang "Samirii" yakni seorang dari Samaria -Surah 20/85-88 (anak sapi itu juga bersuara!). Tetapi dari sumber sejarah umat Israel tidak dapat mana-mana rujukan yang sedemikian rupa! Sebaliknya, wilayah Samaria belum lagi wujud pada masa itu ! Sebenarnya Samaria telah wujud hanya sesudah zaman usiran Yahudi di Babylonia. Bagaimanakah seorang dari Samaria itu dapat mengajar umat Israel mengenai berhala anak lembu itu juga adalah satu lagi contoh kebutaan sejarah al-Quran.
c) Quran dalam surah 2/125-127 kata bahwa Ibrahim dengan anaknya Ismail telah membina Ka'abah di Makkah, Arab Saudi. Cerita ini telah ditentang oleh Dr.Taha Husayn-bekas Pensyarah yang terkenal di kuliah Sastera Arab di Mesir. Beliau berkata bahawa cerita pembinaan Ka'abah di Makkah oleh Nabi Ibrahim ini "adalah tidak tepat dan tidak berasaskan kepada fakta-fakta sejarah." Dia telah berkata:
"Kes episod ini amatlah ketara (kesilapannya) kerana ia hanya muncul dewasa (pembangunan Islam) dan menjadi terkenal hanya setelah Islam memperalatkannya bagi mendukung agenda perkembangannya..."
Mizan al-Islam, Anwar al-Jundi, hal.170
Apakah lagi diperlukan bagi menunjukkan masalah-masalah dan percanggahan al-Quran dengan hakikat sains dan sejarah itu? Quran sendiri katakan jika ada satu pun kecelaan padanya, maka ia tidaklah firman Tuhan yang murni. Kami telah menyahut seruan al-Quran sendiri, bagi mengkajinya dengan hati-hati. Dan kami telah mendapati banyak percanggahan, permasalahan dan pertentangan di dalamnya, seperti yang disenaraikan di atas. Biarlah kamu, sipembaca yang dihormati, meneliti semua contoh-contoh dan dalil-dalil diatas dengan hati dan fikiran yang waras dan terbuka, seperti yang telah kami lakukan; kerana sumber kami adalah Quran, hadis dan syarahan sejarah Islam sendiri. Sesungguhnya kesimpulan wajar yang boleh diambil sebagai akhir kata ialah: masalah dan pertentangan dalam al-Quran mencerminkannya sebagai satu hasil gubahan manusia yang fana sahaja, tetapi mustahil sebagai firman Tuhan yang murni oleh kerana terdapat terlalu banyak kecelaan, keraguan dan kemusykilan yang serius padanya.